Bab 10

5.9K 308 16
                                    

"Dia tak angkat ke?" Yusri menyoal tatkala memandang Haze di sisi.

Resah saja muka pengantin baru tu sejak pagi tadi. Yalah isteri tak ada di depan matalah katakan..

"Tak.." kali ini, Haze menaip mesej pula. 

"Silap aku tak balas mesej dia tadi.. Aku masih marahkan dia lagi sebenarnya sebab sanggup tinggalkan majlis semata- mata untuk kerja"

"And now look who's here in front of the building, waiting for the wife to show up.." gumam Yusri perlahan sambil mengalihkan pandangan.

Kata-katanya itu langsung tidak diambil pusing oleh Haze.

"Kerja dia baguslah tu.. Sebab itu bos dia perlukan khidmat dia.. Kau kena ingat, dia pun ada komitmen lain juga.. Kau tak boleh penting diri, asyik nak dia 24 jam di sisi kau.. Dia ada karier dan aku yakin dia pun ada cita-cita.. Lebih baik kau support saja Haze.. Sokong saja apa yang dia buat.. Confirm korang lagi bahagia"

"Kalau aku ikut cadangan kau tu, aku mungkin merana kot. Silap-silap haribulan, kerja dia tu dia letak sebagai prioriti dan aku dicampak kemana hala entah.."

Haze menjenguk ke tingkat atas bangunan itu dari dalam kereta. Lampu di tingkat dua masih lagi terpasang. Tuil pintu kereta ditarik,

"Dah lewat ni.. Kesian dia sorang- sorang kat atas tu.. Kau tolong bawa aku naik.. Aku nak teman dia"

***

DATO MUSTAFA sedang mencicip kopi panas yang dibuat oleh Dato Zahirah tadi. Mereka berdua bersantai bersama menonton drama di ruang tamu, luangkan masa berdua tanpa Haze.

"Adellia tak balik lagi?"

Soalan dato Mustafa itu disambut dengan gelengan dari isterinya. Cawan diletak ke atas meja dan seterusnya waktu di jam dinding dibaca. Wajah isterinya dipandang lagi.

"Dah dekat 12.30 pagi dah ni tak balik lagi.. Saya bukan apa, tak elok perempuan duduk di luar lewat-lewat begini.. Bahaya" jeda. "Menantu kita tu kerja apa? Saya kurang jelas dengan latar belakang dia.. Dia tu anak kawan awak yang mana satu Zah?"

"Anak arwah datin Faizah, kawan sekolah saya dulu.. Dulu dia stay di Canada, suaminya ada bisnes di sana.. Tapi mereka meninggal dah. Kemalangan jalan rasa dekat sana. Adellia anak dia paling bongsu dan dia dah tinggal di Malaysia sejak umur 19 tahun dengan arwah nenek dia" suaminya mengangguk faham tanpa menyedari segala detail yang diperolehi adalah palsu belaka.

"Adellia kerja dalam bidang advertising.. Iklan kosmetik saya di tv tu semua idea dari dia"

Dato Mustafa angguk lagi. "Hebat juga menantu kita tu.. Iklan kosmetik awak tu pun banyak juga dapat pujian dari kawan-kawan saya.."

"She's talented. Sebab itulah bos dia terpaksa pinjam dia tadi, atas permintaan satu syarikat coklat tu mahukan khidmat dia untuk buat iklan cuci imej brand mereka"

"Oh.. Isu yang tengah tular tu ya?"

 "Aah.."

***

ADELLIA terjaga di saat pipinya digigit nyamuk. Mata digenyeh sebelum melihat jam di komputer. Hampir pukul 3 pagi. Terus membuntang matanya lantas mengemas barang-barang yang berselerakkan di atas meja.

Selesai mematikan PC, dia terus ke pintu utama untuk keluar. Akalnya tiba-tiba teringatkan Haze. Lelaki itu mungkin sedang risaukan dirinya. Dah pukul 3 pagi pun masih belum pulang!

Telefon bimbit terus dihidupkan. Ah sudah! Mesej dari dato' Zahihrah dibukanya dulu,

Malam ni adalah malam pertama you dan Haze. Jangan melebih-lebih jual diri. Ingat perjanjian kita

Adellia mencebir. "Nak jual diri apa bendanya? Dah halal dah pun" mesej itu dibalas dan seterusnya notifikasi di bar dilihat.

Matanya membuntang melihat bilangan panggilan tak berjawab.

"Dia missed call banyak kali dah ni.. Mampos aku macam ni!! Silap-silap dia angkat kain selimut ke luar suruh aku tidur sebelah kolam ikan" gumamnya seraya menolak pintu kaca di hadapannya.

"Dah bangun?"

Adellia menjerit kecil, terkejut dengan suara yang tiba-tiba menyapa dia. Sudahlah keadaan di perkarangan ofisnya boleh tahan gelap. Boleh pula main tegur- tegur begitu. Namun hatinya lega setelah mendapati Haze yang menantinya di luar sambil bermain game di telefon bimbit. Terus dia pergi mendapatkan lelaki itu.

"Haze.. Penat" rengeknya. Tangan sudah didepakan untuk memeluk suaminya itu. Haze awal-awal sudah angkat tangan, melarang.

"Dont create a scene now Adellia.. My friend is here" 

Wah! Termalu Adellia sendiri setelah Yusri muncul dari tangga di penjuru bangunan itu sambil tersengih-sengih.

Mujur saja keadaan di ruangan itu gelap. Tak adalah sesiapa nampak mukanya yang sedang merah menyala itu!

Usai melambai Yusri di luar pagar, Adellia menolak kerusi roda Haze ke perkarangan rumahnya. Dek kerana malam sudah terlampau lewat, dia memutuskan untuk bawa Haze pulang ke rumahnya saja. Tak mahu mengganggu keluarga Haze dengan kepulangan mereka pada waktu begitu.

Sejak tadi, senyum tak pernah sekali lekang dari bibirnya. Tak tahu kenapa, kehadiran Haze bersamanya membuatkan dia rasa begitu nyaman dan selesa.

Tambah-tambah selepas melihat kesanggupan suaminya itu menanti dia di luar ofis tadi. Lagilah terusik dibuatnya!

Namun, dia pantas menghalau segala rasa yang cuba datang menempel di hati. Ingat Adel, misi kau adalah untuk dapatkan duit.. Bukannya cinta Haze!

"Haze?"

 "Hmm"

"Thank you.." jeda seketika. "Thank you for accompanying me.. I thought you were mad at me and I thought you did not care about me"

Haze memegang kedua-dua belah tayar, membuatkan kerusi roda yang ditolak Adellia itu berhenti. Lantas, dia mengendalikan kerusi roda itu berpusing arah ke belakang, menghadap Adellia.

"Takkan aku nak tinggal kau sana sorang-sorang.. Kau tu dahla penakut"

Adellia juling mata ke atas. Dia ni sedap-sedap je mengutuk orang!

Tangan Adellia terus diraih. Mata mereka bertaut. Terus Adellia bercanggung agar Haze tak perlu mendongak untuk memandangnya.

"Aku janji, aku akan sentiasa ada untuk kau.. Mulai sekarang, kau tak akan jalan sendirian lagi sebab aku akan ada untuk temankan kau, inshaAllah untuk selamanya. Even everyone is against you, I will be there for you. I promise"




















Jam penggera di telefon Adellia berbunyi kuat sejak pukul 7 pagi tadi. Haze dan Adellia masing-masing masih dibuai mimpi. Haze di sofa manakala Adellia di toto.

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now