⏩Chapter 50⏪

65 12 5
                                    

"Isshh macam mana benda ni boleh jadi?" kata Jong gi sebaik saja dia menyedarkan dirinya. Nampaknya dia betul betul marah di kenakan sebegitu rupa.

"Nak tahu macam mana?" kata seseorang tiba tiba mencelah

Serentak hyuk , jaewoo dan Jong gi memandang ke arah suara itu.

"Budak ni lagi" kata jaewoo

"Hei kalau korang nak tahu budak ni lah yang rancang semua ni" kata Woojin dan daehwi terus memandang ke arah Woojin , dia tidak suka di panggil budak.

"Hehe sorry" kata Woojin dan kemudian daehwi memandang ke arah hyuk , jaewoo dan Jong gi.

"Kalau nak tahu ceritanya macam ni" kat daehwi.

Flashback 1

Semasa daehwi dalam perjalanannya ke kelas , dia tidak habis habis berfikir mengenai rancangannya. Sebenarnya dia belum terfikir apa apa lagi mengenai perkara itu kerana terlalu asyik dengan makanan.

Semasa dia sedang sibuk berfikir , tanpa sengaja dia terlanggar seseorang dan menyebabkan dia terjatuh. Orang yang dilanggar itu pula masih berdiri walaupun di langgar oleh daehwi , kerana orang itu lebih besar daripada daehwi.

Daehwi mendongak memandang ke arah orang itu. Orang yang dilanggar itu pula menunjukkan wajah risau , lalu menghulurkan tangan untuk membantu daehwi untuk bangun. Daehwi menyambut huluran tangan itu lalu berkata.

"Err terima kasih dan maaf sebab tadi . Kang daniel sunbaenim" sempat daehwi membaca tanda nama orang yang dilanggarnya tadi.

"Oh takpa dan panggil daniel hyung je" kata daniel lalu tersenyum ke arah daehwi.

"Ok" kata daehwi lalu membalas senyuman daniel dan tiba tiba seseorang datang menegur mereka

"Woii daniel kau dah jumpa guanlin?" Tanya orang itu . Sebaik saja mendengar nama guanlin , daehwi terus memandang ke arah orang itu.

"Belum lah, nanti je lah aku jumpa dia" kata daniel pula

"Eh siapa ni?" tanya orang itu lalu menunjuk ke arah daehwi.

"Lee daehwi , panggil daehwi je. Oh ya kenapa dengan guanlin?" Kata daehwi mengenalkan dirinya sambil bertanya soalan.

"Oh , takda cuma hyung nak tanya dia sesuatu tapi sekarang hyung dah lupa" kata daniel lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Oh ya hyung belum kenalkan diri lagi kan. Ok nama hyung ong Seongwoo dan yang ni kang daniel. Kitaorang ni kenali sebagai joker" kata Seongwoo panjang lebar , tetapi tidak menjadi masalah kepada daehwi untuk menangkap apa yang dikatakan oleh Seongwoo.

"Joker?" Soal daehwi sedikit hairan dengan perkataan itu.

"Ya sebab kitaorang ni hebat dalam kenakan orang" kata daniel dengan bangganya.

"So kalau nak minta tolong kenakan orang panggil jekitaorang. Kitaorang akan tolong" kata Seongwoo pula

"Oh macam tu" kata daehwi lalu tersenyum ke arah mereka berdua.

"Kenapa nak kitaorang tolong kenakan orang" soal daniel kepada daehwi

"Ya, boleh tak?" tanya daehwi dan mendapat anggukan dari daniel dan Seongwoo sebagai balasan.

"Yes nanti aku bawa guanlin dan yang lain untuk bincang" kata daehwi

"Ok nanti suruh guanlin bawa korang jumpa kitaorang , dia tahu kitaorang kat mana" kata Seongwoo

"Ok bye hyung" kata daehwi kepada mereka berdua dan berjalan menuju ke kelas nya sambil tersenyum kerana dia baru mendapat idea mengenai rancangannya. Senyumannya makin melebar apabila mengingat kembali bahawa daniel dan Seongwoo akan membantunya.

End Flashback

"Oh patutlah hari tu aku tengok kau tersengih sengih. Ingatkan hantu mana lah yang rasuk kau hari tu sampai tersenyum sorang sorang" kata guanlin sebaik saja daehwi bercerita bagaimana dia bertemu daniel dan Seongwoo.

"Isshh kau ni sibuk lah orang tengah seronok cerita tiba tiba potong" kata daehwi geram apabila guanlin tiba tiba bersuara semasa dia sedang bercerita.

"Hehe sorry , oh ya hyung kenapa nak jumpa aku" tanya guanlin kepada daniel.

"Hah oh baru aku ingat sebab aku nak tanya mana kau letak mainan rooney dan peter hari tu?" kata daniel sambil mengingat kembali tujuannya untuk bertemu guanlin pada waktu itu.

"Oh ada kat rumah" kata guanlin

"Huh ingat dah hilang" kata daniel lega , sebab dia tidak perlu untuk membeli mainan yang baru untuk kucing kucing kesayangannya.

"Boleh aku sambung tak?" tanya daehwi sebaik saja guanlin dan daniel selesai berkata. Yang lain hanya tertawa melihat ke arah mereka bertiga , tetapi tidak bagi tiga orang yang sedang diikat. Mereka bertiga sedang berusaha melepaskan diri tetapi tetap gagal.

TBC

Tinggal 3 chap lagi 😊

Vote and Comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now