Bab 33

4.7K 311 47
                                    

Dia kemudiannya bangun semula. Mahu terus mencari suami yang hilang.

"Adellia" sapa satu suara garau membuatkan dia pantas berpusing.

Yusri.

"Haze h-hilang" beritahu Adellia dalam tangisan. "Dia hila-ng.. Kan I dah pesan minta you jagakan dia.. KENAPA YOU CUAI!!" bergema suara wanita itu tatkala dia menjerit di penghujung kata tadi

"Haze ada di dalam kereta.. It's dangerous out here so I placed him in car"

Seperti ada sinar cahaya menerangi hidupnya kembali, Adellia ucap syukur lantas cabut tumit tinggi dari kaki. Bersedia benar untuk berlari mendapatkan suaminya itu kembali.

"Whose car?" Tergesa-gesa dia menyoal. Muka Yusri nampak bingung dengan persoalan yang diutarakan Adellia tadi. Lantas, Adellia bersuara lagi,

"WHOSE CAR?"

"Mine."

Dengan itu, dia terus berlari ke lot parkir pantai itu, mencari kereta Toyota Vios hitam milik Yusri di situ. Haze masih ada.. Haze tak hilang dan Haze tak akan pernah hilang dari hidup kau Adellia..

"HAZE" laungnya sambil mencari. Matanya menangkap satu cahaya yang datang dari dalam sebuah kereta yang terletak berdekatan dengan gerai yang sudah ditutup itu.

Dia senyum dalam tangisan. Air mata cepat-cepat diseka. Tak mahu Haze nampak dia dalam keadaan yang menyedihkan seperti itu.

"HAZE!!" tanpa bazirkan seminit pun, dia pantas berlari mendapatkan kereta itu.

Tadinya kakinya terpijak paku karat semasa dia sedang berlari namun, padanya Haze lebih penting jadi kesakitan yang dirasainya itu terus diabaikan dengan serta merta. Sebaik saja mencabut paku itu dari tumit kaki, dia terus sambung berlari kembali.

Tersedar bahawa Adellia sedang berlari mendapatkan dia, Haze sudah senyum lega. Pintu kereta terus dibuka luas-luas. Ikutkan hati, mahu saja dia terjun ke bawah dan mengesot mendapatkan isterinya itu.

HAZE terus meminta Yusri memandu ke klinik berdekatan untuk merawat kaki Adellia yang kelihatan begitu parah saja lukanya.

Adellia terbaring di atas katil rawatan sambil kakinya dirawat doktor. Masih tak berhenti menangis lagi dia teringatkan momen Haze hilang tadi. Nanti bila kontrak sudah tamat dan dia betul-betul pergi macam mana?

Adellia meraup muka. Serabut dia fikirkan hal itu!

"Sakit ke puan? Saya dah buat selembut habis ni.." soal doktor wanita itu sebaik saja dia menekan-nekan kapas yang bersalut cecair iodine pada luka Adellia.

Pintu bilik rawatan tiba-tiba kedengaran seperti terbuka dan gerangan itu akhirnya menonjolkan diri setelah dia menyelak kasar langsir di sekitar katil Adellia itu.

Membuntang mata Adellia melihat kehadiran ibu mertuanya itu disitu. Wajahnya juga kelihatan bengis,

"Mu-"

Tangan Adellia terus ditarik secara kasar, membuatkan wanita itu bangun dari pembaringan. Doktor yang tadinya merawat Adellia itu sudah tergamam. Pantas, dia juga menghalang dari terus mengasari pesakitnya itu.

"Stay out of this" terjegil mata Dato' Zahirah sambil memberi amaran, membuatkan doktor itu mengambil beberapa langkah kebelakang sebelum pergi.

Fikirnya, itu hal keluarga dan dia tak perlu masuk campur dan lindungi Adellia dari terus dikasari oleh wanita itu. Sebaik saja doktor itu hilang dari pandangan mereka berdua, sebuah tamparan yang begitu kuat hinggap di pipi Adellia tanpa sempat dia mengelak. Rambutnya pula seterusnya ditarik kasar oleh dato' Zahirah manakala dia hanya diam saja, merelakan.

Dia dapat rasakan bahawa rambutnya juga banyak berguguran gara-gara perbuatan ibu mertuanya itu.

"M-mummy sakit" dalam esakkan, dia berkata.

Berang dengan apa yang diucapkan Adellia itu, dagu menantunya itu didongakkan ke atas. Biar muka Adellia ditala ke arahnya. Tamparan belah pipi kiri Adellia dihadiahkan,

"BODOH! KENAPA. PANDAI. PANDAI. BAWA. ANAK. AKU. KELUAR. TANPA. BERITAHU. AKU. DULU?" Ucap dato Zahirah satu persatu sambil menampar pipi Adellia disetiap perkataan yang diucapnya.

Hujung bibir Adellia sudah berdarah. Begitu kuat wanita itu menamparnya pada ketika itu.

Tak mengapa. Jika ini yang aku perlu lalui untuk terus bersama dengan Haze, aku rela diseksa begini asalkan Haze setia dengan aku selamanya. Adellia pujuk diri sendiri dalam diam.

Tak mengapa Adellia, demi Haze. Dan demi cinta kau terhadap dia.

"Adel minta maaf"

Tamparan lebih kuat diberikan. Tak berpuas hati dengan jawapan yang Adellia beri. Dia juga sebenarnya berang kerana Adellia berjaya melepaskan diri daripada dirogol oleh orang suruhannya dan dia juga berang kerana dia tidak bisa malukan Adellia dengan 'video kenduri' yang gagal diberi oleh Yusri.

"KENAPA KAU PANDAI-PANDAI BUAT PLAN TANPA BERITAHU AKU? KAU LUPA KE YANG KAU TU BEKERJA UNTUK AKU?"

Adellia geleng perlahan. Kepala ditundukkan. Tak berani pandang wanita itu lama-lama.

"KAU INGAT AKU TAK TAHU APA YANG KAU NAK BUAT DENGAN HAZE?!" Pekik dato Zahirah sambil merejam kepala Adellia berulang kali. Diperlakunya kepala menantunya itu bagai bola yang dilantun sesedap rasa.

"KAU AJAK DIA UNTUK HIDUP BERSAMA DENGAN KAU WALHAL DALAM KONTRAK, TERANG-TERNGAN TERTULIS YANG KAU HANYA DIBERI TEMPOH 3 BULAN SAJA UNTUK JADI ISTERI DIA. KAU NAK MAIN-MAINKAN AKU KE? KAU NAK LANGGAR KONTRAK?"

Adellia diam. Mana mummy tahu semua tu?

Rambut Adellia dililit pada tangan dan seterusnya digenggam kuat membuatkan Adellia mengaduh kecil, sakit. Mengalir air matanya minta dikasihani namun sayangnya, dia tahu wanita seperti dato Zahirah itu pastinya jenis yang kering hatinya.

Jauh dalam hati, dia berharap suaminya akan datang selamatkan dia dari terus dikasari oleh wanita ini. Haze.. Tolong Adel...

"DENGAR SINI EH.. MULAI HARI INI, AKU HARAMKAN KAU SENTUH HAZE WA-"

"MUMMY!"

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now