Bab 14

5.7K 327 33
                                    

Usai mengaminkan doa, Haze menolak kerusi roda ke arah Adellia yang masih tidur di atas toto itu. Dia geleng kepala saja melihat si isteri masih nyenyak tidur. Siap terkup muka dengan bantal lagi.. Ini sudah lebih!

"Isteri Hazeman Iskandar sila bangun.." bunyi kipas saja menyahut panggilan Haze tadi.

"Adellia Natasya.. Oooh Adellia Natasha" panggilnya, berlagu pula. Tiba di sisi gadis itu, dia membongkok sedikit dan tangannya laju mengetepikan bantal empat segi itu dari muka si isteri.

Terkejut dia tatkala melihat mata Adellia yang merah itu memandang tepat ke arah matanya. Dah jaga rupanya. Wajah Adellia ditilik beberapa saat. Nampak sememeh seperti baru lepas menangis pun ada.

"Apahal ni?"

"Can I hug you?" soal Adellia lantas bangun mendapatkan Haze yang masih terpinga-pinga.

Tubuh Haze terus didakapnya, erat.

"Kenapa ni? Pagi-pagi dah ambil kesempatan peluk badan aku" ujar Haze lagi, kedengaran agak poyo. Ada tawa kecil disertakan di penghujung bicara.

Perlahan, tangannya juga turut membalas pelukkan si isteri.

"Well learn to get used to it now. Adel memang jenis yang suka ambil kesempatan.. Lagi-lagi ke atas Haze.." balas Adellia, tak nak kalah.

"Bini siapalah ni.. Gatal lain macam!"

"Bini Haze lah.. Bini siapa lagi" Haze mencebir saja.

Matanya seterusnya tertancap pada jam di dinding. Hampir saja pukul 8 pagi!

"okay dah.." Haze tepuk belakang badan Adellia dua tiga kali. Pelukkan Adellia pada tubuhnya diuraikan olehnya. "Pergi solat.. Dah nak tengah hari dah ni.. Tadi aku gerak tak nak bangun. Tidur sampai tak ingat dunia"

Melihat Adellia masih duduk melutut di hadapannya dan tidak bergerak, Haze bersuara lagi,

"Kan aku cakap pergi solat.. Kau duduk situ buat apa lagi?"

"Adel cuti" bohong Adellia.

***

HAZE dan Adellia masing-masing ketawa bersama tatkala mereka berdua masuk ke banglo tiga tingkat itu. Sunyi saja rumah agam itu pada pagi itu. Semua orang masih tidur agaknya. Mungkin penat majlis semalam masih bersisa..

Kerusi roda Haze ditolak oleh Adellia, biarpun lelaki itu awal-awal sudah melarang.

"Dahla Haze.. Paksa-paksa orang gelak pula.. Dia fikir dia dah cukup kelakar agaknya.. Dahla buat lawak hambar.. Satu pun tak kelakar!" ujar Adellia, cuba untuk tahan tawa. Pagi-pagi lagi si Haze sudah buat lawak antarabangsanya. Pecah juga perutnya dibuatnya!

"Halah.. Halah.. Dia yang gelak lebih-lebih lepastu cakap aku hambar pula.. Tarik hidung tu nanti baru tahu"

"Amboi.." teguran suara dato' Zahirah berjaya meraih perhatian mereka berdua. Dia berjalan ke ruang tamu, mendapatkan anak tiri dan juga menantunya itu.

Adellia hanya senyum lantas menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan 'majikannya' itu.

"Kemana pergi pengantin baru ni semalam? Honeymoon ke?" Dato' Zahirah bercanda. Kepala Adellia diusapnya lembut tatkala gadis itu mengucup tangannya.

"Honeymoon lah mummy.." Haze hulur tangan umpama memberi isyarat untuk Adellia sambut dan tangannya disambut oleh isterinya itu.

"Sikit lagi adalah tu isinya.. Nanti mummy jadi tok mummy lah 9 bulan lagi" gurauan Haze itu membuat dato' Zahirah tersentak. Senyumnya mati dengan serta merta.

Matanya yang membuntang luas itu terus menikam anak mata menantunya. Pandangan matanya itu jika ditafsirkan, umpama tidak begitu senang dengan berita yang baru dikhabarkan Haze tadi.

Adellia yang seolah-olah faham dengan reaksi dato' Zahirah itu terus laju mencubit lengan suaminya membuatkan Haze mengaduh kecil.

"Ish.. Dengarla sembang Haze tu mummy.. Auta je semua tu"

"Jangan cabar Haze, Adellia.. Haze ni lelaki tau dan lelaki pantang dicabar" Haze beri peringatan. Serius saja nada suaranya.

"Serius la tu?" Adellia tarik janggut ciput si suami dari belakang. Haze cepat-cepat menangkap tangan itu lalu dijentik manja dua tiga kali.

"Ni denda sebab Adellia nakal sangat!" mereka berdua ketawa bersama tanpa menyedari keletah mereka sedang diperhatikan oleh dato Zahirah tanpa bekerdip walau sesaat pun.

"Mummy nak pinjam Adellia kejap.. Nak bawa masuk dapur. Boleh?"

"Boleh.. Tapi jangan bagi dia potong sayur mummy.. Suruh dia buat siakap tiga rasa.. Dia expert bab tu" Haze senyum sinis tatkala anak mata Adellia membuntang luas. Seronok pula hatinya dapat kenakan si isteri! Rasa puasnya lain macam!

PANG!! 

Sebuah tamparan kuat hinggap di pipi kanan Adellia sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam stor di bahagian dapur rumah itu. Terteleng juga mukanya jadinya. Tangannya pantas menyentuh bahagian pipi yang mulai rasa berdenyut-denyut itu.

"I guess you didn't go through the contract properly, Adellia Natasya?"

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now