⏩Chapter 44⏪

64 12 6
                                    

Petang itu daehwi berjalan seorang diri ke kedai untuk membeli makanan , memandangkan dia terlupa untuk membeli nya sebelum ini. Jadi terpaksalah dia pergi seorang diri.

Pada mulanya dia ingin mengajak jinyoung , Woojin atau jihoon tapi tiada langsung seorang dari mereka yang terserempak dengannya . Terpaksalah daehwi pergi seorang diri pada petang itu.

Apabila tiba di kedai, dia mengambil ke semua barang yang ingin di belinya mengikut senarai yang eomma nya tinggalkan. Dia beruntung kerana barang yang perlu dia beli tidaklah terlalu banyak.

Semasa dalam perjalanan pulang dia ternampak beberapa orang sedang berkumpul. Daehwi berasa curiga dengan keadaan itu. Tanpa ragu dia terus pergi ke arah orang yang sedang berkumpul itu.

Matanya membulat apabila melihat hyuk , jaewoo dan Jong gi sedang bergaduh dengan jinyoung , Woojin dan jihoon. Patutlah dia tidak terserempak langsung dengan mereka bertiga rupanya mereka sedang bergaduh.

Pergaduhan itu nampaknya sudah lama berlaku kerana masing masing mempunyai luka dan lebam pada bahagian muka dan tangan mereka. Dengan beraninya daehwi muncul , dia ingin membantu tapi dia tidak pernah bergaduh sebelum ini. Dia sedang binggung sehinggalah.

"Hoi berhenti!" Jerit daehwi dan serta merta mereka semua menghentikan perbuatan masing masing dan memandang ke arahnya.

"Wow tak sangka Dorang berhenti" kata daehwi dalam hati .

"Ish budak ni lagi" kata hyuk dan melepaskan genggamannya pada kolar baju jinyoung.

"Sibuk je!" kata jaewoo lalu mengelap peluh yang keluar dari dahinya.

"Weyh budak baik kau balik rumah sekarang mesti Eomma kau tengah cari" kata Jong gi pula.

Manakala jihoon , Woojin dan jinyoung hanya memandang hairan ke arah daehwi yang hanya berdiam diri apabila hyuk , jaewoo dan Jong gi mengejeknya.

Daehwi diam sambil memandang ke bawah. Dia menarik nafas kemudian , dia mula bersuara.

"Apa kau kata aku budak?! Kau lah budak! suka hati je kata aku macam tu!. Kalau kau nak tahu lah aku rasa kan aku ni lagi matang lah dari kau yang asyik gaduh je" daehwi menunjuk ke arah hyuk. Nampaknya dia marah dikata sebegitu sehingga dia tidak memanggil hyuk dengan panggilan hyung seperti yang sebelum ini.

"Dan kau! kalau aku sibuk pun kenapa!? Sekurang kurangnya aku ada kerja bukan macam kau ni. Mesti makan tidur dan menyusahkan eomma dengan appa kau je, betul tak? Takcaya tengok lah kau ni sekarang. Aku rasa lah kau ni mesti kurang kasih sayang kan? sebab tu lah kau ni suka betul nak gaduh. Attention seeker betul!" kata daehwi kepada jaewoo. Jaewoo hanya menggenggam penumbuk dengan geram

Woojin , jinyoung dan jihoon pula sudah tersenyum mendengar ayat daehwi kepada hyuk dan jaewoo. Mereka tidak sabar menunggu kata kata yang akan daehwi berikan kepada Jong gi selepas ini.

"Dan last kau ni kalau kau nak tahu sekarang ni Eomma aku takda kat rumah lah. Malam nanti dia balik so buat apa dia nak cari aku? dan macam mana kau tahu yang dia nak cari aku? Eomma aku ada bagitahu kau ke?" kata daehwi dan Jong gi hanya memandang hairan ke arah daehwi. Dia menyangka bahawa daehwi akan melontarkan kata kata yang sinis kepadanya sama seperti yand dia lakukan kepada hyuk dan jaewoo. Tetapi tidak.

Jinyoung , Woojin dan jihoon pula menepuk dahi masing masing apabila mendengar jawapan daripada daehwi.

"Jom lah blah malas aku nak dengar budak ni membebel" kata hyuk, dengan tidak rela jaewoo dan Jong gi mengikut hyuk pergi dari situ

"Hek eleh suka hati je kata aku ni budak" kata daehwi tidak berpuas hati. Dia ingin mengejar mereka tapi dihalang keras oleh jinyoung , Woojin dan jihoon.

○●○

"Macam mana hyung semua boleh ada kat sana tadi?" soal daehwi sambil memberi kotak first aid yang terdapat di apartment nya. Sekarang mereka berempat sedang berada di apartment keluarga milik daehwi.

Jihoon , Woojin dan jinyoung takut untuk pulang ke rumah dalam keadaan luka luka. Lalu mereka mengambil keputusan untuk mengubati luka mereka di apartment daehwi terlebih dahulu

"Kejaplah kitaorang tengah sakit ni" kata Woojin

"Ish siapa suruh hyung semua gaduh tadi" kata daehwi pula.

"Yalah nanti kitaorang cerita" kata jinyoung pula dan daehwi mengangguk lalu membantu mereka membersihkan luka mereka

TBC
Sorry lah kalau time korang baca part ni , korang rasa pelik. Sebabnya author masih lagi keliru nak buat ending macam mana. Btw Vote and Comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang