⏩Chapter 27⏪

70 13 26
                                    

Jinyoung Pov

Aku berjalan dengan pantas keluar dari kelas dan menuju ke suatu tempat. Tapi aku rasa aku dah terlambat kot , mesti dia dah balik dulu. Tapi tadi aku terlupa yang aku dah janji nak balik dengan daehwi. Ni semua sebab si tak guna tu lah.

Aku ternampak seseorang sedang duduk di tepi bangunan sekolah. Tapi nampaknya orang itu sedang tidur. Aku tidak dapat melihat siapa yang sedang tertidur itu lalu aku mendekatinya untuk melihat siapa dia.

Aku amat terkejut rupanya orang itu ialah daehwi. Kenapa dia tidur kat sini? Dia tunggu aku ke tadi? Sebab tu lah dia tertidur kat sini. Tiba tiba rasa bersalah datang. Tak sangka dia sanggup tunggu aku walaupun aku lambat .

"Yah daehwi ireonna" aku mengejutkan daehwi yang sedang tidur. Kesian pula tengok dia tidur kat situ.

"Hmm" kata daehwi lalu membuka matanya. Hmm mesti dia marah aku sebab lambat .

"Oh hai hyung. Dah lama datang ke?" Tanya daehwi sambil bangun dan membetulkan rambutnya.

Aku hanya menggelengkan kepala dan berkata.

"Taklah , jom balik" aku mula berjalan dan diikuti daehwi. Daehwi berjalan di sebelah ku . Keadaan senyap seketika sehinggalah aku mula bersuara

"Emm. Kenapa kau tunggu aku tadi?"

"Ha?, oh sebab kan tadi hyung dah janji nak balik dengan aku. Kalau aku balik dulu , macam mana kita nak balik sama sama" balas daehwi dengan panjang lebar.

Dia berkata dengan senang hati tiada rasa langsung nak marah , padahal sebab aku lah dia terpaksa menunggu lama sehingga dia tertidur . Aku berdiam seketika kemudian membalas.

"Emm, mian sebab aku lah kau terpaksa balik lambat. Kan bagus kalau kau balik je tadi"

"Kenapa nak minta maaf pula?. Bukan salah hyung pun. Lagipun bukan senang tau nak balik dengan hyung"

"Tapi disebabkan aku tunggu hyung tadi rancangan tv yang aku set pagi tadi dah habis.. Tapi Takpa seronok dapat balik sama sama dengan hyung"

"Kalau boleh aku nak hari hari balik dengan hyung"

Aku hanya mendengar saja apa yang dikatakan oleh daehwi. Kalau aku balas apa yang dia cakap , sampai besok pun takkan habis. Tak sangka pula dia tak marah pun kat aku , entah apa yang buat dia nak sangat kawan dengan aku.

Daehwi tidak berhenti bercakap sehinggalah kami tiba di hadapan apartment keluarga. Sebelum dia masuk dia berkata kepada aku .

"Hyung besok kita balik sama sama lagi tau. Tapi dengan guanlin , jihoon hyung dan Woojin hyung jugak"

Aku hanya mengangguk lalu berjalan ke arah apartment keluarga ku. Apabila aku membuka pintu , Eomma sedang menunggu ku di ruang tamu. Apabila Eomma melihat ku , dia terus ke arah ku dan berkata.

"Kamu dari mana? Kenapa lambat balik ni? Kamu buat Eomma risau tau tak? Ataupun kamu gaduh lagi ni?"

"Dari sekolah , tadi cikgu minta tolong sebab tu lambat balik. Mana ada jinyoung gaduh tadi" sorry eomma aku terpaksa tipu sebab aku taknak Eomma risau.

"Betul ni" kata eomma yang masih risau.

Aku mengangguk dan eomma terus berkata.

"Baguslah kalau macam tu , pergi la makan Eomma ada masakan makanan kegemaran kamu tadi" kata Eomma.

Aku mengangguk dan berjalan ke arah bilik ku untuk menyimpan beg dan menukar pakaian. Kemudian aku berjalan ke dapur untuk makan. Semasa aku makan , aku teringat apa yang berlaku di sekolah tadi. Haih nasib baik ada sekuriti tadi , kalau tak entah sampai bila daehwi kena tunggu aku tadi.

Flashback

"Aik! Kau dah bisu balik ke hah?!"kata Jong gi pula dia turut melakukan hal yang sama seperti hyuk tapi dia menolak ku beberapa kali.

Baru saja aku ingin menumbuk muka mereka tiba tiba seseorang bersuara.

"Apa korang buat kat sini?! Kenapa korang tak balik lagi ni?! Balik sekarang!" kata sekuriti itu

"Ceh! Nasib kau baik hari ni. Jom balik" kata hyuk lalu beredar dan diikuti jaewoo dan Jong gi.

"Kau tak nak balik?" tanya sekuriti itu. Isshh mestilah aku nak balik.

Aku mengemas barang ku kemudian berjalan pantas dan menuju ke suatu tempat. Iaitu tempat dimana daehwi sedang menunggu ku.

End Flashback.

Setelah aku siap makan aku menyimpan pinggan ku di sinki lalu mencuci pinggan itu.

TBC
idea dah datang walaupun kadang kadang hilang
Vote and comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now