⏩Chapter 34⏪

69 12 2
                                    

"Wah sedapnya" kata daehwi , apabila memakan biskut yang diberikan oleh eomma jinyoung kepadanya. Hadiah yang dijanji kan oleh Eomma jinyoung kepada daehwi ialah biskut chip coklat.

Puan bae hanya tersenyum sambil memandang telatah daehwi yang seperti kanak kanak. Dia memandang ke arah jinyoung yang hanya makan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

"Kenapa kamu lambat tadi?" tanya puan bae dengan nada serius. Jinyoung yang mengetahui nasibnya sekejap lagi hanya menelan air liurnya apabila ditanya sebegitu.

"Mesti lama kan daehwi tunggu tadi?" kata puan bae lagi. Jinyoung pula sedang berfikir alasan yang sesuai untuk digunakan kepada Eomma nya.

Daehwi memandang ke arah puan bae dan jinyoung silih berganti. Dia memandang wajah jinyoung yang seperti sedang terfikir sesuatu dan menunduk ke bawah. Kemudian wajah puan bae yang sedang serius.

"Kesian hyung kena marah" kata daehwi di dalam hati jadi dia berfikir untuk menolong jinyoung.

"Mesti lama kamu tunggu kan?" tanya puan bae apabila tidak mendapat jawapan daripada jinyoung.

"Eh taklah lepas aunty keluar 5 minit lepas tu hyung pulang" kata daehwi menolong jinyoung. Jinyoung yang menunduk terus mendongak memandang daehwi tidak percaya.

"Betul ni?" kata puan bae sambil memandang ke arah jinyoung. Jinyoung memandang ke arah daehwi dan daehwi mengangguk.

"Err ya" kata jinyoung ragu ragu.

"Haih daehwi ni pun nak tolong jinyoung" kata puan bas didalam hatinya.

Sebenarnya dia tahu bahawa daehwi menipu untuk menolong jinyoung . Dari reaksi mereka berdua puan bae boleh mengetahui bahawa mereka berdua sedang menipu.

"Baiklah kalau macam tu eomma nak pergi dapur dulu" kata puan bae lalu berjalan ke dapur.

○●○

Jam 9.00 am ,

Disebabkan hari ini hari cuti daehwi berada di rumah dan seperti biasa bersendirian dirumah . Disebabkan dia sudah terbiasa sendirian di rumah , dia tidak terasa sunyi jika tiada orang di rumahnya.

Kerana walaupun ibubapanya jarang berada di rumah pada waktu pagi , tengah hari dan petang tetapi ibubapanya akan berada di rumah pada waktu malam. Ibubapanya juga tetap memberikan sepenuh perhatian kepadanya.

Tapi pagi itu daehwi berasa amat bosan , dia tidak tahu perkara apa yang perlu di lakukan pada waktu itu.

Daehwi Pov

Bosannya, apa nak buat ni? Nak tengok tv bosan takkanlah tengok tv je. Nak keluar , tapi nak pergi mana?. Hah! Nak ajak jihoon dan Woojin hyung datang tapi mesti Dorang sibuk.

Jinyoung hyung pula , hmm mesti dia pun sibuk. Sebab aku selalu nampak dia keluar waktu petang je , kalau pagi pula dia tak keluar langsung. Siapa lagi?

Hmm, ha! Guanlin! Macam mana lah aku boleh lupa tentang dia. Baik aku mesej dia suruh datang sini , taklah aku bosan sangat hari ni.

Mana telefon aku ni. Aku mencari diruang tamu tapi tiada , di bilik pun tiada. Aik kat mana pula telefon ni pergi?. Aduh mana ni? Aku menyelongkar di seluruh kawasan bilik tapi masih tidak jumpa.

Telefon tu pergi kedai balik ke apa? Haih mana ni? Aku pergi ke ruang tamu lalu duduk di sofa. Aku menyandarkan di sofa sambil mengingat kembali dimana aku menyimpan telefon aku tadi.

Tiba tiba aku terasa sesuatu yang keras di bawah kusyen. Rasa macam familiar. Aku mengangkat kusyen itu dan yes! aku dah jumpa telefon aku. Rupanya kat sini kau wahai telefon ku (≧∇≦)/.

Baik aku hantar mesej kat guanlin sekarang.

To: GaunLilin

Guanlin
Kau busy tak?

From : GaunLilin

Tak , kenapa kau nak belanja aku makan ke?

To : GaunLilin

Jangan harap. Hehe joke.
Kalau kau Tak busy datanglah kat sini aku tengah bosan ni

From : GaunLilin

Yalah~ gurau je pun
Ok kejap lagi aku datang
Pastikan ada makanan yang sedap tau , aku tengah lapar ni ✌

To : GaunLilin

Ok boss 👌.

From : GaunLilin

👍

Yeah nasib dia boleh datang taklah bosan sangat hari ni. Ok sekarang ni aku kena sediakan makanan untuk dia.

TBC
Masih part bosan , sorry kalau terlalu bosan (╥﹏╥). Idea menghilang entah kemana
Vote and Comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now