Bab 20

5.2K 315 22
                                    

"Lah.. Kan dah cakap tadi cari mop.." balas Adellia separuh hati.

Awal-awal dia sudah melekatkan mata pada jalan raya di hadapan, mengelakkan diri dari bertentangan mata dengan suaminya. Risau kalau-kalau terkantoi nanti!

"Tak baik tau tipu suami" ujar Haze, mengundang diam Adellia.

Dia tahu bahawa awal-awal lagi dia sudah berdosa terhadap lelaki itu. Macamlah dia tak biasa menipu suaminya itu. Malah dah jadi seperti rutin harian dah. Dia dah mulakan, lebih baik teruskan saja bukan?

"Okay tak ni? Kalau nak attention, aku boleh bagi" Lembut suara Haze berkata membuatkan Adellia terkejut sesaat.

Sengihan kerang busuk kemudiannya terukir panjang-panjang di bibir. Tangan kirinya terus dialihkan dari steering, untuk melindungi bahagian mulutnya. Tak mahu Haze tahu yang dia suka Haze kata begitu.

"Eh.. Eh.. Suka pula dia ya" pipi Adellia dicubit-cubit sesuka hati. Geram dengan pipi gebu si isteri agaknya.

Tangan Haze yang giat mengerjakan pipinya itu diraih lalu dibawa ke bibirnya.

Sebuah kucupan hangat dihadiahkan pada belakang tangan si suami, membuatkan Haze senyum suka. Mujurlah reaksinya itu masih boleh dikawal lagi. Kalau tidak.. Mahu malu dia dengan Adellia nanti! Hilanglah macho dia!

"There's lipstick stain at the back of your hand" wajah Haze dikerling sekilas sebelum dialihkan ke hadapan semula. Kereta tak banyak, bolehlah berhoneymoon berdua atas jalan..

"And I did that on purpose"

Jari jemarinya kemudiannya menyulam jemari Haze lalu direhatkan peganggan tangan mereka di atas peha suami.

"Adel dah buat cop mohor kat tangan Haze tu. Siap sealed with a kiss lagi. Mahal tu.. Bukan calang-calang orang boleh dapat"

Haze mencebir saja sebelum membuangkan pandangan ke luar tingkap. Cover macho.

"Takut aku cari lain ke?"

Pantas Adellia berpaling bersama mata membulat besar. Terkejut Haze tiba- tiba membangkitkan isu itu.

"Berani nak cari lain?"

Suaranya meninggi sedikit dari tadi, kononnya marahkan Haze.. Peganggan tangan Haze terus dilepaskan dan lengan Haze seterusnya jadi mangsa dicubit-cubit kecil olehnya. Biar sakitnya berbisa. Padan muka!

"Gurau ajelah.. Janganla serius sangat" diam. Adellia langsung tidak bersuara. Pandangan matanya juga melekat ke depan saja. Seakan-akan si suami tidak wujud di sisi.

"Adellia.." panggil Haze. Wanita itu menjawab separuh hati saja.

"Aku nak jaga kau sampai bila-bila.. Aku nak jaga kau sampai aku mati." Spontan Haze menyuarakan isi hatinya.

Signal untuk ke kiri terus dinyalakan dan Adellia menghentikan kereta di bahu jalan. Hidungnya sudah merah manakala bibirnya sudah makin hebat bergetar.

Haze sudah menyuarakan hasratnya untuk menjaga dirinya buat selamanya manakala dia? Dia hanya berkahwin dengan Haze dan berikan sedikit kebahagiaan kepada lelaki itu demi sejumlah wang yang ditawarkan oleh ibu tiri Haze.

Terukkah dia? Terukkah dia kerana membuat Haze sebegitu rupa?

"Kenapa ni?" Haze sudah gelabah. Risau kalau-kalau kata-katanya tadi ada mengguris perasaan isterinya itu.

Dengan mata masih dipakukan pada jalan di hadapan,

"Jangan sayangkan Adel lebih-lebih. Nanti Haze kecewa"

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now