Bab 2

7.7K 309 6
                                    

Gambar lelaki yang tersenyum manis itu dipandang seketika. Hazeman Iskandar.. Nama sekacak rupa. Tapi, yang peliknya, mengapa ibunya mahu mengupah aku jadi isterinya? Dengan rupa yang dia ada, musykillah tak ada perempuan yang tertarik dengannya!

Pelbagai persoalan bermain di fikiran Adellia tatkala matanya merenung senyuman lelaki itu. Sungguh, dia benar-benar bingung pada ketika itu. Nak ditanya soalan-soalan itu, bimbang akan dimarahi pula. Tak pasal-pasal dia dicop sebagai penyibuk pula nanti.

"So.." Terus dia angkat muka, memandang wanita di hadapannya itu. Gambar itu dipulangkan kepada wanita itu semula. "Berapa you nak? Just name it"

"3 juta ringgit shall be okay dato."

Kopi ais dikacau-kacau dengan straw sebelum dibawa dekat dengan bibir yang disalut dengan gincu bewarna merah pekat itu. Melihat Dato Zahirah berkira-kira mengeluarkan buku cek dari beg tangan, dia pantas bersuara lagi,

"Don't pay me now." Ujar Adellia lagi. Kopi itu disedut seketika sebelum gelas itu ditempatkan di atas meja semula. "Buat masa ni, dato transfer RM10 ribu saja dulu ke akaun saya sebagai deposit. Nanti saya mesej nombor akaun saya pada dato. Bakinya dato lunaskan selepas kontrak saya selesai.'"

Dato Zahirah angguk perlahan tanda setuju. Tas tangan jenama Balenciaga ditutup kembali lalu ditempatkan di atas kerusi kosong bersebelahannya semula.

"Jadi.. Apa yang saya perlu buat nanti?"

"Seperti yang you tahu, Haze adalah anak tiri I tapi I sayangkan dia macam anak I sendiri. I nak you buat dia rasa betul-betul disayangi oleh you.. Selama tempoh 3 bulan ni, I nak you fokus kepada dia dan I nak you cintakan dia. Tapi ingat.. Ini hanya lakonan saja. I tak izinkan you simpan apa-apa perasaan terhadap dia." Sekeping sampul surat bewarna coklat bersaiz A3 kemudiannya dihulurkan kearah gadis itu.

"Dalam envelope ni ada kontrak dan perjanjian yang lawyer I siapkan untuk you. Segalanya dah tersedia dalam dokumen tu. Jangan lupa baca. I tak nak you langgar syarat yang I dah tetapkan.."

Sampul surat itu terus bertukar tangan. Segala dokumen yang terkandung dalamnya dikeluarkan oleh Adellia untuk disemak sekilas.

"Dan lagi satu.. Haze runs a game developer company and he gets a lot of attention from the media. I tak suka tengok keadaan dia yang sekarang, berkerusi roda kesana kemari. Susah untuk dia bergerak. Jadi, I nak you ubah dia.. Beri dia semangat supaya dia setuju untuk jalani fisioterapi.."

Adelia terkesima seketika mendengar ayat terakhir yang ditutur oleh Dato Zahirah tadi. Fisioterapi? Anak tiri dato Zahirah ini cacat ke?

"Fisioterapi?"

Dato Zahirah mengangguk sambil keningnya terangkat.

"Haze pernah kena pukul teruk dibahagian kaki sampai dia lumpuh. I tak nak cerita lebih-lebih. Kalau you nak tahu dengan lanjut, you tanya Haze sendiri. I tak nak buka aib anak tiri I." wanita itu berjeda.

"I nak you ikut saja apa yang I suruh you buat and I'll give you bonus up to 50 percent if I'm satisfied with your work."

Adellia angguk faham sambil bibirnya menggariskan senyum kecil. Tangan kanannya dihulurkan ke arah wanita berusia lingkungan lewat 40-an itu. Berpuas hati dengan ganjaran yang menarik yang ditawar oleh Dato Zahirah tadi.

Tangan mereka bertemu,

"I love your offer dato.. Or.. Should I start calling you mummy from now on?"

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now