⏩Chapter 38⏪

61 12 1
                                    

Dari jauh kelihatan empat orang remaja lelaki sedang bersembang dengan gembira. Puan bae yang baru pulang dari pasar tersenyum memandang ke arah mereka. Dia gembira melihat anaknya , jinyoung sudah terbuka hati untuk berkawan semula.

Tapi senyumannya mati apabila teringat perkara tadi. Dia tidak menyangka akan semua itu dan tidak menyangka jinyoung akan menyembunyikan semua itu daripadanya.

Flashback

Pagi itu semasa jinyoung berada di sekolah , puan bae pergi ke bilik jinyoung untuk membersihkan biliknya. Dia terpandang telefon jinyoung terletak di atas meja sambil di cas. Dia mengagak mesti jinyoung mengecas telefonnya tapi terlupa untuk mencabut wayar itu sebelum ke sekolah.

Dia hanya menggelengkan kepalanya , tak sangka anaknya itu kadang kadang seorang yang cuai. Nasib baik dia masuk ke dalam bilik jinyoung. Puan bae menutup suis kemudian mencabut wayar itu daripada telefon jinyoung.

Dia menghidupkan telefon itu untuk memeriksa peratus bateri . Setelah beberapa saat menunggu akhirnya telefon itu hidup. Peratus bateri itu menunjukkkan 78% , baru saja puan bae ingin menutup semula telefon itu.

Matanya terpandang ikon mesej yang menunjukkan satu mesej telah masuk. Tanpa berlengah dia terus menekan ikon mesej itu dan terpapar lah tarikh dan masa mesej itu masuk

1 unread mesej (yesterday , 5:04 pm)
From : Unknown

Dia berasa pelik kenapa jinyoung tidak membaca mesej itu. Dia berasa bersalah untuk membaca mesej itu tapi apakan daya perasaan ingin tahunya lebih tinggi daripada perasaan rasa bersalah nya. Setelah beberapa saat berfikir akhirnya puan bae mengambil keputusan untuk melihat mesej itu.

From : Unknown

Takpa hari ni hari kau tapi lepas ni jangan harap kitaorang lepaskan kau

Puan bae terkejut sebaik saja dia selesai membaca mesej itu. Dia berasa tidak sedap hati mustahil hanya satu sahaja mesej seperti itu. Dia melihat ke mesej yang lama dan ternyata banyak lagi mesej mesej yang berbentuk ugutan yang datang daripada orang itu.

Puan bae yang terkejut terus meletakkan telefon itu di tempat asal. Hatinya tidak tenang , dia risau dengan keselamatan anaknya.

End Flashback

"Eomma!" seseorang menepuk bahu puan bae dan menyebabkan dia tersentak.

"Eh , jinyoung . Oh kamu semua pun ada" kata puan bae lalu tersenyum.

"Hi aunty!" balas daehwi , Woojin dan jihoon serentak.

"Kenapa jinyoung tengok Eomma ni termenung je dari tadi?" kata jinyoung menyoal puan bae.

"Hah , takda lah tadi eomma cuma fikir nak masak apa untuk makan malam nanti" bohong puan bae , dia tidak berniat untuk menganggu detik gembira anaknya itu .

"Dah jom balik" ajak puan bae dan mereka semua mengangguk lalu pulang bersama sama.

Dalam perjalanan puan bae tidak habis habis berfikir tentang jinyoung. Dia tertanya tanya siapa yang hantar mesej itu? Macam mana dia nak bantu jinyoung? Macam mana dengan keselamatan jinyoung? Dan banyak lagi persoalan yang muncul di mindanya.

TBC
Tak sangka dah chapter 38 , 2 lagi dan 40 puluh. Entah bila ff yang tak berapa nak best ni nak habis.

Vote and Comment
🙏🙏😊😊

[C] Let's Be Friend || JinHwiWhere stories live. Discover now