⏩Chapter 19⏪

67 14 8
                                    

Guanlin Pov

Apalah cikgu ni dahlah melawak tak bertempat sekarang ni bagi homework banyak pula. Bagus aku susun dulu buku ni nanti kat rumah aku siapkan . Sekarang ni makan lagi penting.

Aku memandang ke arah daehwi , rajin betul dia buat kerja rumah tu. Sepatutnya homework buat kat rumah bukan kat sekolah.

"Daehwi jom gi kantin" aku mengajak daehwi apabila dia kelihatan seperti ingin menyimpan buku bukunya.

"Jomlah aku pun dah lapar ni" kata daehwi lalu berdiri dan bersedia untuk mengikut ku ke kantin.

Tak sabar aku nak kenalkan daehwi kat hyung nanti. Aku berjalan disebelah daehwi sambil bersembang sembang. Kitaorang dah rapat walaupun baru kenal, hmm mungkin sebab daehwi ni banyak cakap kot.

Sekarang ni kitaorang sedang bersembang sambil berjalan ke kantin. Tiba tiba daehwi berhenti aku memandang ke arahnya. Daehwi seperti ingin memanggil seseorang tapi dia kelihatan seperti kecewa.

"Kenapa tu?" aku bertanya kepada daehwi.

"Oh takda tadi aku nak panggil orang tu tapi dia dah blah" kata daehwi

"Jomlah gi kantin perut aku dah buat konsert ni" kata daehwi sempat lagi dia buat lawak

"Hehe jom" kami meneruskan perjalanan kami kantin.

End Guanlin Pov

Daehwi Pov

Semasa aku dan guanlin sedang berjalan ke kantin sambil bersembang , aku ternampak seseorang yang aku kenal. Ya memang aku kenal, dia sedang berjalan sendirian tapi aku tak tahu dia nak ke mana.

Aku menghentikan langkah ku dan guanlin turut berhenti. Aku ingin memanggil orang itu tapi nampaknya dia tidak melihat ku dan terus berjalan entah kemana. Aku sedikit kecewa , sebabnya aku baru nak ajak dia rehat sama sama. Takpa lah nasib baik ada guanlin.

"Kenapa tu?" tiba tiba guanlin bertanya , yalah mesti dia pelik kan.

"Oh takda tadi aku nak panggil orang tu tapi dia dah blah" lalu menceritakan apa yang berlaku tadi .

"Jomlah gi kantin perut aku dah buat konsert ni" aku berkata lagi sebab entah kenapa sekarang ni aku rasa sangat lapar nak kata takda sarapan tak juga. Tadi pagi aku ada sarapan , hmm nampaknya aku dah jadi seorang yang kuat makan. Takpa lah yang penting aku dapat makan.
ヽ(●´ε`●)ノ

"Hehe jom" kata guanlin lalu kami berdua meneruskan perjalanan kami ke kantin.

TBC
Author : makan ja kau tahu
Daehwi : biarlah , dia sendiri kuat makan. * menjelirkan lidah*
Author : alamak kantoi
Daehwi : (;一_一)

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now