⏩Chapter 45⏪

58 11 12
                                    

"Yalah nanti kitaorang cerita" kata jinyoung pula dan daehwi mengangguk lalu membantu mereka membersihkan luka mereka
.
.
.
.

Flashback

Woojin dan jihoon pergi ke kedai buku untuk membeli buku rujukan tetapi disebabkan tiada buku yang mereka inginkan mereka mengambil keputusan untuk pulang sahaja.

Tetapi dalam perjalanan pulang mereka terserempak dengan jinyoung yang sedang bersiar siar. Mereka berdua pun menegurnya.

"Hi jinyoung" kata Woojin dan jihoon

Jinyoung yang tidak sedar dengan kehadiran mereka terkejut apabila tiba tiba ada orang menegurnya. Tetapi dia tersenyum apabila melihat orang itu adalah jihoon dan Woojin.

"Hi hyu—" belum sempat jinyoung menghabiskan kata katanya tiba tiba seseorang bersuara.

"Wah nampak nya ada perjumpaan la kat sini"

"Hahaha betul tu" kata seorang lagi.

Mereka bertiga serentak memandang ke arah suara itu. Kelihatan tiga orang yang amat menyakitkan hati mereka sedang tersengih ke arah mereka.

"Heh! Dorang lagi jom lah blah" ajak Woojin yang menyampah dengan hyuk , jaewoo dan Jong gi.

Baru saja mereka ingin beredar , mereka terhenti apabila hyuk bersuara.

"Kalau penakut tu mengaku je lah"

Woojin yang memang pantang di kata penakut itu mula geram . Dia ingin membalas tetapi jihoon sempat menghalangnya. Jihoon menghalang kerana dia tahu bagaimana perangai Woojin memandangkan mereka berdua sudah lama kenal dan hubungan mereka sangat rapat seperti adik beradik.

"Tak payah layan dorang tu" kata jihoon

Disebabkan jihoon tua beberapa bulan dari Woojin , Woojin tidak melawan jihoon.

"Heh! Saja lah tu tak nak mengaku penakut" ejek jaewoo diiringi tawa daripada hyuk dan Jong gi.

Woojin hanya mampu menahan amarah nya apabila jihoon asyik menghalangnya daripada bergaduh.

"Jom lah" kata jinyoung yang dari tadi mendiamkan diri. Dia bukan nya takut , dia cuma malas bergaduh dengan mereka bertiga.

"Hoi kitaorang belum habis lagi lah" kata hyuk lalu menarik jinyoung hingga terjatuh.

Woojin yang dari tadi bersabar , akhirnya mula bertindak. Dia menarik kolar baju hyuk dan memarahinya.

"Woi! Kalau nak gaduh tu, buat la cara gaduh bukannya main kotor serang dari belakang!"

"Heh! Ok" kata hyuk lalu menepis kasar tangan Woojin daripada kolar baju nya.

"Kau ingat kitaorang takut?!" kata Jong gi

"Ok siapa takut?!" kata Woojin berani dan jihoon dari tadi mencuba menenangkan Woojin.

"Hoi kau gemuk sibuk je nak suruh dia berhenti , kenapa kau tak berhenti? dan balik je sorang diri" kata jaewoo kepada jihoon.

"Apa?! kau cakap aku gemuk. Eh sini kau biar aku tumbuk muka kau yang macam hantu tu" kata jihoon yang marah di kata gemuk.

Dan akhirnya pergaduhan yang melibatkan percakapan itu berlarutan sehinggalah kedua dua pihak mula berasa marah dan saling bergaduh antara satu sama lain.

Tidak lama kemudian pergaduhan mereka berhenti apabila seseorang menjerit menyuruh mereka berhenti

"Hoi berhenti" kata orang itu. Iaitu lee daehwi.

End Flashback

"Oh macam tu" kata daehwi sambil mengangguk. Dia berfikir seketika, Woojin , jinyoung dan jihoon memandang ke arah daehwi yang tiba tiba mendiamkan diri.

Tidak lama kemudian dia bersuara.

"Hmmm , aku rasa kita patut buat sesuatu supaya dorang tak kacau kita lagi" kata daehwi.

Woojin , jihoon dan jinyoung mengerutkan dahi mereka. Dalam hati mereka berkata

"Buat apa?"

"Nak buat apa?" Tanya Woojin

"Adalah esok aku bagitahu" kata daehwi sambil tersenyum dengan rancangan yang telah di fikir nya.

"Bagitahu je lah" kata jihoon

"Tak boleh , esok juga. Sekarang ni hyung semua balik dulu , sebab rancangan ni belum siap. Kalau dah siap nanti aku bagitahu. Lagipun takkan kita tak bagitahu guanlin ngan hanjun hyung" kata daehwi

"Yalah , kalau macam tu aku balik dulu" kata jinyoung

"Kitaorang pun balik dulu lah kalau macam tu" kata jihoon

"Bye" kata daehwi kepada mereka bertiga

Daehwi Pov

Ok sekarang ni aku kena fikir sikit je lagi dan rancangan aku siap. Harap harap lepas ni dorang serik dan taknak kacau kitaorang lagi.

Tapi sekarang ni masa untuk makan. Sebab tu lah aku pergi kedai tadi , nak beli makanan. Wait for me ma food
ヽ(●´ε`●)ノ

TBC
Tak lama lagi Ff ni akan tamat dan author dah buat keputusan untuk buat ending macam mana.

Iaitu

Sad ending




Ok gurau

Happy ending 🎉🎉

Btw Vote and comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now