⏩Chapter 13⏪

65 15 11
                                    

Jinyoung yang baru saja siap mengemas kawasan ruang tamu itu berjalan ke arah balkoni apartment nya. Dia memandang ke arah pemandangan yang berada dihadapannya .

Dari jauh kelihatan tiga orang sedang seronok bersembang. Jinyoung sekadar memerhati saja gelagat mereka bertiga. Tiga orang itu ialah jihoon, Woojin dan daehwi.

Tapi dia tertanya tanya juga apa perkara yang menyebabkan daehwi kelihatan sangat teruja. Kemudian dia menggaru kepalanya yang tidak gatal apabila dia teringat peristiwa yang terjadi semalam.

Dimana dia bercakap dengan daehwi. Dia berfikir mungkin itu yang menyebabkan daehwi menjadi teruja , memandangkan dia melihat daehwi sangat teruja apabila dia bercakap dengan nya semalam.

"Pelik betul budak tu" kata jinyoung sendiri yang masih memandang ke arah mereka bertiga.

Apabila dia melihat mereka seperti ingin bergerak ke arah masing masing. Jinyoung mengambil keputusan untuk masuk ke dalam semula. Dia mengambil keputusan untuk menonton televisyen , memandangkan dia tidak mempunyai apa apa rancangan pada hari itu.

Daehwi Pov

Aku ingat nak ajak jinyoung hyung pergi makan kat cafe yang selalu aku, Woojin hyung ngan jihoon hyung tu pergi. Woojin ngan jihoon hyung dah pergi sana.

Dorang pergi dulu sebab aku ada cakap nak ajak jinyoung hyung. Diorang tak kesah pun aku ajak jinyoung hyung . Baik kan diorang?
So sekarang ni aku on the way ke apartment jinyoung hyung.

Tiba tiba aku ternampak seseorang yang agak familiar sedang mengangkat beberapa beg plastik. Eh itukan Eomma jinyoung hyung. Aku berjalan dengan pantas ke arah Eomma jinyoung hyung aka puan bae.

"Hi aunty" aku menegur puan bae dari belakang lalu tersenyum. Apabila puan bae terdengar aku menegurnya dia terus memandang ke arah ku.

"Oh hi , kamu kan yang hari tu?" tanya puan bae sambil tersenyum ke arah ku.

"Haah. Nama saya lee daehwi , panggil daehwi je. Biar saya tolong aunty" kata ku dengan ramah lalu membantu puan bae mengangkat beberapa beg plastik.

pada mulanya puan bae menolak pertolongan ku tapi aku ni kan tidak mudah berputus asa. So aku tetap nak tolong dan akhirnya puan bae bersetuju apabila aku berkata.

"Takpa aunty biar , daehwi tolong lagi pun lepas ni daehwi nak ajak jinyoung makan kat cafe Wannable dengan Woojin hyung dan jihoon hyung"

○●○

Dalam perjalanan aku banyak bersembang dengan Eomma jinyoung hyung . Seronok juga sembang dengan Eomma jinyoung hyung ni peramah dan baik untung jinyoung dapat Eomma macam ni. Eh tapi Eomma aku pun baik la. Hehe dua dua baik.

"Terima kasih tolong aunty ya. Aunty pergi panggil jinyoung kejap" kata Eomma jinyoung hyung lalu mengambil beg plastik dari aku sambil tersenyum.

"Ok" balas ku ringkas. Sebenarnya aku risau kalau jinyoung hyung tolak. Tapi harap harap dia tak tolak.

Tiba tiba datang jinyoung hyung dihadapan pintu dengan berlagak seperti biasa iaitu dingin. Tapi aku dah biasa , aku tersenyum dan berkata.

"Hyung nak tak pergi cafe Wannable dengan aku?"

"Jihoon ngan Woojin hyung pun ada juga. Ikut lah ya hyung" kata ku sambil tersenyum dengan nada berharap yang jinyoung hyung akan bersetuju.

Jinyoung hyung hanya memandang ke arah ku.

TBC

Sorry for late update.
Author busy dengan sekolah + kekeringan idea (╥﹏╥)

Vote and Comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now