tiga

8.9K 497 8
                                    

SENYUMAN tak lekang di bibir apabila harinya berjalan dengan lancar seperti yang dia doakan semalam. Mia rasa seperti hendak menjerit saja. Terlalu teruja kerana akhirnya dia berjaya mendapatkan kerja.

Kaki melangkah keluar dari kereta Honda City pemberian papanya tahun lepas dan mengambil barang-barangnya yang berada di seat penumpang sebelum dia meloloskan diri .

Nombor Nathan didail laju . Tidak sabar ingin memberitahu lelaki itu tentang berita gembira yang satu itu.

" Sorry the number you— " voicemail. Laju Mia mematikan panggilan dan melangkah longlai masuk ke dalam rumah.

" Kenapa monyok je muka tu sayang? " Mia mematung di hadapan pintu rumah. Wajah diangkat dan matanya terarah pada satu figura yang amat dirinduinya.

" Nath! Oh god macam mana you boleh ada dekat sini " soal Mia sambil mengipas-ngipas wajahnya yang terasa hangat seperti hendak menangis itu.

" Sikit-sikit nak nangis , cengeng betul budak ni kan ma " Puan Medina yang sedang menghidangkan makan tengah hari itu hanya tersenyum segaris.

" Miss me sayang? "

Mia tidak membalas, sebaliknya tangan kecil itu memukul bahagian dada bidang Nathan. Sedikit pun lelaki itu tidak mengaduh kesakitan.

" Pukullah kalau itu yang buat you rasa tenang " ucapnya lembut.

" Benci! You jahat! Suka buat i macam ni . Ingat i suka ke you buat surprise terkejut-terkejut macam ni? Buatnya i tak balik awal tadi macam mana! " Dada lagi itu di pukul lagi kali ini Mia memukul berserta dengan tangisan.

" Shhh , i tak nak you menangis dah okay? This is your happy day right? Orang happy mana boleh muka comot-comot macam ni. Tak malu ke dekat mama? " Pujuknya. Tangan kekar lelaki itu mengesat pipi Mia yang basah dengan air mata.

Bibirnya mengukir senyuman lagi.

Tiba-tiba saja Nathan melutut di hadapan Mia dan mengeluarkan sesuatu daripada poket jeansnya membuatkan Mia menekup mulut kerana terkejut dengan perbuatan spontan lelaki itu.

4 tahun mereka bersama. Adakah ini Pengakhiran yang dia nantikan?

" Mia , i mengaku yang i dah banyak bazirkan masa you untuk tunggu i , mula mula master lepastu i terpaksa ambil alih syarikat daddy dekat Manchester pula. Tapi you, Mia Alissa. You setia menunggu i walaupun kita jauh , you boleh je nak putuskan hubungan kita dengan alasan you dah penat menunggu dan i faham. Siapa je yang sanggup nak bazirkan masa tunggu lelaki macam i, tapi Mia . You are different "

Air mata kembali bertakung ditubir mata.

" i tahu you penat tapi bila i ajak call you tak pernah tolak dan you selalu buat i tersenyum. I juga penat tapi bila dengar gelak dan ketawa you rasa penat i hilang macam tu je "

Nathan membuka kotak baldu yang berada di dalam gengamannya membuatkan Mia terkedu.

" Mia Alisa Darwin , i want to live with you . I want you to be apart of my life , will you marry me? " Air mata Mia mengalir deras di pipi , lidahnya kelu untuk berkata kata.

" Mia, I'm waiting " suara Nathan membuatkan Mia kembali ke realiti dan pantas gadis itu mengangguk laju .

Nathan melepaskan nafas lega dan bibirnya menguntum senyuman. Cincin yang berada di dalam kotak baldu tersebut dikeluarkan dan pantas disarungkan pada jari manis Mia.

" Thank you, Mia . I love you "

" I love you too "










To Be Continued,

Just nak bagitahu yang SNT adalah short-story jadi cerita ni takkan panjang mana pun. Stay tuned!

5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Where stories live. Discover now