⏩Chapter 32⏪

68 14 7
                                    

Apabila lonceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat , semua pelajar mula mengemas barang mereka untuk balik ke rumah masing masing. Daehwi dan guanlin seperti biasa akan menunggu jihoon dan Woojin didepan sekolah. Semua pelajar pulang dengan senang hati pada hari itu.

Manakala , lima orang lagi tidak berpuas hati kerana tidak di benarkan untuk pulang. Mereka berlima akan didenda membersihkan kawasan padang sekolah pada hari itu. Disebabkan salah tiga orang daripada mereka , mereka berlima didenda oleh guru disiplin.

Flashback

"Hahaha , kesian tak sangka kau ni lemah" kata hyuk lalu ketawa diikuti oleh jaewoo dan Jong gi.

Jinyoung tidak dapat bersabar lagi , dia sudah berasa sangat geram dan marah terhadap mereka bertiga. Lalu jinyoung berjalan mendekati mereka bertiga dan mereka bertiga hanya smirk ke arah jinyoung . Panggilan hanjun yang menyuruh nya untuk berhenti , dihiraukan.

Tanpa sebarang amaran daripada jinyoung satu tumbukan selamat mendarat diwajah hyuk dan menyebabkan hyuk terundur ke belakang dan jatuh akibat tumbukan daripada jinyoung. Kemudian jaewoo dan Jong gi menolong hyuk untuk bangun.

"Kau cari pasal dengan orang yang salah" kata jinyoung yang ingin keluar dari kelas tapi

Tiba tiba jaewoo dan Jong gi menghalang jinyoung dengan menariknya ke arah hyuk. Jaewoo memegang tangan kirinya manakala Jong gi memegang tangan kanan. kemudian Hyuk yang geram dengan jinyoung terus mencengkam kolar baju jinyoung dan ingin menumbuk jinyoung .

Baru saja hyuk ingin menumbuk dan memukul jinyoung tiba tiba hanjun datang bersama guru disiplin.

"Berhenti sekarang!" Marah cikgu itu sambil bercekak pinggang dihadapan pintu.

Dengan marah hyuk , jaewoo dan Jong gi melepaskan jinyoung. Mereka bertiga memandang hanjun dengan wajah yang tidak berpuas hati , manakala jinyoung memberikan thumbs up kepada hanjun.

"Kamu berlima ikut cikgu ke bilik disiplin sekarang. Tiada bantahan!" kata cikgu itu kepada mereka berlima.

End Flashback

Orang yang paling tidak berpuas hati ialah jinyoung. Disebabkan oleh hyuk , Jong gi dan jaewoo yang mula mencari gaduh , dia dan hanjun turut didenda. Tapi disebabkan hukuman hyuk , jaewoo dan Jong gi lebih teruk daripada dia dan hanjun, dia berasa senang hati sedikit.

Hyuk , Jong gi dan jaewoo akan didenda membersihkan padang dan perlu menghadiri kelas tahanan apabila kerja membersihkan padang selesai. Manakala , jinyoung dan hanjun hanya perlu membersihkan padang selama seminggu sahaja.

Disebabkan denda jinyoung dan hanjun lebih ringan berbanding hyuk , Jong gi dan jaewoo , perkara ini telah mengundang perasaan tidak puas hati di hati mereka bertiga.

Baru saja mereka bertiga ingin mengacau jinyoung dan hanjun tiba tiba guru disiplin datang sambil membawa rotan untuk memeriksa sama ada mereka membuat kerja atau bergaduh. Niat mereka terpadam semasa melihat rotan yang dibawa oleh cikgu itu , lalu mereka meneruskan aktiviti mereka.

○●○

Jinyoung dan hanjun berjalan pulang dari bersama sama pada petang itu. Keadaan senyap sehinggalah jinyoung mula bersuara.

"Thanks sebab tolong tadi"

"Takpa, lagi pun dorang memang patut pun kena denda" kata hanjun lalu tersenyum.

"Hehe , tapi sejak bila kau keluar dan panggil cikgu?. Aku tak sedar pun , tiba tiba je kau datang dengan cikgu" kata jinyoung dan hanjun tersenyum lalu menceritakan apa yang berlaku tadi.

"Sebenarnya tadi masa korang bergaduh , aku tak tahu nak buat apa tiba tiba aku ternampak pintu belakang terbuka. Jadi aku pun apa lagi lari lah ke bilik disiplin dan panggil cikgu" cerita hanjun dengan senang hati.

Tapi niatnya hanya untuk mengelakkan pergaduhan yang lebih teruk berlaku dan agar hyuk , jaewoo dan Jong gi mendapat hukuman yang setimpal. Dia tidak pernah terfikir bahawa dia dan jinyoung akan turut didenda pada hari itu.

"Lah ya ke tak sedar pula. Seronok juga kan kalau kita selalu bersembang macam ni" kata jinyoung lalu merangkul bahu hanjun sambil tersenyum.

"Tapi kau nak kawan ngan aku ke?" tanya hanjun

"Mestilah , kenapa pula tak?."kata jinyoung

"Eh bye aku balik dulu" kata jinyoung lagi apabila mereka tiba di sebuah simpang jalan . Jalan untuk hanjun pulang perlu melalui simpang itu manakala , jinyoung hanya perlu berjalan sedikit saja lagi.

"Bye" kata hanjun sambil tersenyum ke arah jinyoung dan melambai. Jinyoung membalas kemudian meninggalkan hanjun .

Dari jauh hanjun tersenyum memandang jinyoung , dia berasa gembira bila rapat dengan jinyoung. Dia menyangka bahawa jinyoung tidak ingin berkawan dengannya memandangkan jinyoung jarang bercakap dengan orang lalu termasuk dirinya. Lalu hanjun berjalan pulang ke rumahnya dengan hati yang gembira memandangkan selepas ini dia tidak bersendirian lagi .

TBC
Sorry kalau part ni bosan
Btw Vote and Comment

[C] Let's Be Friend || JinHwiDonde viven las historias. Descúbrelo ahora