⏩Chapter 8⏪

86 17 14
                                    

"Eh hyung pun tinggal kat tempat ni wah senanglah kita nak jumpa!" kata daehwi sambil berjalan keluar dari lift bersama jinyoung

"Bye hyung!" kata daehwi kepada jinyoung apabila dia tiba di hadapan pintu apartmentnya yang bernombor 15.

Jinyoung hanya berjalan dan berhenti di hadapan pintu yang bernombor 18. Dia membuka pintu lalu masuk ke dalam.

Daehwi Pov

"Eh hyung pun tinggal kat tempat ni wah senanglah kita nak jumpa" aku berkata dengan gembira sebab senanglah nak jumpa tiap hari. Aku berjalan keluar bersama jinyoung hyung.

"Bye hyung!"apabila aku tiba dihadapan pintu aku memandang ke arah jinyoung hyung. Tapi seperti biasa dia tak balas apa apa hmm sad lifeu (╥﹏╥).

Baru saja aku ingin melangkah masuk aku terhenti apabila aku terfikir.

'Kalau dia tinggal kat tingkat ni juga mesti apartment dia dekat je'

Aku memandang ke arah jinyoung hyung yang berhenti di hadapan sebuah pintu yang agar familiar. Hmm, macam pernah aku pergi sana tapi bila eh?.

Aku berfikir seketika dan kemudian aku teringat kat situlah Eomma suruh aku hantar bungkusan kat aunty tu. Ya betul tu.

"Eh! mana hyung?" aku mencari jinyoung hyung yang sudah hilang daripada pandangan.

"Jangan jangan dia hantu! eh tak! Lagipun dia sampai depan rumah dia mestilah dia dah masuk" aku berkata seorang diri dihadapan pintu.

Aku melangkah masuk ke rumah. Nampaknya Eomma dengan appa belum pulang. Lonely again but its ok. Hehe hebat tak aku speaking?.ヽ(●´ε`●)ノ

Krukk krukk

Aku lapar lah pula. Aku berjalan ke dapur dan mencari makanan. Tak ada makanan Takpa nasib aku pandai masak. Ok hari ni cef daehwi akan beraksi.

Jinyoung Pov.

Aku menghempaskan tubuh ku ke katil. Tak sangka dapat jumpa budak tu kat lift , banyak betul budak tu bercakap. Kalau ada pertandingan siapa paling banyak cakap mesti dia yang menang.

Aku memandang ke siling bilik ku. Kosong tapi bila ada orang bercakap dengan aku , aku rasa ruang kosong tu dapat di isi semula. Tapi dia tu boleh percaya ke?Tiba tiba peristiwa yang amat menyakitkan hati aku teringat kembali.

Flashback

"Eh jinyoung tahniah!" Kata hyuk iaitu kawan baik aku. Kami berdua ni sangat rapat sampai orang kata kami ni adik beradik.

"Hehe terima kasih" aku menggosok belakang lehernya sambil tersenyum ke arahnya.

"Hebat lah kau dapat markah paling tinggi dalam exam kali ni!" kata hyuk sambil membuat simbol thumbs up.

Aku hanya tersenyum. Sebenarnya aku pun tak sangka aku dapat markah paling tinggi dalam exam kali ni.

●○●○

Aku berjalan keluar dari bilik guru dengan perasaan yang geram. Tak guna betul tak sangka ada orang yang dengki dengan aku sampai sanggup sabotaj aku. Dia tuduh aku meniru.

"Aku percaya kau tak meniru" kata hyuk sambil cuba memenangkan aku yang sudah marah. Aku hanya mendiamkan diri kerana malas hendak bersuara.

"Eh aku pergi dulu" kata hyuk tiba tiba dan beredar meninggalkan aku. Aku menyusun barang barang ku dan berjalan keluar dari sekolah.

Aku ingat nak jalan jalan kejap untuk hilangkan stress. Tapi apabila aku tiba di satu lorong aku terdengar suara orang sedang ketawa. Aku berhenti dan mendengar apa yang di katakan oleh mereka di sebalik dinding.

"Hebatlah kau , dia tak syak apa apa"

"Heh! dia tu yang lembab! dia tak tahu orang yang sabotaj dia tu ialah aku!"

Dengan serta merta aku terkejut apabila terdengar suara hyuk berkata sedemikian. Jadi dia yang buat aku macam ni tapi kenapa? Apa salah aku kat dia?

"Semua ni salah jinyoung! , sepatutnya aku yang dapat markah paling tinggi bukan dia!" kata hyuk lagi lalu menendang batu diatas jalan itu.

"Hahaha. aku rasa nak gelak je tengok muka dia tadi"

Aku sudah berasa marah. Aku tak sangka orang yang selama ini aku percaya rupanya orang yang tikam belakang aku sendiri. Licik betul!

"Jadi yang dia kena tuduh mencuri dulu tu pun kerja kau?"

"Mestilah! Ahaha"

Aku sudah tidak dapat menahan diri lagi lalu berjalan ke arah mereka dan berkata sambil menepuk tangan.

"Wah wah wah tak sangka kau macam ni rupanya "

"Depan kau buat buat baik tapi belakang perangai macam setan!" sambung ku lagi sambil menekankan perkataan setan itu. Aku tidak peduli lagi dia ni kawan aku ke bukan yang penting sekarang aku benci dia.

"So what? kau nak buat apa?" katanya sambil tersenyum sinis ke arah ku bersama dengan kawan kawannya itu.

Tanpa apa apa amaran aku terus menolak nya sehingga jatuh dan menumbuk muka dengan sekuat hati.Tapi pergerakan ku terhenti apabila aku ditarik oleh kawan kawan dia yang lain.

"Tak guna! habiskan dia!" kata hyuk sambil mengelap darah yang mengalir keluar dari mulutnya.

Mereka memukul ku sehingga aku tidak sedar kan diri. Bila aku sedar aku sedang terbaring di atas tanah dalam keadaan yang cedera.

Aku perlahan lahan bangun dan berjalan pulang ke rumah. Walaupun aku rasa malas nak pulang tapi aku kena balik nanti kesian Eomma sendirian kat rumah.

End Flashback

Aku terasa geram dan menggenggam cadar tilam dengan kuat. Kemudian aku menumbuk katil dengan geram.

Hampir aku rasa nak ada kawan balik tapi disebabkan aku teringat peristiwa bodoh tu. Dengan serta merta niat ku terbatal.

"Huh!" aku mengeluh dan kemudian menutup mata untuk tidur.

TBC

Last update sebab besok internet tak ada (╥﹏╥)(╥﹏╥).... pelan internet tamat.

Kalau dah ada nanti author update balik. So stay tuned.

Vote and comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now