Bab 6

5.9K 278 8
                                    

Kejadian itu masih segar dalam ingatannya biarpun sudah 5 tahun waktu berlalu. Dia menghela nafas,

"Doctors were able to save you but things did not turn out really well for you" dia mengeluh kecil.

"Kakak tak boleh tahu yang aku akan kahwin dengan ex dia.. Dan Haze juga tak boleh tahu yang aku adalah adik bekas kekasih dia.. Boleh rosak plan kalau salah seorang mereka tahu tentang hal ni.. Melayang 3 juta aku!"

Tiba-tiba dia teringat akan dokumen berupa kontrak yang diberi oleh Dato Zahirah kepadanya tempoh hari. Dia masih belum meneliti isi dokumen itu habis-habis lagi.

Langkah terus diatur untuk mengambil dokumen yang disimpan dalam laci meja solek itu dan seterusnya dia melabuhkan duduk di meja yang terletak di ruang balkoni biliknya. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambutnya berterbangan bebas. Rimas dengan itu, rambutnya terus disanggul ala kadar. Messy bun.

Baru saja dokumen pertama diselak, telefon bimbitnya berdering pula. Nombor yang tidak dikenali terpampang di skrin. Dia berdehem, betulkan suara sebelum menekan butang hijau.

"Hello?" Sambil-sambil itu, matanya membuat quick scanning pada helaian muka depan dokumen itu.

"Aku minta maaf sebab terlepas marah kau kat taman tadi."

Baru dia tahu, Haze yang menelefonnya.

"Tak apalah. Adel okay saja.." bohongnya. Padahal dia yang sentap lebih- lebih sewaktu memandu pulang tadi.

"Em.. Tak marah ke?"

"Sikit.."

"Aku minta maaf. Aku tak sengaja.."

Tiba-tiba Adellia mula terfikirkan idea nakal, untuk kenakan bakal suaminya itu. Dia tersengih-sengih tatkala terbayangkan reaksi yang bakal lelaki itu beri nanti.

"Panggil Adel sayang dulu. Baru Adel maafkan." Dengan serta merta matanya berputar 360 darjah. Jelik pula dengan lenggok suaranya tadi.

"What?" jeda. "Apa kata kau pandang bawah kejap" nampak sangat Haze cepat-cepat mahu menukar topik. Adellia yang termakan umpan, terus menjenguk ke bawah seperti yang disuruh oleh Haze tadi.

Sebuah kereta Mercedes hitam terparkir elok diluar pagar rumahnya. Cermin tingkap kereta di bahagian belakang itu diturunkan, mendedahkan wajah Haze yang sedang tersenyum ke arahnya. Haze melambai kecil.

Adellia terpempan sesaat dua.

"Mesti tak makan lagi kan? Aku bawa something untuk kau ni.. Turun cepat. Aku tak boleh lama. Lambat, aku balik.."

"Eei bencinya.." dia tarik muka geram sebelum berlalu turun ke bawah. Nak pujuk tapi main ugut-ugut kita pula!

Sehelai bomber jacket dihulurkan Haze sebaik saja Adellia sampai di kereta itu. Adellia yang masih terpinga-pinga hanya menyambut saja. Baru saja dia mahu buka mulut untuk bertanya,

"Baju nipis sangat. Nampak dalam- dalam" mata Haze pandang ke arah lain. Bukan niatnya untuk memalukan gadis itu. Dia hanya mahu lindungi apa bakal jadi miliknya saja dari dipandang oleh orang yang tak sepatutnya.

Terus membuntang matanya. Aduh! Dia terlupa pula untuk menukar baju sebelum turun tadi! Mujurlah dia pakai seluar legging selepas menyarung baju tidur itu tadi. Kalau tidak.. Mau tercuci mata Haze malam ni tengok tubuh dia!

Jaket itu terus disarung pada badan. Adellia yang masih malu dengan hal yang tadi cuba untuk tidak menemukan matanya dengan sepasang mata Haze. Ikutkan hati, mahu saja dia berlari masuk ke dalam rumah semula, hilangkan diri saja. Tak nak jumpa Haze dah sampai bila-bila!

"Itu jaket favourite aku. Lepas ni basuh. Aku tak nak bau kau melekat kat jaket aku. Kau busuk" kutuk Haze sesedap rasa, sengaja membakar bakal isterinya itu.

"Macamla dia tu wangi.." omel Adellia sambil menjeling.

Beg kertas dan sebuah iPad air dihulurkan ke arah Adellia membuatkan dia kerut kening. Agak pelik mengapa lelaki itu beri dia gadjet pula. Tak kan tanda minta maaf juga kot?

"Ni makanan aku masak kat kau tapi kau tak makan tadi"

"Dah orang marah.. Kita balikla. Takkan nak buat muka tembok pergi makan dekat dapur pula.. Tak pasal-pasal kena heret dengan pak guard pula nanti" omel Adellia.

"Hm yelah.. Aku minta maaf. Jangan lupa makan" Adellia angguk saja.

"Hadiah juga ke ni?" Ipad itu diangkat sedikit.

"Banyaklah kau.. Kau punya ada aku bagi nanti. Yang tu aku punya dan aku pinjamkan kau benda ni, suruh kau pilih baju mana yang berkenan di mata kau. Yang ni semuanya aku dah shortlist petang tadi lepas orang tu balik tadi. Tapi ikut taste akula. Kalau tak berkenan, pilihla yang lain. Aku tak kisah" sempat lagi Haze perli tapi Adellia buat pekak saja. Malas nak bergaduh.

"Ada limit harga ke?" Adellia tayang sengih.

Haze geleng. "Takkan nak berkira dengan bakal isteri sendiri" Adellia senyum panjang. Dia tahu Haze bukanlah jenis yang berkira sangat..

"Asal harga jangan terlampau membazir sudah" sambung Haze lagi.

Senyumnya terus hilang dengan serta merta.

Asal harga jangan terlampau membazir.. Tu cara dia cakap jangan spend too much untuk baju kahwin aku ke? Adellia mencebir.

"Dahla pergi masuk. Lusa nak pergi buat checkup. Aku jemput."

Adellia buka mulut untuk membantah namun Haze pantas bersuara.

"Kau ada nombor aku. Apa-apa nak cakap, kau call situ. Sekarang aku nak kau masuk dalam, makan lepas tu rehat. Nanti pukul 8 pagi aku jemput kau disini. Bukan esok tapi lusa ya Adellia. Jangan lupa pula. Now go!"

Dia menurut saja. Pintu pagar diselak dan terus dimangga. Haze masih diluar, memerhatikan dia masuk.

Eleh.. Acah sweet pula dia ni! Nak muntah aku! Dia gumam kecil.

"Good night Haze!" laungnya sebaik saja tiba di muka pintu. Senyum manis masih dikekalkan pada wajah cantiknya itu.

"Good night"

Pintu ditutup dan terus dikunci. Adellia urut otot pipi yang agak lenguh dek kerana terlampau memaksa diri untuk senyum lama-lama. Beg kertas, iPad, semua ditempatkan di atas meja kopi. Jaket yang tersarung di badannya terus dicabut lalu dilempar ke lantai.

Tv dibuka dan makanan yang dibawa oleh bakal suaminya tadi terus dikeluarkan dari beg kertas itu.

"Kalau bukan disebabkan duit tu, jangan harap aku nak menghadap muka kau dan layan perangai kau yang perasan bagus tu.."


Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now