Bab 21

5.2K 302 24
                                    

Haze melihat gerak-geri Adellia yang sedang berusaha keras mengeluarkan kerusi roda miliknya dari bonet kereta melalui cermin sisi. Dia seterusnya menunduk sedikit. Terdetik rasa bersalah dalam dirinya dek kerana terpaksa menyusahkan si isteri sebegitu rupa.

Dia tahu kerusi roda itu bukannya ringan dan pastinya sukar untuk perempuan seperti Adellia untuk mengangkatnya kesana kemari. Perlahan, dia melepaskan keluhan kecil. Pada ketika itulah dia rasakan kepentingannya sebagai seorsng suami itu tiada. Dia yang sepatutnya meringankan beban Adellia bukannya jadi beban kepada isterinya itu.

Ketukkan di cermin tingkap kereta menyentakkannya dari terus termenung. Pintu kereta kemudiannya dikuak oleh Adellia dari luar.

"Hai sayang" sapa si isteri, ceria. Kerusi roda kemudiannya ditolak dekat dengan pintu untuk memudahkan Haze berpindah duduk ke atasnya dari dalam kereta.

Tayar dikunci kedua-dua belah. Adellia kemudiannya meletakkan sebelah tangan Haze disekitar lehernya. Perlahan, dia memapah lelaki itu turun dari kereta dan seterusnya membantu Haze duduk di atas kerusi roda itu.

Sedang dia sibuk menguruskan lelaki itu, Haze mengambil kesempatan itu untuk menilik wajah isterinya.

"Happy semacam je muka tu.. Kenapa?"

"Sebab nak date dengan suami.. Ni first date kita tau. Don't ruin it for me okay sayang?" Adellia kenyit mata sebelum menutup rapat pintu kereta.

"Manisnya mulut.. Sengajalah tu nak buat aku blushing" gumam Haze kecil.

Dek kerana kesibukkan lot parkir itu dengan kereta yang lalu lalang, dia yakin Adellia tak dapat mendengari butir perkataan yang diucapnya tadi.

"Okay jom" kerusi roda Haze terus dikendali oleh Adellia dari belakang.

Sesekali Haze mendongak sedikit untuk melihat reaksi muka si isteri. Berkerut keningnya setelah mendapati senyuman Adellia langsung tak lekang dari bibirnya. Bini aku ni dah gila ke? Dipandangnya muka Adellia sekali lagi, untuk kepastian. Makin lebar dari yang tadi!

"Today is my first date with my husband" ujar Adellia, bernada teruja kepada nyonya di sebelahnya sebaik saja mereka berhenti di bahu jalan untuk melintas ke pusat membeli belah yang terletak diseberang jalan.

Haze sudah tepuk dahi. Seriusla Adellia beritahu nyonya itu tentang mereka?

"Oh.. Your face lit up so much.. Happy ah?"

"Couldn't be more happy aunty" balas Adellia lagi. "I like him" tambahnya pula dalam nada berbisik. Namun bisikkan itu masih dapat didengari oleh Haze.

Haze sudah terkup muka dengan kedua-dua belah tangan. Malu. Jangan si Adellia buat gila, pergi cerita dekat semua orang dalam mall tu sudahlah! Malu dia nanti!

"Good.. Good.. Last long ah.. You two"

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam mall itu, Haze terus mengajak Adellia untuk masuk ke kedai emas yang terletak tak berapa jauh dengan pintu masuk itu. Beberapa saat berdebat, akhirnya Adellia mengaku kalah dan hanya menurut saja permintaan suaminya itu.

Mereka disapa mesra oleh pekerja Tifanny and Co. sebaik saja menjejakkan kaki ke butik barangan kemas itu.

"Take anything you want. I'll pay"

Terus Adellia berdiri di hadapan suaminya, untuk membantah lagi dan lagi. Sampai Haze mengalah!

"Kan baru je beli cincin haritu? You spent nearly RM10k for this remember?" Adellia angkat jari, menayangkan cincin bertatahkan berlian ke mata Haze.

"Tu lain.."

"Lain apan-"

"Sayang.." panggil Haze meleret dan pada masa yang sama memotong percakapan Adellia sebelum dia membantah dengan lebih jauh. "Boleh tak jangan banyak bunyi dan pilih je? Please?"

Adellia julingkan mata ke atas tatkala melihat senyuman di bibir Haze. Dia faham sangat tersirat di sebalik pandangan yang Haze berikan kepadanya itu.

"Ugh! Fine"

Dan Adellia memilih seutas gelang tangan yang dia rasakan reka bentuknya eksklusif dan tak berapa mahal sangat berbanding dengan harga gelang-gelang yang lain.

"Dah?" Soal Haze yang entah muncul dari mana. Sudahlah ketika dia sibuk pilih, lelaki itu hilang pergi tengok bahagian cincin pula tu.. Untuk siapa entah..

Jangan dia nak pasang yang baru sudah.. Getus Adellia dalam hati.

Selesai membuat pembayaran, dua beg kertas diserahkan kepada mereka, membuatkan Adellia tertanya-tanya. Rasanya hanya dia saja yang buat pilihan tadi.. Takkan Haze pun ada beli barang juga?

Untuk dato Zahirah agaknya. Dalam diam, Adellia pujuk hati sendiri. Tak mahu rosakkan suasana baik mereka berdua pada ketika itu.

Kerana Dia Untukku (E-book)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora