⏩Chapter 47⏪

51 10 3
                                    

Pembelajaran mereka pada waktu itu berjalan seperti biasa , namun terdapat pelajar yang tidak sabar menunggu waktu rehat.

Kring~

Sebaik saja lonceng berbunyi dengan serentak mereka mengangkat kepala. Gembira dengan bunyi lonceng yang menandakan waktu rehat iaitu waktu yang ditunggu tunggu.

Daehwi dan guanlin berjalan bersama untuk ke kantin. Sepanjang perjalanan mereka berdua ke kantin guanlin tidak habis habis bertanya mengenai rancangan itu tapi daehwi tetap dengan pendiriannya untuk memberitahu apabila semua telah berkumpul.

Sampai saja mereka berdua di kantin , ke empat empat lelaki yang sedang menunggu mereka terus memanggil agar segera ke arah mereka. Tanpa berlengah mereka berdua terus bergerak ke arah mereka.

Kini kelima lima pasang mata sedang memandang ke arah daehwi , menanti apa yang ingin di katakan oleh daehwi.

"Janganlah pandang aku macam tu , aku nak makan dulu lah" kata daehwi lalu mencapai makanannya dan mula makan.

"Ishh bagitahu lah cepat" kata Woojin dan guanlin serentak. Sememangnya mereka berdua tidak sabar mendengar rancangan daehwi.

"Haah aku sanggup tak makan dulu sebab nak dengar rancangan kau tau tak" kata jihoon pula

"Pffftttt hahaha kenapa hyung tak makan dulu. Lagipun aku nak makan dulu lah" kata daehwi

Daehwi Pov

"Pffftttt hahaha kenapa hyung tak makan dulu. Lagipun aku nak makan dulu lah"  kelakar lah hyung ni , kenapa dia tak makan dulu.

"Isshh bagitahu lah dah lama kitaorang tunggu" kata hanjun hyung diikuti anggukkan daripada jinyoung hyung.

Hoho nampaknya , hyung semua tak sabar nak tahu rancangan aku. Aku memandang ke arah guanlin sambil tersenyum.

"Kenapa tengok aku macam tu" kata guanlin dan semua memandang ke arahnya

Alamak dia takut ke? Hehe sorry guanlin tapi kau je yang boleh tolong aku untuk merealisasikan rancangan ni.

"Kau kenal Daniel dan Seongwoo hyung?" aku bertanya kepada guanlin.

Aku sudah menyangka mereka semua akan berasa pelik. Buktinya mereka semua sedang memandang pelik ke arah aku.

"Kenal" balas guanlin dengan kerutan di dahinya.

●○●○

Nobody Pov

Setelah lonceng berbunyi semua pelajar berpusu pusu keluar dari kelas. Semuanya tidak sabar untuk pulang ke rumah masing masing , memandang kan esok adalah hari sabtu iaitu hari cuti.

Begitu juga dengan enam orang pelajar yang sedang bersama sama di kelas jinyoung. Mereka berjanji untuk berkumpul di sana dan pulang bersama sama.
Mereka berenam berjalan keluar kelas dengan gembira dan mengundang perasaan benci di hati tiga orang yang dari tadi memerhatikan mereka

"Issh benci aku tengok dorang tu" kata jaewoo lalu mencuba untuk berdiri tetapi sesuatu terjadi dan menyebabkan dia tidak dapat bangun.

Hyuk dan Jong gi memandang pelik ke arahnya.

TBC
B

aru dapat update sebab internet takda
(╥﹏╥).
Tapi sekarang dah ada (≧∇≦)/

[C] Let's Be Friend || JinHwiМесто, где живут истории. Откройте их для себя