Bab 29

4.5K 321 28
                                    

"Kita dah sampai!" kata Adellia, agak teruja. Gear kereta sudah ditolak hingga kedepan. Parkir kereta. Brek tangan juga ditariknya.

"Buat apa di pantai? Pada waktu begini?" Haze soal, pelik. Mukanya jelas nampak bingung.

Dengan keadaan sekeliling yang gelap sebegitu, mau dia tak risau? Sudahlah lampu jalan pun malap saja. Keadaan di sebelah pantai itu juga lebih gelap dan langsung tak nampak apa. Dia sudah mula bimbang. Haih apalah yang dirancang oleh isterinya itu, dia pun tak tahu.

Adellia tidak menjawab. Dia hanya senyum saja. Dashboard di hadapan Haze dibuka lalu dikeluarkan barang darinya.

"Pegang ni" dan Haze menurut. Barang yang diberi kepadanya itu terus dibelek. Penutup mata. Terus dipandang muka isterinya itu.

"Buat apa?" Sekali lagi dia menyoal. Kali ini keningnya berkerut juga.

"Banyak tanyala Haze ni.. Cium nanti baru tau" ugut Adellia bersama senyum nakal di bibir. "Adel nak keluarkan kerusi roda dari bonet kereta. Haze tunggu kejap ya. I'll leave the engine on"

Pipi Haze dikucupnya lembut sebelum keluar dari perut kereta. Kerusi roda milik Haze seterusnya dikeluarkan dari bonet kereta.

"Bini aku ni pelik-pelik betul.. Dia nak buat apa kat pantai waktu macam ni?" Gumamnya perlahan. Penutup mata yang diberi Adellia tadi dipandangnya pula.

Tiba-tiba akalnya membuat imbasan tentang kejadian malam itu, membuatkan jantungnya mula berdebar laju. Lebih laju dari yang biasa. Nafasnya sudah turun naik. Macam mana kalau kejadian tempoh hari berulang lagi? Dengan keadaan fizikalnya begitu dan pergerakkannya yang terhad, sudah terang-terangan dia tidak bisa mempertahankan diri apatah lagi melindungi isterinya itu. Haze sudah mulai khuatir. Risau dengan segala kemungkinan yang bisa saja terjadi nanti.

Dia mengeluh panjang.

"Siap suruh tutup mata lagi.. What is she even up to? Risau aku"

Cermin kereta diketuk dari luar, membuatkan bahu Haze terhinjut sedikit. Terkejut.

Sebaik saja pintu kereta dibuka dari luar,

"Haa.. Berangan"

"Sayang.. Kita balik?"

Muka Adellia sudah berubah. "Kenapa?"

Adellia sudah mengalihkan kedudukkan kerusi roda yang memisahkan jarak dia dan Haze. Dia membongkok sedikit supaya paras matanya selari dengan mata Haze. Tangan Haze yang tiba-tiba dingin itu digenggam supaya sejuk yang ditanggung Haze bisa dikongsi dengannya.

"Haze rasa..." terperasan akan riak muka pucat Haze itu, Adellia buka mulut lagi,

"Sayang.. It's gonna be okay.. Trust me.." pujuk Adellia lembut.

Dia tahu Haze masih tak terbeli lagi dengan pujukkannya itu. Angin kuat itu membuatkan rambut panjang Adellia sedikit beralun bebas. Pantas, Haze menyelit rambut isterinya itu di belakang telinga.

"I've hired someone to look after us." ujar Adellia, cuba menyakinkan suaminya.

"Who?" Berkerut dahi Haze mendengarnya. Risau pun iya.

Entah boleh percaya entah tidak orang tu..

"Someone that you know" jeda. "Haze jangan risau.. Tak ada apa pun yang akan jadi I promise."

Lambat-lambat Haze mengangguk. Wajahnya jelas kelihatan berat untuk ikut plan isterinya itu. Namun dia tahu, Adellia pasti akan kecil hati jika dia memutuskan untuk meminta Adellia batalkan saja rancangannya pada malam itu.

Kerana Dia Untukku (E-book)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora