⏩Chapter 49⏪

66 10 36
                                    

Bunyi bangku bergesel dengan lantai menarik perhatian Jong gi untuk memandang ke arah bunyi itu. Orang yang sedang duduk di bangku itu tiba tiba berdiri tanpa memandang ke arah Jong gi dan hanya memandang ke bawah.
.
.
.
.
.
.

Jong gi yang mula berasa takut berundur ke belakang. Tiba tiba orang yang sedang berdiri itu memandang ke arahnya dengan pandangan yang tajam. Jong gi yang sudah ketakutan tidak kuat lagi lalu pengsan.

Woojin dan jihoon yang dari tadi bersembunyi keluar daripada tempat persembunyian mereka. Lalu ketawa terbahak bahak melihat Jong gi yang telah pengsan.

"Hahaha pembuli pun takut hantu" kata jihoon sambil menunjuk ke arah Jong gi

"Tu lah ingatkan kuat sangat tengok hantu pun takut" kata Woojin pula.

"Bagus kalau hantu betul , ini orang " kata orang yang berjaya menakutkan Jong gi sehingga pengsan

"Betul tu , hyung hebat" puji Woojin sambil membuat thumbs up kepada orang itu. Begitu juga dengan jihoon

"Hehe this is ong Seongwoo okay" kata Seongwoo dengan bangganya.

"Ok sekarang kita kena uruskan dia" kata jihoon lalu mereka bertiga menguruskan Jong gi dengan melakukan sesuatu.

Daehwi and Jinyoung situation

Daehwi dan jinyoung berada di hadapan stor . Mereka berdua sedang menunggu waktu yang sesuai untuk memberi isyarat kepada seseorang yang sedang bersiap sedia untuk bertindak.

Hyuk yang dari tadi mengejar mereka mula berasa penat dan menyesal berpecah dengan Jong gi tadi. Dia berfikir jika dia bersama Jong gi tadi dia pasti mempunyai peluang untuk mengepung mereka. Tetapi entah mengapa mereka berdua memutuskan untuk berpisah.

Jong gi mengejar Woojin dan jihoon manakala dia mengejar daehwi dan jinyoung. Dia berasa sedikit bodoh apabila terfikir untuk berpisah. Tetapi sekarang dia tidak mempunyai masa untuk menyesal. Dia perlu cepat menangkap daehwi dan jinyoung.

Dia berlari sekali lagi sehingga dia ternampak daehwi dan jinyoung sedang berehat di hadapan stor. Dia berjalan ke arah mereka sambil berkata

"Kenapa berhenti? penat?"

Daehwi dan jinyoung memandang ke arah orang itu , lalu daehwi berkata sambil tersengih.

"Taklah , kitaorang cuma kesian je tengok hyung penat kejar kitaorang sorang sorang"

Hyuk menggenggam penumbuk geram. Tanpa berkata apa apa dia berjalan dengan pantas ke arah daehwi dan jinyoung . Manakala daehwi dan jinyoung berundur ke belakang sedikit apabila hyuk bertindak mendekati mereka.

Tanpa disedari oleh hyuk , daehwi membuat isyarat untuk mengarahkan orang yang sudah mula bosan bersembunyi itu bertindak. Pada mulanya orang itu hairan dengan isyarat daehwi tetapi setelah dia ternampak hyuk melepasi pintu stor , dia mula ingat mengenai rancangan mereka.

Dengan berhati hati dia mengeluarkan jaring dan membaling ke arah hyuk daripada belakang. Setelah membaling jaring itu dia mengikat hyuk mengunakan tali yang berada bersama jaring itu.

Hyuk terkejut apabila tiba tiba dia terperangkap di dalam jaring dan diikat. Dia memandang ke arah orang yang mengikatnya. Dengan serta merta dia terkejut dan menyebut nama orang itu.

"Daniel?!"

Orang yang disebut nama itu hanya tersengih sambil tersenyum menunjukan giginya.

"Yeah" daehwi dan jinyoung saling menepuk tangan

Hyuk yang terdengar mereka berdua bersorak mula berasa geram. Akhirnya dia faham bahawa mereka cuma mengenakan dia , jaewoo dan Jong gi. Dalam hati dia tidak habis habis mengutuk daehwi dan yang lain kerana mengenakannya.

●○●○

"Hoi bangunlah!" hyuk menolak nolak Jong gi yang pengsan di sebelahnya. Dia juga berasa hairan apabila melihat wajah Jong gi yang penuh dengan contengan yang bertulis 'Saya seorang penakut' dan 'eomma tolong ada hantu 😂'

"Kau ni dah kenapa pakai macam ni?" kata hyuk lagi kepada jaewoo yang berpakaian seperti perempuan.

"Semua ni sebab hanjun dengan budak guanlin tu lah" kata jaewoo pula.

"Kau pun apa kurangnya" kata jaewoo sambil memandang hyuk yang memakai kostum arnab berwarna pink yang menyebabkan dia tidak senang duduk. Disebabkan kostum itu , hyuk sukar untuk duduk dengan betul dan menyebabkan kakinya lenguh.

Kini mereka bertiga sedang berada di dalam stor sukan sekolah, mereka bertiga diikat bersama sama . Manakala daehwi , jinyoung , jihoon , Woojin , guanlin , hanjun, daniel dan Seongwoo pula berada di tempat dimana mereka mengenakan hyuk , jaewoo dan Jong gi.

Mereka sedang membersihkan segala benda yang mereka gunakan untuk mengenakan hyuk , jaewoo dan Jong gi.

TBC
Rasa macam nak cepat cepat habiskan ff ni. Btw new ff is ready on draft 😂

Vote and comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now