Bab 31

5.3K 329 26
                                    

"Sayang.. Dah-dah la tu merajuk" hanya deruan ombak saja kedengaran. Adellia benar-benar jauh hati dengan Haze nampaknya.

"Adel tak faham kenapa tak ada sesiapa di dunia ni hargai Adel.." suara Adellia sudah kembali bergetar. Rasa sedih yang tadinya sudah beransur hilang kini sudah kembali menerpa.

"Dari dulu lagi apa yang Adel buat semua tak kena dimata orang lain.. Termasuk di mata Haze.." esakkan sudah kedengaran. Haze sudah raup muka. Bersalah.

"Adel tahu Haze mungkin tak simpan apa-apa perasaan lagi untuk Adel.. Adel faham kedudukkan Adel dimana tapi at least boleh tak hargai usaha Adel untuk bahagiakan kita?"

Haze tolak sendal pada tayar kerusi rodanya lalu memusingkan kerusi itu menghadap isterinya yang masih bercangkung sambil menyorokkan muka pada lutut.

Haze cuba raih tangan Adellia. Dia sudah tahu apa yang boleh dia buat untuk pujuk isterinya itu. Dia berdehem kecil, betulkan suara.

"Darling don't be afraid I have loved you.. For a thousand years.. I'll love you for a thousand more"

Haze menyanyi dengan suara yang tak berapa sedap, membuatkan Adellia tahan tawa. Kelakar pula dia dengar. Suara Haze tak sedap!

"Dah?"

"Tak cukup.."

"Apa yang tak cukup? Nyanyi?" diam. "Okay Haze nyanyi lagi"

"NO!!" Adellia pantas melarang sebaik saja dia angkat muka. "Haze pekak ton. Berhenti menyanyi!!"

"That actually hurts.." ucap Haze perlahan. Terluka dengan komen yang Adellia beri. Namun dia tidak kisah sebab itu memang fakta. Dia tak boleh menyanyi.

Tangan Adellia ditarik, meminta isterinya itu untuk bangun. "Come.." Adellia bangun lalu ditarik tangan Adellia itu sehingga wanita itu terduduk di atas kakinya. Adellia buat muka kering. Mata pandang laut di hadapan. Tak pedulikan Haze yang sedang mengesat air matanya itu langsung.

"Apa yang tak cukup sayang"

"Sayang setakat beribu tahun tak cukup"

"Then? Infinity?" Adellia cuma angguk. Matanya masih tak pandang Haze.

"Ad-"

Dalam sekelip mata, tangan Adellia diragut kasar membuatkan dia terjatuh dari ribaan suaminya lalu diheret jauh dari Haze. Adellia sudah meronta-ronta. Jeritan tidak kedengaran memandangkan mulutnya awal-awal lagi sudah dicekup dengan kain.

Mata Haze sudah membuntang melihat si isteri diheret jauh darinya dalam keadaan paksa.

"HOI!!!!" jerit Haze.

"KAU ORANG NAK BAWA DIA PERGI MANA!!" dia sudah mengayuh tayar kerusi rodanya dengan tangan, sepantas yang boleh. Dia perlu kejar Adellia! Dia perlu selamatkan isterinya!

"TOLONG!! TOLONG!!" Teriak Haze, sekuat hati.

Kerusi rodanya terlanggar batu besar, membuatkan ia hilang pertimbangan lalu jatuh menyembah bumi. Haze juga turut sama jatuh dari kerusi rodanya itu.

"ADELLIA!! ARGHHHHH!!" Dia pantas bangun dan cuba mengesot. Nafasnya juga kencang. 

"ADELLIA!! TOLONG!!" pekik Haze lagi.

Adellia cuba meronta-ronta dengan lebih kuat, minta dilepaskan namun pegangan lelaki-lelaki tersebut pada badannya terlampau kuat sehinggakan dia tidak bisa lakukan apa-apa langsung. Air mata sudah berjuraian mengenangkan nasibnya malam itu. Tak mengapa, biarkan mereka dulu Adellia.

"HAZE!!!" Namun jeritannya tidak jelas memandangkan mulutnya masih lagi ditutup dengan kain.

Adellia dibawa ke hutan yang berdekatan dengan pantai itu. Tubuhnya kemudiannya dihempas ke atas tanah. Dia mengaduh sakit sambil menangis. Hanya itu saja yang dia mampu lakukan pada ketika itu. Dn tatkala kain itu sudah tiada di mulut, dia pantas menjerit.

"HAZE TOLONG!!!"

Dua orang lelaki bertopeng itu sudah ketawa jahat. Seronok melihat gadis di hadapan mereka itu menangis meronta-ronta begitu.

"Cantik lauk kita malam ni.. Entah-entah tuan Haze sendiri belum rasmi lagi"

Adellia bangkit duduk dari terus terbaring. Perlahan, dia cuba mengundurkan diri ke belakang, jauh-jauh dari lelaki-lelaki durjana itu. Suasana pada ketika itu agak gelap. Hanya pancaran cahaya bulan saja yang membuatkan keadaan kelihatan samar-samar.

"Tolong jangan apa-apakan aku.."

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now