tiga belas

6.2K 443 13
                                    

P/s : play media











Memori,

PUAN Medina tertunduk dan mendiamkan diri apabila disoal berkali-kali oleh Mia . Dia tidak mahu anak kesayangannya itu tahu tentang penderitaan yang di tanggungnya selama ini.

" Kenapa mama tak bagitahu Mia? Kenapa mama biar papa hidup bahagia dengan perempuan tu sedangkan mama menderita? " Puan Medina masih mendiamkan diri.

" Jadi selama ni mama tipu Mia? Mama kata papa outstation tapi sebenarnya dia balik rumah perempuan tu kan! " Mia terduduk lemah di sisi puan Medina.

" Mia, mama redha . Mama terima semua ni sebab mama sayangkan Mia , Mia perlukan papa " Mia menggelengkan kepalanya laju.

" Mama tahu tak hati Mia hancur bila tahu orang yang Mia sayang dah duakan mama? Dah duakan Mia? " Puan Medina sudah teresak-esak menahan tangis.

" Kenapa mama? Kenapa mama masih pertahankan papa lepas apa yang dia dah buat pada kita? Kenapa ma! " Suara Mia naik seoktaf.

" Mama tak nak Mia membesar tanpa ayah , mama tak nak Mia rasa apa yang mama rasa. Mama tak nak Mia sedih " Air mata Puan Medina mencurah-curah membasahi pipi.

" Lambat laun Mia akan tahu jugak ma , lambat laun semua pembohongan dia akan terbongkar jugak ma. And now i hated him for doing this to you! To us! " Mia meraup kasar wajahnya.

" Papa buat semua ni sebab dia nak tolong mereka, Mia "

Mia tersenyum sinis.

" Apa tolong ni hanya dengan kahwin je ke? Ma , kalau betul papa nak tolong dia orang tak perlu kahwin pun! Just give them what they want! Tapi kenapa mesti kahwin! "

" Mama tak tahu, Mia . Mama dah penat nak ingat lagi " Puan Medina tersenyum pahit.

" Sekarang ni siapa yang lagi penting dalam hidup papa? Mama , papa balik sini sebulan sekali je . Mia tak bodoh la nak percaya dengan alasan kerja tu! "

Puan Medina mengeluh berat.

" Apa salah mama pada papa sampai papa perlu duakan mama? Apa ma? Kenapa mama masih boleh tersenyum dan layan perempuan tu dengan baik sedangkan dia dah rampas suami mama? Dia dah rampas papa Mia, dia orang dah rampas kasih sayang papa dari Mia "

Kedua belah bahu Mia digengam erat.

" Mia ,please jangan macam ni sayang "

" Sampai mati Mia takkan maafkan, papa dengan perempuan tu. Sampai mati ma " Mia mencapai tas tangannya dan kunci kereta yang berada di atas meja.

" Mia nak pergi mana sayang? " soal Puan Medina cemas.

" Mia nak pergi ajar perampas tu pengajaran sebab dah rampas suami mama, kalau mama tak nak buat — fine, it's okay biar Mia yang buat! " enjin kereta dihidupkan dan Mia memandu laju ke rumah isteri nombor dua papanya.

Setibanya dia di hadapan rumah wanita itu . " Hoi perampas! Keluar kau sekarang! Aku kata keluar lah! " pintu rumah itu diketuk bertalu-talu.

" Eh Mia tak bagitahu pun nak datang, masuk lah— "

PANG!

" Itu sebab kau dah rampas papa aku "

PANG!

" Itu sebab kau dah sakitkan hati mama aku! "

Baru saja Mia ingin menampar wajah wanita itu untuk kali yang ketiga, tangannya di tahan oleh seseorang.

" Darwin , please jangan marah Mia " bela Puan Syafiqa.

" Kau tak payah nak pura-pura baik depan papa aku lah, tak payah nak bela aku . Aku benci kau perampas! Tak guna! "

PANG!

Mia terdiam.

" Abang! " Jeritan Puan Medina dan Puan Syafiqa bergema serentak.

" Papa tak pernah ajar kamu jadi kurang ajar macam ni Mia Alisa! Mana pergi respect kamu pada ibu? "

Mia tergelak sinis mendengar bicara papanya.

" Ibu? Sampai mati pun Mia takkan terima dia dalam hidup Mia . Mia benci dia! Mia benci papa! Sanggup papa tampar Mia sebab perampas ni! " Mia mengesat air matanya kasar.

" She's my wife and please respect her " Bibir Mia bergetar menahan amarah.

" She don't deserve to be respected , she took you from us . And you know what i hate the most? A liar and bitc— "

Hampir sahaja tangan Encik Darwin mengena pada wajah Mia namun perbuatan nya terhenti apabila Puan Medina menghalang .

" She's too much! " amuk lelaki itu .

" Jangan berani awak sentuh anak saya . Cukuplah awak dah hancurkan hati saya dulu,  jangan awak nak tambahkan lagi kekecewaan ni. Mia jadi macam ni pun sebab awak , mana janji awak pada saya Darwin? Mana janji awak sebelum awak berkahwin dengan Fiqa? " Encik Darwin terdiam .

Puan Medina memeluk erat tubuh Mia.

" Akak— " Puan Syafiqa ingin memegang lengan Puan Medina, namun pantas dihalang oleh wanita itu.

" Jangan setuh saya — awak Syafiqa , saya izinkan suami saya berkahwin dengan awak sebab saya simpati dengan nasib yang menimpa keluarga awak. Tapi awak lupa janji awak pada saya , awak ambik Darwin dari saya, awak ambik papa kepada anak saya "

Air mata puan Syafiqa mengalir di pipi.

" Darwin , tolong saya merayu dengan awak. Ceraikan saya "

Mereka semua terkedu.

Tak lama kemudian sebuah kereta Audi memasuki perkerangan rumah dan memakirkan keretanya di sebelah kereta Mia.

" Mi-Mia? Awak buat apa dekat sini? Ibu , kenapa ibu nangis? " Mia memejamkan matanya rapat.

" Jadi selama ni awak tahu? " soal Mia dingin.

" Tahu apa? " soal Syarief kehairanan.

" Tahu yang Ibu awak tu sebenarnya perampas! Dia rampas papa saya dan awak tahu? " Syarief terdiam.

" Wow , hebat awak ni kan? "

" Mia please, let me explain— "

" Explain apa lagi Arief? Cukup lah dengan segala penipuan ni. Saya benci papa dan ibu awak, saya benci awak! " dada bidang Syarief dipukul kasar.

" Mia please "

" Don't you ever dare to say my name , saya dah tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan awak . Kita putus tunang , and we are not getting married " semua yang berada di situ terkedu mendengarnya.

" Mia jangan macam ni please , bagi saya peluang — "

" No Arief , please . Tak ada apa lagi yang saya nak dengar daripada awak. Saya tak boleh nak terima orang yang penipu macam awak dan papa dalam hidup saya lagi "

Tangan puan Medina di tarik menuju ke kereta.

" Mulai hari ni , saya tak kenal awak semua. Saya tak kenal papa yang penipu dan juga kekasih dan cinta hati saya yang juga seorang penipu , thanks for everything "

Mia masuk ke dalam kereta dan menekan pedal minyak , kereta dipandu keluar daripada kawasan perumahan tersebut.

" Mulai harini , Mia cuma ada mama je "





MIA terjaga daripada lenanya , dan dia menangis teresak-esak kerana peritnya secebis memori itu .

Terlalu perit.

5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Where stories live. Discover now