Bab 12

5.8K 313 18
                                    

"Haze.. Adel ada disini tak pergi mana-mana pun.." tangannya meraih tangan Haze lalu digenggamnya. Fikirnya blackout mungkin sementara saja. Kejap lagi hiduplah lampu-lampu itu semula.

Telinganya menangkap bunyi nafas Haze yang agak tidak teratur. Seolah-olah dia baru lepas bermaraton pun ada.

Terus dia bangun untuk mendapatkan suaminya. Tangan Haze masih dipegang tak lepas.

"ADELLIA!!" panggil Haze lagi membuatkan Adellia membongkokkan badan sebelum merapatkan badannya ke badan Haze.

Tangan dilingkar lemah saja ke badan Haze namun tangan lelaki itu pula merangkulnya dengan lebih erat. Melalui pernafasan dan juga suara Haze, Adellia tahu dia sedang ketakutan pada ketika itu.

"Shhh shhh.. I'm here Haze.. Don't worry.. Blackout je.. Kejap lagi okaylah tu.." Adellia memujuk sambil tangannya mengusap lembut belakang suaminya itu.

Haze merehatkan dahi pada bahu Adellia. Dia tidak bergerak walau sedikit pun. Sungguh, kejadian hitam pada malam itu meninggalkan kesan yang begitu besar dalam hidupnya. Tak sangka, kelemahannya itu akhirnya diketahui oleh Adellia pada malam pertama perkahwinan mereka!

"Bawa aku keluar dari sini.. Aku nak tempat yang cerah ada lampu.. Please?" Rangkulan pada tubuh Adellia dilonggarkan. Risau kalau-kalau Adellia tidak bisa bernafas gara-gara dia.

Adellia hanya mengangguk. Sebaik saja pelukkan Haze pada badannya terurai, dia mencapai pemegang kerusi roda itu lalu ditolak ke ruang tamu. Tangan Haze kemudiannya memegang tangannya seolah- olah memastikan bahawa dia tidak berada jauh dari lelaki itu.

"Tak apa Haze.. Jangan takut.. Adel ada untuk Haze"

Flash telefonnya untuk menerangi ruang tamu rumah itu dengan cahaya. Haze sudah beralih duduk di atas sofa sambil tangannya masih menggenggam tangan isteri. Kepala Haze ditarik Adellia supaya ia terlentok pada bahunya.

"You okay now?" soalnya sambil sebelah tangan lagu mengusap lembut pipi Haze. Di bahunya, dia dapat rasakan Haze mengangguk kecil. Nafas lelaki itu pun kedengaran sudah teratur. Mungkin saja dia sudah okay.

"Tak apa.. Adel ada.. I'm sorry for what had happened though.." suara Adellia kedengaran serba salah.

Haze meletakkan tangannya ke atas tangan Adellia yang masih menggenggam sebelah tangannya.

"It's not even your fault.. Don't be sorry for the thing that is not caused by you"

"Alright sorry" bisik Adellia lagi. Kepalanya dilentokkan sedikit dan direhatkan ke atas kepala Haze.

"There you go again.." hidung Adellia ditarik manja oleh Haze membuatkan dia ketawa kecil.

"Tidurlah.. Aku okay saja but please stay close to me"

Adellia geleng. Matanya masih lagi tidak mengantuk dan dia mahu menemani lelaki itu sehingga dia tidur terlebih dahulu. Risau nanti Haze takut dan dia pula sudah tidur mati macam mana?

"Haze.."

"Hmm?"

"Haze betul-betul okay ke? Atau nak tak kita pergi check-in hotel untuk malam ni?"

"Check-in hotel? Pelik betul bunyinya.. Tahula ni malam pertama kita. Kau nak goda aku ke?" dia ketawa di penghujung kata. Mata Adellia berputar.

Kita risaukan dia, dia boleh pula buat bergurau!

"Oh anyway, terima kasih untuk bunga" pipi Haze sekali lagi dikerlusnya. "I like it" tambah Adellia lagi. Riak mukanya biasa saja cuma nadanya diubah supaya kedengaran gembira.

"Tak ada hal pun.." Haze berjeda. "Kau pernah ada boyfriend?"

"Tak.. Haze is my first"

"Hmm.. Tengok muka pun tau tak pernah bercinta" kata Haze, perlahan namun masih bisa didengari Adellia.

"Haze pula?"

Sepi lama menyapa mereka. Soalan Adellia tadi umpama tergantung tanpa jawapan.

"Tengok kaki aku ni" kata Haze dan mata Adellia beralih ke kaki suaminya.

"My first love did this to me.."

Nafas Adellia terputus seketika. Benarlah telahannya. Haze lumpuh gara- gara kejadian malam itu. Nubhan yang buat dia begini dan disaksikan oleh dia!

Dan ketika itu, lampu dan kipas hidup semula. Rumah itu kembali terang dengan cahaya. Kedengaran Haze ucap syukur dalam gumamannya.

"Dia buat apa pada Haze? She ran over you? Atau dia pukul Haze? Yang mana satu?" sengaja soalan itu diutarakan. Kononnya dia tak tahu apa-apa mengenainya.

Haze angkat kepala. Adellia pada ketika itu sudah memusingkan badan menghadap suaminya. Tangan Haze yang dipegang tadi digenggamnya pula. Erat.

Haze tunduk saja. Nampak agak tak selesa dengan pertanyaan Adellia itu. Namun dia tak mahu ada apa-apa rahsia antara dia dan Adellia. Risau ianya akan menjejaskan hubungannya bersama isterinya di kemudian hari.

"Aku bercinta dengan dia tanpa tahu pun yang dia sebenarnya kekasih orang.. Her boyfriend figured that I had a thing with his girl and he called his gang to beat me up"

Haze berjeda.

"Dia orang bawa aku ke kilang lama dan mereka pukul aku disana.. Dan bekas kekasih aku jadi saksi aku kena pukul malam tu.. And" Haze angkat baju pula, menampakkan perutnya pula.

Mata Adellia terbuntang besar. Sungguh, dia terkejut melihat parut di perut suaminya. Tak berapa besar tapi nampak agak ngeri. Tanpa sedar, jarinya menyentuh parut itu lama. Entah kenapa, air matanya tiba-tiba saja bertakung.

"Are you o-kay?"

Haze angguk kecil. Bajunya diturunkan semula.

"I'm good. This was from the handmade bomb.." jeda.

"Tapi aku bersyukur sebab tuhan keluarkan dia dari hidup aku. Dulu aku fikir dia adalah jodoh aku. Mati-mati aku ingat dia akan sayang aku sepenuhnya sebab dia pernah cakap aku ni cinta mati dia. Last-last aku dapat tahu yang dia sendiri bukan jenis yang setia" Haze gelak kecil, seolah-olah apa yang dia katakan itu kelakar.

"Cinta ni kadang-kadang boleh membinasakan manusia" Haze gelak lagi, "Tapi yang aku dapat bukan setakat rosak emosi.. Kaki aku pun ikut sama binasa sekali"

Esakkan terlepas dari mulut Adellia. Haze sudah kecilkan mata. Jarinya laju mengesat air mata yang sudah keluar dari mata isterinya.

"Kau ni.. Aku cerita sikit saja janganlah menangis" dia gelak kecil sambil berkata.

"Haze takut gelap sebab ni ke?

"Sebab Haze masih trauma?"

Disaat Haze mengangguk, air matanya makin laju jatuh ke pipi. Tubuh Haze terus ditarik masuk ke dalam pelukkannya. Dipeluk lelaki itu seerat yang mungkin.

"I'm sorry" bisiknya, perlahan.

I was actually there too, Haze

gais ebook Kerana Dia Untukku tengah sale on shopee sampai 31/8. nak beli on whatsapp pun boleh link dekat bio ok muah

Kerana Dia Untukku (E-book)Where stories live. Discover now