Bab 23

4.5K 278 42
                                    

Adellia senyum sendirian melihat cincin bertatahkan batu berlian yang baru diberi oleh Haze petang tadi. Dalam keadaan lampu yang samar-samar, jarinya menyentuh nama Haze yang dia rasakan terpahat dengan begitu indah pada badan cincin itu.

Sukanya! Rasanya seperti Haze benar-benar hak dia sepenuhnya!

"Tidurlah. Main cincin buat apa lagi tu?" Kata Haze yang baru saja menukar posisi baringnya di atas sofa.

Haze mengiring menghadap isterinya yang berbaring di bawah beralaskan toto sambil menempatkan kedua belah tangan di bawah pipinya. Pandang Adellia dengan penuh minat.

"Sayaaaang" panggil Adellia, lembut. Panggilan itu juga berjaya mengundang senyum di bibir Haze sehingga menampakkan keseluruhan gigi depannya.

"Ya" jawab Haze pendek. Senyum masih tak lekang pada bibirnya.

Adellia mencapai tangan Haze lalu dipegangnnya seketika. Mata mereka masih lagi bertaut.

"Are you like... Fully mine?"

"Of course?" Soalan dibalas dengan soalan.
Dengan itu, Adellia terus bangun dari pembaringan lalu naik ke atas sofa yang sama di mana Haze sedang berbaring.

"Tepi sikit"

Haze yang masih terpinga-pinga itu hanya menurut. Dia menginjakkan badan rapat ke penyandar agar Adellia bisa duduk dekat dengannya dengan selesa.

Sebelah tangan Haze didepangkan oleh Adellia dan lelaki itu hanya menurut dengan rela.

"Nak buat apa ni? Pelik semacam je reaksi muka tu. Risau aku.." Haze ketawa hambar di hujung kata.

"Nak tidurlah.." lengan Haze ditepuk-tepuk perlahan. "Adel nak tidur sinila... With someone that I call mine"

Selesai menyanggul rambut, Adellia merehatkan kepalanya di atas bantal yang sama Haze berbaring, dengan tangan Haze di melingkar belakang lehernya.

"Tapi aku tak setuju pun untuk benarkan kau tidur sini?"

"Ala.. Perlu minta persetujuan Haze dulu ke untuk baring sebelah you sayang?" Adellia usap dagu konon sedang berfikir.

"Kena buat proposal tak? Kalau perlu, sekarang juga Adel boleh buat lepastu print out.. Tapi kalau nak binding comb tak bolehla sebab kedai dah tutup. Stapler tepi boleh kan?"

Haze juih bibir saja mendengar Adellia merapu lebih-lebih. "Cubit mulut tu baru tau. Merepek nombor satu"

Cup!

Bibir Adellia bertemu dengan bibirnya seketika, membuatkan mata Haze membuntang sesaat dua. Terkejut dengan tindakkan drastik isterinya itu tadi.

"Kenapa nak cubit when you can kiss it"

Sebelah tangannya yang masih bebas itu terus menerkup bibir. Tak pasal-pasal Adellia cium lagi nanti!

"Woi ambil kesempatan eh ke atas aku?!!"

"Alamak.. Dosa ke sayang?" Ujar Adellia dengan muka tak bersalah.

Muka Haze yang tadinya masih terkejut kini sudah bertukar ceria mendengar perkataan keramat yang keluar dari mulut Adellia.

Sayang. Itu kelemahannya buat masa itu.

"Report mummy nanti!" Ugutan Haze itu bernada seperti budak darjah dua bergaduh dengan teman sepermainan, berebutkan gula-gula dua puluh sen!

Perlahan, reaksi muka Adellia terus berubah 180 darjah. Ah! Hampir saja dia terlupa mengenai kontrak di antara dia dan dato' Zahirah!

Namun.. Ada termaktub ke dalam perjanjian yang mengatakan dia tidak boleh menyentuh Haze seperti yang dilakukan tadi? Dia tidak bisa mencumbui Haze?

Tanpa sedar, gurauan Haze itu telah mengubah mood Adellia secara total. Niatnya untuk mengusik Haze tadi telah hilang dengan serta merta.

Adellia terus bangun dari pembaringan lantas duduk.

"Kenapa?" Soal Haze, pelik. Pelik dengan perubahan drastik isterinya itu.

"Do you.." Adellia pejam mata seketika, fikirkan ayat yang sesuai untuk diutarakan kepada Haze agar tidak kedengaran begitu mencurigakan pada halwa lelaki itu.

"Do you really wanna tell mummy about me kissing you just now?"

"Nopelah sayang.. Cerita peribadi kita buat apa Haze nak cerita dengan orang?" Kata Haze dalam suaranya yang tenang itu.

"Promise?" Soal Adellia sekadar mahukan kepastian. Bukan apa, risau pula dia wanita itu bakal menghinggapkan tangannya di pipinya lagi dek kerana dia terlanggar kontrak lagi.

"Pinky promise" Haze menghulurkan jari kelingkingnya kononnya berjanji dia bakal simpan rahsia itu dari pengetahuan ibu tirinya itu.

Selesai bertaut jari, tangannya menepuk ruang kosong di sisinya, seakan-akan memberi isyarat kepada isterinya itu supaya berbaring semula seperti tadi.

"Apatu? Sorry Adel tak faham bahasa isyarat"

"Sayaaang janganla main-main" bibir Haze sudah menghasilkan muncung kecil. Merajuk.

Adellia senyum panjang sebelum merehatkan kepala mengikut posisinya awal tadi.

"Aku sayang kau"

"Adel sayang Haze juga" tangannya terus dilingkarkan pada badan suaminya itu. Tangan Haze juga turut membalas pelukkan isterinya itu.

Dengan itu, sebuah kucupan hinggap ke ubun-ubun Adellia. Dia pejam mata, menikmati rasa indah itu seketika. Biarlah dia menikmati saat-saat itu biarpun dia tahu dia tidak layak langsung untuk dilayani sebegitu rupa. Saat-saat di mana dia disayangi dan dihargai oleh seorang lelaki yang dipanggil suami.

Kerana, dia tahu.. Kurang dari tiga bulan lagi, dia tidak akan bisa berada di dalam dakapan Haze lagi..



Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now