⏩Chapter 53[End]⏪

162 16 58
                                    

Double update sebab ni last chapter 😊😊
Happy Reading

"Kenapa kau tetap nak kawan dengan hyung sedangkan sebelum ni hyung tak layan pun kalau kau tanya dan selalu buat tak nampak kalau ada kau?" kata jinyoung dan kemudian daehwi tersenyum
.
.
.
.
.

"Sebabnya aku teringin nak ada hyung" kata daehwi dan mendapat kerutan dahi daripada jinyoung.

"Maksudnya aku dapat rasa yang hyung sebenarnya baik dan mesti ada sebab kenapa hyung jadi macam tu. Sebab tu lah aku tak pernah kesah pun kalau hyung tak hiraukan aku. Lagi pun semakin hyung tak hiraukan aku semakin aku rasa nak dekat dengan hyung. Entahlah aku pun tak tahu kenapa, tapi aku suka kalau aku ada hyung macam hyung. Hyung pun tahukan eomma ngan appa aku selalu sibuk dengan kerja tapi bukan bermaksud Dorang tak sayang aku , aku faham kenapa sebab Dorang sayang aku lah dorang kerja keras."

Daehwi berhenti seketika mungkin penat sebab bercakap terlalu lama. Dia mengambil minumannya lalu meminum sekejap. Jinyoung hanya menanti daehwi selesai. Selesai minum daehwi menyambung percakapannya.

"Macam yang aku cakap tadi dorang sibuk sampai terpaksa pindah tempat kerja dan aku kena pindah sekolah. So susahlah nak dapat kawan kalau macam tu. Tapi lepas aku tahu yang aku akan terus tinggal kat sini, aku rasa gembira sangat. Sebab akhirnya aku akan dapat kawan dan orang pertama yang aku jumpa ialah Woojin hyung dan jihoon hyung. Aku cuba bergaul dengan Dorang dan Dorang layan aku dengan baik. Lepas tu aku jumpa hyung , tapi hyung tak hirau aku pun. Tapi waktu tu aku tahu mesti hyung ada masalah sebab tu lah aku cuba nak tolong selesaikan masalah tu tapi bila aku fikir balik aku ni siapa nak tahu masalah hyung kenal pun tak. Sebab tu lah kalau aku dengan hyung aku selalu bercakap dengan hyung. Aku cuma nak dekat dengan hyung dan nak rasa ada abang. " kata daehwi

"Kan ada Woojin dan jihoon hyung kenapa hyung jugak?" soal jinyoung pula

"Entah itu yang aku tak tahu. Padahal jihoon hyung dan Woojin hyung tu baik. Tapi aku tetap rasa lagi seronok kalau hyung pun ada. Mungkin sebab aku nak ada seorang abang kot. Yalah sebab sebelum ni aku selalu berharap yang aku ada hyung" kata daehwi sambil mengingat kembali ketika dia selalu bermain sendirian dan berharap dia ada seorang abang

"Kau nak aku jadi hyung kau?" tanya jinyoung sambil tersenyum , daehwi memandang ke arah jinyoung

"Boleh ke?" soal daehwi untuk memastikan apa yang dikatakan oleh jinyoung

"Mestilah" kata jinyoung meyakinkan daehwi. Tiba tiba daehwi berdiri dan bersorak

"Yeahhhhh! Aku ada hyung" kata daehwi dengan teruja.

Daehwi Pov

"Yeahhhhh! Aku ada hyung" jeritku dengan teruja . Akhirnya aku ada hyung , walaupun bukan hyung kandung tapi aku gembira sangat.

"Kenapa ni?" tiba tiba aku terdengar suara orang yang dikenali. Iaitu suara milik guanlin

"Takda" kata aku sambil tersenyum. Mesti Dorang pelik dengan aku sekarang tapi aku tak kesah yang penting aku gembira.

Gomawo jinyoung hyung! Sayang hyung

Jinyoung Pov

"Yeahhhhh! Aku ada hyung" jerit daehwi dengan teruja.

"Kenapa ni?" tiba tiba guanlin muncul bersama jihoon , Woojin dan hanjun lalu  bertanya

"Takda" kata daehwi sambil tersenyum

Aku hanya ketawa melihat reaksi daehwi , entah kenapa aku rasa gembira sekarang ni. Mesti sebab aku ada seorang kawan yang telah menjadi adik aku.

Aku gembira sangat sebab dapat kenal dengan daehwi. Disebabkan dia lah aku mula bergaul dengan orang ramai dan dapat ramai kawan. Disebabkan dia juga semua masalah aku dah selesai sekarang.

Gomawo daehwi sebab muncul dalam hidup hyung , sebab kau lah aku dapat rasa kegembiraan yang dah lama aku tak rasa. Iaitu kegembiraan bersama kawan kawan. Kau juga buat aku rasa gembira dapat seorang adik

Nobody Pov

"Boleh sesiapa terangkan apa yang dah jadi?" soal jihoon sambil melihat ke arah daehwi

"Hah? terangkan? nah" kata daehwi lalu membuka lampu suluh pada telefonnya dan menyuluh ke arah jihoon

"Bukan terang yang tu lah" kata jihoon

"Lah ya ke?" kata daehwi.

Woojin dan guanlin pula sudah mentertawakan jihoon yang di permainkan oleh daehwi. Hanjun menepuk bahu jinyoung dan jinyoung memandang ke arah nya.

"Mesti kau rasa gembira kan? " kata hanjun dan jinyoung mengangguk lalu tersenyum
Sambil memandang ke arah daehwi , Woojin dan guanlin yang kini sedang memujuk jihoon yang merajuk.

"Weyh jom pergi makan" kata jinyoung dan orang yang paling semangat ialah siapa lagi kalau bukan orang yang bernama park jihoon

"Tunggu apa lagi jomlah" kata jihoon mendahului semua orang.

"Ok siapa lambat dia belanja" kata daehwi lalu mereka semua berlari menuju ke sebuah restoran yang berdekatan untuk makan bersama.

"Good coffee is pleasure and Good friends are treasure"

"Friends are like star you cannot always see them but they always there"

.
.
.
THE END

*Sorry kalau ending tak best*


.
.
.
Hohoho akhirnya tamat juga ff yang berapa nak best ni tapi saya sebagai author yang tidak sehebat mana ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca ff ni walaupun kadang kadang merepek (╥﹏╥).

Kalau nak tahu ini lah ff pertama yang terpanjang saya pernah tulis dan berjaya tamatkan. Kalau sebelum ni ff tak pernah habis balik balik unpublish. So terima kasih kepada yang menyokong saya untuk menamatkan cerita ni 😊😘😭🙏😊

Terima kasih juga kepada yang sentiasa vote dan comment😘 , saya betul betul hargai vote dan comment anda 😊. Terima kasih juga kepada orang yang meletakkan ff ni dalam reading list mereka , saya tahu saya ada banyak kekurangan dalam menulis cerita ni 😭. Terima kasih lagi kepada anda semua "readers"

Sila maafkan segala kesilapan atau ayat yang tidak baik sepanjang anda membaca ff ini. Jika tidak keberatan sila terus menyokong saya dalam fanfic yang seterusnya 😊.

Bye~ 😘😊

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now