Bab 5

6.3K 278 16
                                    

"Hazeman Iskandar, 28. Kuala Lumpur" Adellia umpama tersedar ke realiti semula.

Tak lama, dia kerut dahi. Huh! Kenalkan diri pun serupa macam kenalkan diri di WeChat!

Adellia masih lagi berdiri di tempat tadi. Langsung tidak bergerak seinci pun. Masih lagi pandang gerak geri lelaki itu.

"Masuklah. Tapi mummy tak ada.. Belum balik lagi." Haze menoleh sedikit. "Panggil aku Haze"

"Aku ada buat shortlist nama designer untuk design b aju kahwin kau.. Kau pilihlah sesiapa yang kau nak. Nanti aku call panggil datang rumah"

Adellia angguk kecil. Kakinya mula mengatur langkah, membuntuti lelaki itu dari belakang.

"Aku tak tahu sama ada mummy pernah beritahu kau tentang keadaan aku.. But as you can see, yes.. Aku cacat.. Kaki aku dah tak function macam dulu" ujar Haze sebaik saja Adellia melabuhkan duduk di sofa.

Mata Adellia hanya memandang lelaki itu yang sedang beralih duduk dari kerusi roda ke sofa bertentangannya. Gadis itu masih berkunci mulutnya. Tak komen apa-apa.

"Maaflah kalau kau sebenarnya berharap fizikal aku sesempurna lelaki lain di luar sana.. Hakikatnya aku macam ni. Tak mampu berjalan." Jeda. Haze senyum kelat.

"Kalau kau nak batalkan perkahwinan pun aku tak kisah. Aku faham.. Lagipun barang-barang tu aku boleh simpan untuk masa akan datang.. Aku tak rugi apa- apa. Sekarang, keputusan atas kau. Aku ikut saja"

"Adel -"

"Aku faham je kalau kau tak boleh terima aku.. Serius aku faham.. Kau tak perlu paksa diri dan tak perlu seksa diri kau. Nak hidup dengan aku bukan senang"

Haze tunduk, pandang lantai. Jujurnya dia benar-benar redha dengan apa saja jawapan yang dia bakal peroleh nanti.

Takkanlah perempuan secantik itu mahukan dirinya yang serba kekurangan macam ni!

"Adel nak hidup dengan Haze" putus Adellia bersama senyuman di bibir membuatkan Haze tersentak lalu memandang wajah gadis itu. Adellia mengangguk lagi, mengiyakan kata-katanya yang tadi.

"I want to marry you" ulang Adellia lagi.

"Sekarang, Adel tak nak sesakkan kepala fikir pasal designer mana yang bakal designkan baju Adel" Buku nota milik Haze yang terbuka di atas meja itu ditutup rapat lalu ditolak ke tengah meja.

"Adel ikut je mana-mana yang Haze rasa okay"

"Tapi taste aku boleh tahan teruk" Haze gelak di penghujung bicara.

"Tak apa.. Adel percayakan Haze" gadis itu terus bangun dari duduk dan terus mendekati lelaki itu. Kerusi roda Haze dipegangnya dan dibawa dekat dengan lelaki itu.

Bersama senyum di bibir,

"Sekarang, Adel nak ajak Haze keluar. Jom pergi date?"

"Aku malas." "Ala.. Kenapa?"

KERUSI RODA Haze ditolak perlahan oleh Adellia, menuju ke taman permainan berdekatan dengan rumah Haze. Sejak bertolak tadi Haze mendiamkan diri saja. Langsung tak berkata apa-apa. Hanya Adellia saja bercakap sendirian. Dia jadi pendengar saja.

"Macam cantik je view dekat sini.. Kita tunggu sampai sunset lah ya? Boleh sembang panjang sikit"

"Jom balik" putus Haze sebaik saja mereka tiba di perkarangan taman permainan itu.

Adellia terpingga-pingga sekejap. Eh biar betul?

"Kenapa?"

"Aku tak sedap badan"

Kerana Dia Untukku (E-book)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt