⏩Chapter 21⏪

70 14 5
                                    

2.00 P.m.

Daehwi dan guanlin sedang menunggu di hadapan sekolah. Mereka sedang menunggu kedatangan Woojin dan jihoon kerana sebelum ini mereka sudah berjanji untuk pulang bersama sama.

Sementara guanlin dan daehwi menunggu mereka berdua. Daehwi memandang ke arah sekolah manakala guanlin sibuk bermain dengan telefonnya. Nampaknya guanlin sedang seronok bermain dengan game yang terdapat pada telefonnya.

Daehwi hanya mampu memandang kerana telefonnya kehabisan bateri. Semalam dia terlalu menggunakan telefonnya sehingga dia terlupa untuk mengecas telefonnya.

Tiba tiba mata daehwi tertangkap gerangan seseorang yang dikenalinya sedang berjalan seorang diri. Daehwi memanggil orang itu.

"Jinyoung hyung!" Kata daehwi

Guanlin yang sedang sibuk bermain dengan telefonnya memandang ke arah jinyoung kemudian memandang ke arah telefonnya semula.

"Jom lah balik dengan kitaorang. Kitaorang tengah tunggu Woojin ngan jihoon hyung"

"Kejap lagi Dorang datanglah , jomlah balik ngan kitaorang"

"Mesti seronok kalau ramai " kata daehwi dengan banyak seperti biasa .

Walau banyak manapun daehwi bersuara jinyoung hanya membalas dengan senyuman nipis dan kemudian menggelengkan kepalanya.

"Kalau macam tu lain kali boleh tak?" Tanya daehwi yang berharap dia boleh balik bersama dengan jinyoung lain kali.

"Hmm" balas jinyoung lalu menganggukkan kepalanya kemudian berjalan meninggalkan daehwi dan guanlin.

"Ok" balas daehwi.

"Sejak bila kau kenal jinyoung hyung ni? Aku nampak dia taklah dingin sangat dengan kau" tanya guanlin sambil matanya fokus memandang ke arah telefonnya.

"Entah aku tak ingat tapi sejak aku pindah kat kawasan ni lah" kata daehwi

"Korang sorry lah lambat" kata jihoon yang datang tiba tiba bersama dengan Woojin.

"Takpa jomlah balik" kata daehwi dan guanlin hanya mengangguk lalu menyimpan telefonnya dan bersedia untuk pulang.

●○●○

"Huuuaa penatnya" kata daehwi sebaik saja dia tiba dihadapan pintu apartment keluarganya.

Ting!

Baru saja dia ingin masuk ke dalam tiba tiba bunyi lift berhenti menarik perhatiannya untuk memandang ke arah lift itu. Apabila pintu lift terbuka kelihatan jinyoung yang sedang membersihkan baju.

Dia menepuk nepuk bajunya yang kelihatan berhabuk. Daehwi menayangkan wajah hairan. Sepatutnya jinyoung sudah berada di apartment nya kerana jinyoung pulang terlebih dahulu daripada nya.

Tapi nampaknya bukan jinyoung yang pertama tiba tapi daehwi. Daehwi ingin bertanya kepada jinyoung tapi apabila dia melihat wajah jinyoung yang masam dan seperti sedang marah , dia membatalkan niatnya.

Daehwi terfikir , mungkin jinyoung memerlukan ruang peribadi. Dia tidak mahu di anggap suka menyibuk hal orang lain. Daehwi hanya memandang ke arah jinyoung lalu tersenyum saja.

Jinyoung pula hanya berlagak seperti biasa lalu berjalan ke arah apartment nya. Lalu daehwi melakukan hal yang sama dan melangkah masuk ke dalam apartment keluarganya.

Daehwi Pov

Aku melangkah masuk ke dalam apartment . Tempat pertama yang aku tuju ialah sofa sebab aku nak duduk penat. Tapi aku teringat tentang jinyoung hyung tadi.

Kenapa dengan jinyoung hyung tadi?

Hmm , aku nak tahu tapi nanti hyung anggap aku ni suka menyibuk pula. Baik aku tengok tv nanti aku fikir balik lah.

Kejap! Ada Homework lah , macam mana aku boleh lupa! .(☍﹏⁰)

Hmm , kejap lagi lah aku buat , sekarang aku nak rehat dulu (๑¯∀¯๑).

TBC
Late update sebab line slow. Time ada idea jugalah dia nak slow.

Btw Vote and Comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now