⏩Chapter 2⏪

118 21 4
                                    

Dia bangun seperti selalu dan pergi ruang tamu. Seperti biasa hanya dia seorang saja berada di rumah itu. Ibu bapanya sudah berangkat ke tempat kerja. Tapi disebabkan dia sudah terpaksa dia hanya melakukan kegiatan hariannya sahaja.

Dia duduk di ruang tamu dan mencapai remote yang terletak dengan kemas di atas rak televisyen. Dia memasang tv dan mencari saluran tv atau rancangan tv yang menarik untuk ditonton.

Tapi sayangnya tiada rancangan mahupun yang saluran tv yang menarik minatnya untuk terus menonton. Dia berputus asa untuk mencari saluran yang menarik.

Lalu dia pergi ke dapur dan seperti biasa makanan untuknya bersarapan sudah tersedia. Dia mencuci tangannya di sinki dan setelah selesai dia mula menikmati makanan yang terhidang.

Selesai makan dia mencuci pinggan yang digunakan olehnya. Dia bergerak ke beranda apartmentnya dan memandang kosong ke arah pemandangan dihadapannya.

"Huh" dia melepaskan keluhan.

"Bosannya. kat sini takda orang ke yang boleh jadi kawan aku?" katanya lalu masuk semula ke dalam apartmentnya.

Sesekali dia berfikir mengapa dia tidak mempunyai abang , kakak atau adik. Dia mungkin tidak akan berasa sunyi jika dia mempunyai adik beradik. Daripada berasa lebih bosan daehwi berfikir sebentar cara untuk menghilangkan bosan.

Dia mengambil keputusan untuk bersiar siar di kawasan itu memandangkan dia berasa sangat bosan. Dia mencapai kasutnya yang tersusun kemas di atas rak kasut dan mula menyarungkan stokin ke kakinya lalu memakai kasut.

Dia mencapai pintu lalu membuka. Dia melangkah keluar dari apartmentnya kemudian menutup pintu lalu mengunci pintu. Sebagai tanda berhati hati , Takut ada perompaklah katakan . Dia berjalan ke arah lift menekan butang tingkat 1 untuk turun ke bawah.

Setibanya dia di tingkat bawah dia memandang ke sekeliling untuk mencari arah dan memulakan langkahnya. Dia berasa sedikit keliru hendak kemana pada mulanya tapi akhirnya dia memutuskan untuk pergi kemana sahaja , asalkan dia tidak sesat.

"Hmmm baik aku jalan kat sini mungkin ada sesiapa yang nak jadi kawan aku" dia berkata sambil berjalan ke arah kiri bangunan itu.

Semasa dia berjalan tiba tiba dia terdengar suara orang sedang ketawa. Dia sedikit takut mendengar suara itu. Dia mengamati suara itu. Untuk memastikan itu suara orang atau bukan , tapi mustahil jika ada hantu pada waktu ini kerana ini masih awal jika hantu ingin muncul.

"Eh ni hantu ke orang? Gelak pun seram , kalah hantu"

"HAHAHAHA!"

Setelah memastikan yang ketawa itu adalah manusia. Dia terus berjalan ke arah suara itu dan dia ternampak dua orang lelaki yang nampaknya sebaya dengan dirinya. Mereka berdua sedang bermain sesuatu sambil tertawa.

"Yessh! ada orang" katanya dalam hati lalu berjalan dengan senang hati ke arah dua orang itu. Berharap jika boleh berkawan dengan mereka berdua , lagipun mereka berdua kelihatan peramah dan baik di mata nya

"Hi korang!" katanya dengan ramah dan mereka berdua memandangnya.

"Oh hai! kau ni orang baru ke?tak pernah nampak pun sebelum ni " kata salah seorang itu.

"Mesti lah semalam aku nampak dia ngan family dia kat bawah time tu aku nak pergi beli makanan" kata seorang lagi.

"Haah aku baru je pindah kat sini semalam" katanya dia gembira kerana dua orang itu tidak sombong dan nampaknya peramah.

"Selamat datang! Nama aku park jihoon dan yang ni park Woojin." Kata jihoon lalu senyum.

"Hi jihoon ,Woojin. Aku lee daehwi" kata daehwi lalu tunduk setelah mengenalkan dirinya.

"Korang ni adik beradik ke cousin?" tanya daehwi kepada jihoon dan Woojin. Sebabnya kedua duanya mempunyai nama keluarga yang sama , jadi tidak mustahil jika mereka berdua itu adik beradik ataupun sepupu.

"Taklah kitaorang ni kawan" kata jihoon. Daehwi mengangguk kan kepalanya mendengar jawapan jihoon

"Oh" kata daehwi lalu duduk di sebelah Woojin apabila Woojin memberikan isyarat untuk duduk disebelah nya.

"Daehwi kau umur berapa?" tanya Woojin tiba tiba sebaik saja daehwi duduk disebelahnya.

"16 tahun, korang pula?" tanya daehwi.

"Kitaorang 18 tahun" kata jihoon.

"So aku kena panggil korang hyung la ni" kata daehwi pula.

"Nampaknya lah" kata jihoon dan Woojin.

"Hmm oklah, btw apa hyung berdua main ni" tanya daehwi lalu memandang ke arah meja yang terdapat beberapa kad.

"Main truth or dare guna kad" kata woojin lalu menujukkan kad yang terdapat ditangannya.

"Macam mana nak main"tanya daehwi yang nampaknya berminat dengan permainan itu.

"Macam ni" kata jihoon lalu mengajar daehwi cara untuk bermain permainan itu.

Dan tanpa mereka bertiga sedari seseorang sedang memandang ke arah mereka bertiga kemudian berlalu pergi.

TBC

Yeah..daehwi dah ada kawan baru.

Vote and comment😊

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now