Bab 26

4.7K 271 21
                                    

"Hmm.. Sounds great.."

Adella terus bangun dari terus-terusan melekap ke dada suaminya itu. Tangannya direhatkan di pinggang Haze.

"Kita pergi eh?" Muka Adellia sudah kelihatan benar-benar teruja. Matanya juga sudah bersinar-sinar tatkala menanti jawapan dari lelaki itu. "Haze ambil la cuti dua tiga hari.. Kita date berdua.. Please"

Dengan niat untuk mengusik, Haze menggeleng laju. Menolak ajakkan isterinya itu. Sengaja dia buat muka garang. Biar Adellia tak berani nak bantah!

"Haze... Tak sudi nak pergi jalan-jalan dengan Adel ke?" Ucapnya perlahan. Jauh hati. Muka seposen awal-awal sudah ditarik Adellia. Untuk raih simpati si suami.

"Haze malu eh beristerikan Adel?" tambah Adellia lagi dan nadanya kali ini sudah bertukar sebak.

Haih! Penangan hampir-hampir nak period memang begini. Cepat benar moodnya berubah-ubah dalam masa yang singkat!

"Ya aku malu"

Jawapan itu berjaya mengundang esakkan Adellia. Dia sudah bawa diri jauh-jauh dari Haze dan badannya mengiring menghadap tingkap. Membelakangkan suami. Dilihatnya trafik yang bergerak perlahan di seberang jalan. Itu lebih menarik di matanya pada ketika itu.

"Adel tahula Adel tak-"

"Aku malu dengan kau sebab aku tahu aku akan susahkan kau sepanjang honeymoon ni nanti. I mean, look at me Adellia.. Dengan keadaan aku begini, aku tak boleh memandu. Apa yang aku tahu aku akan buat kau penat saja sepanjang honeymoon tu nanti. Kau yang akan penat untuk assist aku itu dan ini dan aku tak suka semua tu." Potong Haze, membuatkan segala tanggapan buruk yang difikir oleh Adellia tadi hilang dengan serta merta.

"Do you really have to point out your flaws everytime you're with me, Haze?" Soalan Adellia lebih kepada berbisik. Badannya kini sudah dihadapkan kepada Haze semula.

"Apa salahnya kalau Adel kena berkorban sikit untuk kebahagiaan kita berdua? Tak semestinya kita perlu jadi sempurna untuk bahagia kan? If you cannot drive then I will. If you cannot walk, then I will help.. Kita saling melengkapi antara satu sama lain Haze.. That is what love all about. Adel akan lengkapi kekurangan Haze dan Haze juga perlu buat perkara yang sama.. Lengkapi Adel.. Boleh?" ujar Adellia, serius.

Di saat itu, dia ternampak kaca-kaca di kolam mata suaminya itu. Pantas, Haze berpaling untuk melarikan wajahnya dari dilihat oleh isterinya itu.

"Kita baru saja kahwin Adellia.. Memanglah kau boleh cakap begitu.. Tengoklah 2-3 bulan dari sekarang, masa kau dah penat layan aku.. Penat dengan karenah aku.. Jangan menafikan sebab aku jamin kau akan penat juga satu hari nanti.."

Adellia sudah tunduk diam seribu bahasa. Memanglah.. Dalam jangka masa itu, dia mungkin saja sudah bersiap sedia untuk memegang gelaran janda jutawan dan tinggalkan Haze buat selamanya. Tapi buat masa ini, perlu ke dia untuk tabur janji palsu lagi untuk menyedapkan hati lelaki itu?

"Aku tak letak harapan yang kau akan ucap perkataan yang sama seperti tadi tu, 2 bulan lagi.." suara Haze pula retak seribu.

"Cuma aku harap kau bahagia saja dengan aku.." Haze berpaling menghadap isterinya itu semula. Ada senyum kecil di bibirnya. Senyum palsu. Tangan Adellia diraih lalu diusapnya lembut.

"Tapi kalau kau tak jumpa bahagia tu dengan aku, aku akan lepaska-" cepat-cepat Adellia menindih bibir Haze dengan bibirnya. Tak mahu suaminya itu terus menyambung kata-katanya itu. Lebih kepada tak sanggup untuk mendengar hasrat hati si suami dengan lebih lanjut.

Terus matanya dipejam rapat-rapat, diikuti oleh Haze.

Tatkala itu, hati Adellia sudah diserang dengan pelbagai rasa. Matanya juga sudah menghasilkan air jernih yang semakin laju jatuh ke pipi. Dan ketika itu, dia tahu air mata yang telah terhasil itu adalah ikhlas dan bukannya dibuat-buat atau dipaksa-paksa bagi menjayakan lakonannya.

***

MARISSA leka memotong bawang di dapur sambil termenung. Termenung fikirkan tentang suami kepada adiknya itu. Aneh benar rasanya Adellia dimata dia tadi. Dari gelagatnya, Adellia seakan-akan menyorokkan sesuatu dari dia pun ada!

"Faham kalau dia tak nak suami dia tahu tentang identiti aku.. Tapi kenapa dia berahsia benar pasal suami dia dengan aku?" Gumamnya perlahan.

Dia mengeluh kecil. Masih dia ingat reaksi muka adiknya tatkala dia menyebut nama lelaki itu tadi. Sudahlah tu, cepat-cepat tukar topik pula. Macam ada sorokkan sesuatu dari dia pun ada!

Pisau terus diletakkan di atas papan pemotong. Tisu dapur ditarik dua tiga keping lalu dilap tangan yang lembab. Telefon bimbit seterusnya dicapai dari meja dapur.

Aplikasi google ditekan sebaik saja telefon bimbit jenama Samsung Note 2 itu dihidupkan.

"Hazeman Iskandar" nama itu disebut seiiring dengan tempo jarinya menaip pada skrin.

Tak sampai 5 saat, senarai keputusan untuk nama yang dicari keluar. Dibaca tajuk setiap laman web satu persatu.

CEO Playsoft kini menamatkan zaman bujang

Sekitar majlis perkahwinan CEO Playsoft bersama gadis pilihan hati

Laman web yang kedua ditekannya. Artikel itu seterusnya terpapar di skrin.

KUALA LUMPUR- CEO syarikat permainan online terkemuka di Malaysia, Hazeman Iskandar Dato' Mustafa kini menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati yang dikenali sebagai Adellia Natasha bertempat di dewan persendirian disini semalam.

Hampir saja telefon bimbit itu jatuh dari tangannya. Marissa sudah tergamam. Tergamam dan terkejut bukan kepalang dengan artikel yang baru dibacanya. Dia geleng laju tak percaya,

"Adel kahwin dengan Is? Tak mungkin.."

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now