⏩Chapter 35⏪

61 13 1
                                    

Apabila guanlin tiba di tempat daehwi , mereka berdua menghabiskan masa bersama. Setelah beberapa minit bermain mereka berdua mula berasa bosan jadi mereka mengambil keputusan untuk keluar .

Mereka ingin pergi ke cafe Wannable untuk melepak . Semasa dalam perjalanan mereka berdua terdengar seperti orang bergaduh.

"Kenapa tu?" tanya guanlin kepada daehwi. Daehwi hanya mengangkat bahunya kerana tidak tahu.

Mereka berdua berjalan perlahan lahan agar tidak didengari oleh orang yang sedang bergaduh itu. Nampaknya mereka berdua terlambat apabila pergaduhan itu telah selesai kerana sudah tiada seorang pun yang berada di sana.

"Jomlah pergi cafe Wannable" kata daehwi dan mereka berdua berjalan meninggalkan tempat itu.

Semasa mereka sedang berjalan tiba tiba daehwi terpijak sesuatu. Dia membongkok dan mengambil benda itu.

"Jam?" Kata daehwi , guanlin yang sudah berada dihadapan berhenti dan mengundur ke belakang ke arah daehwi.

"Kau punya ke?" Tanya guanlin

"Taklah aku jumpa" kata daehwi sambil membelek belek jam tangan itu. Dia berasa familiar dengan jam itu tapi Dia tidak dapat mengingat pemiliknya siapa.

"Kau simpan je lah. " kata guanlin.

Daehwi mengangguk lalu menyimpan jam tangan itu ke dalam kocek seluarnya. Kemudian mereka berdua meneruskan perjalanan mereka ke cafe Wannable.

○●○

Daehwi Pov

Lepas aku dan guanlin lepak kat cafe Wannable kitaorang pergi jalan jalan pula. Sebab kalau balik pun nak buat apa, bosan.

Aku dan guanlin sekarang sedang bersiar siar . Tiba tiba aku ternampak seseorang sedang duduk di bangku taman sambil melakukan sesuatu tapi aku tak tahu apa.

"Eh itu bukan jinyoung hyung ke?" Kata guanlin sambil menunjuk ke arah orang yang sedang aku pandang.

"Yalah" aku mendekati jinyoung hyung yang sedang duduk di bangku taman itu.

Nobody Pov

Daehwi dan guanlin berjalan ke arah jinyoung . Daehwi kelihatan gembira apabila bertemu jinyoung disana.

"Hi hyung!" tegur daehwi dan jinyoung yang sedang membersihkan lututnya yang luka itu terhenti.

Dia memandang ke arah mereka berdua. Dia hanya melambai dan kemudian menyembunyikan lututnya yang luka walaupun daehwi dan guanlin telah melihat luka itu.

"Eh kenapa dengan lutut hyung tu?!" tanya daehwi.

"Errr" jinyoung sedang berfikir sesuatu sebelum menjawab pertanyaan daehwi.

Guanlin hanya memandang ke arah jinyoung sambil menunggu jawapan bagi soalan daehwi.

"Tadi aku jatuh" kata jinyoung tapi daehwi dan guanlin memandangnya dengan pandangan yang curiga.

Macam mana hyung boleh jatuh? Persoalan itu muncul di minda daehwi dan guanlin

"Hyung tipu kan?" kata daehwi.

"Mana ada betullah tadi aku kena kejar anjing" kata jinyoung yang masih cuba untuk meyakinkan daehwi dan guanlin

"Tapi-" belum sempat daehwi berkata jinyoung memotong.

"Janganlah risau , aku balik dulu" kata jinyoung lalu meninggalkan daehwi dan guanlin.

Daehwi dan guanlin hanya memandang jinyoung sehinggalah mereka tidak dapat melihat jinyoung lagi.

"Kenapa aku rasa dia menipu?" kata daehwi yang masih tidak berpuas hati dengan jawapan jinyoung.

"Entah tapi aku pun rasa macam tu. Tapi biarlah dia pun ada privacy dia juga" kata guanlin

"Hmm , tapi aku masih tak puas hati" kata daehwi.

TBC
Busy with school , mungkin jarang update la lepas ni. Btw Vote and Comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiOù les histoires vivent. Découvrez maintenant