Bab 34

4.7K 308 41
                                    

Dato' Zahirah sudah terjegil matanya. Tangannya cepat-cepat dijatuhkan ke sisi semula. Adellia yang agak serabai rambutnya dan bengkak pada kedua belah pipi hasil perbuatannya tadi dipandang. Dengan harapan pandangannya itu mampu merubah keadaan menantunya yang hampir lunyai dikerjakannya tadi.

Dato' Zahirah pada ketika itu tak senang duduk. Kantoilah dia pukul Adellia! Apa pula kata Haze nanti?

"Mummy buat apa pada isteri Haze?" Suara Haze kedengaran keras. Kerusi rodanya terus dibawa menuju ke katil pesakit yang diduduki oleh isterinya itu.

Adellia hanya tunduk. Kakinya dibawa rapat ke dada dan dipeluk lututnya itu. Esakkannya masih bersisa namun dikawal sehabis baik. Matanya juga dilarikan dari bertemu dengan mata suaminya. Tak mahu Haze syak apa-apa nanti.

"Mummy buat apa pada ISTERI HAZE?" Soal Haze lagi namun kali ini dia tekankan dua perkataan di penghujung bicara.

Dato Zahirah sudah hilang kata. Dia tahu hanya Adellia saja yang mampu menyelamatkan dirinya pada waktu itu.

"Mu-mummy datang tengok Adellia saja.. D-dia tak buat apa-apa pun" balas Adellia, menyelamatkan si ibu mertua.

Mata Haze tajam memandang Adellia. Seolah-olah tahu bahawa isterinya itu sedang menipu dia.

"Y-ya.. Mummy datang tengok saja.." dato Zahirah mengiyakan. Gagap pula tu.

"Mummy keluar dulu" tergesa-gesa wanita itu keluar dan matanya betul-betul dielakkan supaya tak bertembung dengan mata anak tirinya itu.

***

SELESAI membersihkan diri sebaik saja pulang tadi, Haze dan Adellia berbaring di tempat masing-masing. Haze di sofa manakala Adellia di bawah.

Tak tenang hati Adellia pada malam itu sehinggakan dia tidak bisa tidur. Hatinya masih lagi tak senang. Tak senang fikirkan bagaimana rasanya dia kehilangan suaminya tadi. Biarpun seketika, bagai nak gila dia jadinya. Itu baru sekejap. Nanti selepas kontrak tamat bagaimana?

Aduh kusutnya!

Dari berbaring, dia bangun duduk pula menghadap ke sofa yang ditakluki Haze. Wajah suaminya yang sudah lena itu dipandangnya. Tenang saja lelaki itu tidur. Beberapa helai rambut yang jatuh di dahi Haze terus disebak ke belakang oleh Adellia. Pipi Haze seterusnya dikerlus pula.

Adellia menangis dalam diam.

"Sayang.. I'm sorry" tutur Adellia. Berbisik. "I'm sorry for what had ha-happened today" begitu lebat air matanya turun. Kesal. Kerana dia tahu jika dia tidak meminta pertolongan Yusri untuk menjaga mereka tadi, Haze boleh saja diculik dan lesap terus dari hidup dia tanpa khabar berita.

"Adel takut sangat lepas dapat tahu yang Haze hilang tadi. Puas Adel cari Haze di merata tempat tapi tak jumpa. Adel tak dapat bayangkan macam mana kalau Haze betul-betul hilang dari hidup Adel nanti.. Adel takut!!"

Tangan Haze digenggam Adellia, erat.

"Adel fikir cinta itu tak wujud dan perasaan sayang Adel terhadap Haze tak akan pernah muncul dan tak akan pernah ada.. Tapi Adel salah.. Adel salah.. Kejadian tadi buat Adel sedar yang Adel tak mampu untuk terus hidup tanpa Haze"

"Adel cintakan Haze, sepenuh hati Adel.." ucapnya, perlahan.

Haze celik mata. Tanpa sedar, Haze sebenarnya dengar dengan begitu jelas segala bait kata yang diucapkan oleh Adellia pada malam itu.

"Adel tak kisah hilang kereta.. Hilang rumah.. Hilang harta atau segalanya. Tapi.. Adel tak sanggup untuk hilang Haze.."

Adellia kawal esakkannya sehabis baik. Tak mahu Haze terbangun gara-gara dia biarpun Haze sebenarnya masih lagi belum tidur.

"Adel masih perlukan cinta Haze.. Sayang dari Haze to keep me going. Adel tahu kita baru saja kenal tapi ugh!!" Dia senyum dalam tangisan.

"I don't know I just love you so much"

Penat menangis, Adellia akhirnya tertidur berbantalkan tangan Haze. Bukan tidur berbaring di atas sofa tetapi tidur secara duduk, menghadap tubuh suami.

Cahaya lampu yang dipasang samar-samar oleh Adellia tadi terpancar elok mengenai wajah cantiknya. Juntaian rambut Adellia di pipi itu diselit lembut oleh Haze pada belakang telinga. Kata-kata isterinya tadi tak henti-henti bermain di fikirannya dan menghantui dia tanpa sedar. Sekaligus mengheret dia ke dunia nyata.

Barulah dia tahu, begitu rupanya perasaan Adellia terhadap dia!

"Adel takut sangat lepas dapat tahu yang Haze hilang tadi. Puas Adel cari Haze di merata tempat tapi tak jumpa. Adel tak dapat bayangkan macam mana kalau Haze betul-betul hilang dari hidup Adel nanti.. Adel takut!!"

Perlahan, bibir Haze ukirkan senyum.

"Maafkan Haze sayang.. Ini hanya permulaannya saja"

Haze pandang saja wajah isterinya yang hanya beberapa inci jauh dari matanya itu. Bengkak betul wajah itu. Di penghujung bibir Adellia juga ada luka. Dia tahu, luka itu bukan luka yang Adellia dapat sewaktu dia diculik tadi. Dia tahu ianya angkara dato Zahirah, ibu tirinya.

Hatinya tiba-tiba panas. Ada perhitungan yang dia perlu buat dengan wanita itu besok!

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Mar 23 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

Kerana Dia Untukku (E-book)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang