Bab 25

4.9K 305 27
                                    

Sementara menanti Haze untuk datang menjemputnya dengan Grab, Adellia mengambil tempat di kerusi di perkarangan pejabatnya. Sambil-sambil itu dia mengeluarkan telefon bimbit, sekadar mengisi masa lapang dengan skrol akaun Instagramnya.

Satu persatu gambar ditekan dua kali, like gambar yang terpapar di skrin telefon bimbitnya itu.

Skrol lagi, gambar nasi bersama chicken butter. Dia sudah telan liur. Tiba-tiba craving makanan itu pula! Macam orang mengandung pun ada.. Mengidam saja!

"Nak balik masak atau nak tapau eh.." gumamnya sendirian. Masih berkira-kira untuk membuat keputusan.

Dalam pada dia sibuk berfikir tentang makanan yang ingin dinikmati malam nanti bersama Haze, kepala tiba-tiba saja teringat akan makanan kegemaran suaminya pula. Alang-alang dia nak masak butter milk chicken, baik dia masak makanan kesukaan suaminya sekali. Barulah isteri mithali!

Terus dia tepuk dahi dua tiga kali,

"Makanan favourite Haze pun aku tak tahu.. Nak masak macam mana?" Termenung dia seketika, berfikir.

"Tak bestlah kalau tanya dia depan-depan.. Tak surprise.. Kalau tanya pun belum tentu pun dia nak jawab.." dia juih bibir bila teringatkan sikap Haze yang suka main-main itu.

Entah kenapa, tiba-tiba saja wajah Dato' Zahirah terlintas di fikirannya. Dia petik jari.

"Mummy!"

Nombor dato' Zahirah pantas didail tanpa membazir masa walau sesaat pun. Dia sudah senyum panjang. Malam nanti, bolehla dia cuba masakkan untuk Haze! Biar Haze terharu dengan usaha murni dia tu.. Barulah Haze sayang dia lebih!

Eh..

Kau nak dia sayangkan kau ke Adellia? Bukan.. Kau nakkan sejuta ringgit saja dari mummy dia? Buat masa itu, Adellia sudah berperang dengan dirinya. Mencari alasan untuk sedapkan hati sendiri, menutup salah yang diciptanya.

"Hello?" Sapa dato' Zahirah dari hujung talian, membuatkan Adellia tersentak.

"Aa.. Er.. Hello mummy.. Adellia ni.."

"Ya Adellia.. Ada apa call mummy? Beritahu cepat mummy nak solat ni.. Asar dah banyak"

"Adellia nak tanya pasal makanan favourite Haze, mummy.. Haze suka makan apa ya?" Hujung kasutnya menguis-nguis pasir di lantai sementara menanti balasan dari ibu mertuanya itu.

"Haze suka kari kepala ikan.. Tapi dia tak suka kari yang banyak santan. Berminyak.. Dia tak suka"

Sambil mengangguk, mulutnya sudah berbentuk o, tanda faham.

"Iya ke.. Kari boleh tahan susah juga nak masak tu.. Selain kari mummy?"

"Masak lemak ketam.. Ketam pastikan fresh.. Kalau isi dia dah hitam-hitam Haze tak akan makan. Dia geli.. Kalau nak beli ketam, you beli yang dekat pasar. Sana semuanya fresh-fresh" Adellia sudah menghembus nafas ikut mulut.

Cerewet juga laki aku ni! Getusnya dalam hati.

Makanan yang ini pun susah nak dimasak juga! Dia sudahlah tak pandai masak langsung! Adellia sudah bersandar pada kerusi sambil kepala dongak ke langit.

"Haze tak makan yang simple-simple ke mummy.. Susahlah nak masak dua lauk tu.. Adellia tak pandai"

"Selagi makanan tu tak pedas, dia makan saja.. Haze tak boleh makan pedas. Dia tak pandai" perlahan, Adellia sudah senyum jahat. Kepala sudah dijatuhkan, menghadap hadapan semula.

Haze tak makan pedas ya sayang? Dia sudah gelak besar dalam hati, fikirkan rancangannya untuk malam ini.

"Rajin nak masak?" Soalan itu membuatkan dia kembali ke dunia realiti semula.

Kerana Dia Untukku (E-book)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora