⏩Chapter 42⏪

56 11 2
                                    

Kawasan sekolah yang agak bising pada hari itu. Hal ini kerana guru guru mempunyai mesyuarat dan murid murid hanya berada di kelas membuat kerja masing masing tapi tidak bagi jinyoung , hanjun , hyuk , jaewoo dan Jong gi

Mereka berlima berada di dalam kelas. Hanya mereka berlima kerana pelajar yang lain sedang bersiar siar di kawasan sekolah. Jinyoung dan hanjun ingin keluar dari kelas itu tetapi tidak boleh kerana di halang oleh hyuk , jaewoo dan Jong gi.

Jinyoung sudah menggenggam penumbuk geram , dia berasa geram dengan mereka bertiga yang tidak pernah bosan untuk mengganggu mereka. Manakala hanjun pula sudah berasa geram dengan mereka.

Hyuk , jaewoo dan Jong gi tidak menghiraukan jinyoung dan hanjun yang sedang menatap marah ke arah mereka malah mereka bertiga tersenyum sinis. Sedikit pun tidak takut akan jinyoung dan hanjun.

Hyuk datang mendekati jinyoung lalu berkata.

"Kenapa kau pandang aku macam tu ke kau rindu nak KAWAN dengan aku?" hyuk berkata dengan sinis sambil menekankan perkataan kawan itu kepada jinyoung.

Hanjun memandang jinyoung tidak percaya. Dia tidak menyangka jinyoung pernah menjadi kawan kepada kepada hyuk.

"Betul ke?" Tanya hanjun

"Ya itu dulu, betul tak jinyoung?" kata hyuk. Jaewoo dan Jong gi hanya smirk ke arah jinyoung yang sedang menahan geram

"Jangan harap aku nak kawan dengan Kau lah!" kata jinyoung dan hyuk hanya tersengih sinis kepada jinyoung.

"Oh ya?" tanya jaewoo dan mendapat anggukan daripada Jong gi.

"Orang eh tak setan macam korang ni tak layak nak cakap dengan kitaorang baik korang pergi sekarang sebelum aku-" belum sempat jinyoung menghabiskan ayatnya hyuk memotong

"Apa? Kau nak panggil Eomma kau" kata hyuk lalu ketawa bersama Jong gi dan jaewoo.

"Hahaha mama boy" ejek Jong gi

Ingin saja jinyoung menumbuk wajah mereka bertiga satu persatu tetapi hanjun menghalangnya. Dia mengerti kenapa hanjun menghalangnya kerana jika mereka bergaduh mereka mungkin akan di denda lagi atau lebih teruk di gantung sekolah.

"Dahlah mari pergi dari sini" hanjun mengajak jinyoung meninggalkan kelas mereka. Meninggalkan hyuk , jaewoo dan Jong gi yang sedang mentertawakan jinyoung.

Semasa mereka beredar jinyoung sempat melanggar hyuk sehingga menyebabkan hyuk hampir terjatuh. Jinyoung tertawa puas dengan perkara yang di lakukannya dan hanjun juga tertawa. Hyuk pula sudah geram dan ingin mengejar jinyoung tapi di halang oleh jaewoo dan Jong gi.

"Sabar hyuk." Kata jaewoo

"Ya petang ni kita balas" sambung Jong gi dan kemudian mereka bertiga tersenyum sinis.

○●○

Seperti biasa daehwi akan pergi ke kantin bersama guanlin pada waktu rehat. Hari ini daehwi tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai pengintip jinyoung kerana guanlin yang tidak suka di tinggalkan sendirian.

Daehwi dan guanlin berjalan ke meja yang selalu mereka lepak pada waktu rehat. Dia dapat melihat jihoon , Woojin , jinyoung dan hanjun sedang bersembang bersama

"Hi korang!" tegur daehwi apabila dia dan guanlin tiba di meja itu.

"Hi" balas mereka dan selepas itu mereka terus bersembang mengenai perkara yang berlaku semasa guru tiada di kelas mereka kecuali jinyoung dan hanjun.

Mereka hanya berkata bahawa mereka mengulang kaji saja sepanjang guru tiada di kelas mereka.

TBC

Author rasa nak habiskan ff ni dengan cepat . Kalau boleh bulan ni ff ni akan tamatlah (itu pun kalau idea tak menghilang)

Vote and Comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now