⏩Chapter 51⏪

61 13 16
                                    

"Ok aku sambung cerita" kata daehwi dengan semangatnya. Manakala hyuk , jaewoo dan Jong gi hanya pasrah dan mendengar cerita daehwi

Flashback

Semasa hyuk , jaewoo dan Jong gi sedang ponteng kelas kerana tiada cikgu. Jinyoung dan hanjun sedang memeriksa keadaan di hadapan pintu. Mereka berdua memerhati untuk memastikan kelibat hyuk , jaewoo dan Jong gi tiada.

Setelah pasti mereka memberi isyarat kepada daniel untuk menyapu gam pada bangku milik salah seorang daripada mereka bertiga(hyuk,jaewoo dan Jong gi). Daniel menyapu gam itu dengan berhati hati sehingga gam itu tidak kelihatan.

Manakala , di tempat lain. Guanlin dan daehwi sedang membersihkan stor agar stor itu menjadi lebih luas. Kemudian guanlin membawa jaring dan daehwi membawa tali ke dalam stor itu.

Setelah menyiapkan segala persediaan , daehwi dan guanlin berjalan meninggalkan stor . Mereka menuju ke kelas jihoon dan Woojin. Kelihatan Woojin , jihoon dan Seongwoo sedang menyusun meja meja di dalam kelas itu.

Mereka mendekatkan meja guru dengan pintu dan sebuah meja dibiarkan kosong. Tidak lama kemudian datang daniel , jinyoung dan hanjun.

Mereka semua berkumpul dan membahagi tugas yang perlu mereka lakukan untuk menjayakan rancangan yang di fikir oleh daehwi.

"Ok macam ni , eh jap bangku siapa kena gam tadi" kata daehwi

"Emm kalau tak silap bangku jaewoo" kata hanjun sambil mengingat bangku yang digam itu milik siapa. Tetapi dia memang yakin bangku itu milik jaewoo.

"Ok , hanjun hyung dan guanlin uruskan jaewoo. Korang berdua buat apa je kat dia" kata daehwi kepada guanlin dan hanjun

"Jangan kitaorang dah fikir nak buat apa" kata guanlin dan hanjun sambil tersenyum dengan senyuman yang sukar untuk ditafsir.

"Seram aku tengok" kata Seongwoo

"Dan Seongwoo hyung , jihoon hyung dan Woojin hyung akan takutkan Jong gi kat kelas jihoon hyung dan Woojin hyung. Ada soalan" kata daehwi dan Woojin mengangkat tangan

"Macam mana kau tahu yang Jong gi akan ikut kitaorang" tanya Woojin dan semua bersetuju dengan soalan Woojin

"Senang , kan hyuk tu tak suka kat jinyoung hyung so kalau kita berpecah mesti dia akan ikut jinyoung hyung dan secara automatik Jong gi akan ikut hyung berdua"  terang daehwi dan semua mengangguk setuju dengan kata kata daehwi.

"Kitaorang nak buat apa?" tanya jinyoung dan daniel serentak.

"Kita uruskan hyuk kat stor , nanti aku dan jinyoung hyung akan lari sampai stor . Daniel hyung pula akan sembunyi kat stor dan buang jaring kat hyuk kalau aku bagi isyarat . Lepas tu ikat dia guna tali yang aku dah letak kat stor tadi" kata daehwi

Kemudian semua berpecah apabila bunyi lonceng kedengaran menandakan waktu untuk pulang. Tiba masanya untuk mereka bertindak.

End Flashback

"Ok macam tu lah ceritanya" kata daehwi lalu memandang ke arah hyuk , jaewoo dan Jong gi yang masih mencuba untuk melepaskan diri.

"Takda gunanya korang cuba lari" kata Woojin kepada mereka bertiga.

"Suka hati lah" balas hyuk

"Ok kalau macam tu jom balik kita tinggalkan je dorang ni kat sini" kata jinyoung lalu berdiri dan diikuti yang lain.

Baru saja mereka ingin beredar tiba tiba hyuk , jaewoo dan Jong gi menahan mereka daripada pergi.

"Ok kitaorang mengalah tolong lepaskan kitaorang" kata hyuk sambil menunduk

"Boleh tapi ada syarat" kata jihoon dan menyebabkan hyuk , jaewoo dan Jong gi mendongakkan kepala memandang ke arahnya.

TBC
2

lagi hehe sorry terlalu excited nak publish ff baru 😁

Vote and Comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now