lima belas

5.2K 363 13
                                    

MIA melepaskan tangisannya sebaik sahaja dia masuk ke dalam perut kereta. Hatinya hancur kerana perbuatan Nathan , Dia juga terpaksa menolak Syarief kerana ingin bersama Nathan. Tapi semuanya musnah Gara-gara nafsu mereka.

" Bodoh! "

Stereng kereta dihentak kasar. Cincin yang tersarung di jari manisnya di perhati lama sebelum di cabut dan di campak ke dalam dashboard.

" Orang dah tak nak buat apa kau menangis lagi Mia? Kenapa kau lembab sangat? Apa yang aku dah buat dekat Arief? " Mia meraup kasar wajahnya.

Pantas kereta di pandu ke hospital yang menempatkan Syarief . Sebaik sahaja sampai di sana, Mia terus berlari ke arah wad yang di beritahu oleh Ain .

Dari jauh kelihatan Ain dan Paan yang sedang menunggu di luar wad.  Wajah yang mereka pamerkan membuatkan jantung Mia berdegup kencang.

" Apa dah jadi? Kenapa dengan Arief? "

Ain mengeluh.

" Dia freakout bila tahu kau balik KL , pagi tu juga dia drive balik KL. Tapi bila sampai dekat area pejabat tunang kau dia tiba-tiba passed out . Dah dekat 20 minit doktor dekat dalam sana " terang Ain yang nampak seperti sedang menahan air mata dan ditenang kan oleh Paan .

" Arief ada sakit apa-apa ke? " soal Mia membuatkan keduanya membatu.

" I've no right to tell you about that. Kalau kau nak tahu kau kena tanya abang Arief sendiri " Mia Menggangguk perlahan.

Tak lama kemudian Doktor dan nurse keluar daripada wad yang menempatkan Syarief dan doktor itu menuju ke arah mereka.

" Macam mana dengan Arief, doc? " Soal Mia. Lelaki itu mengeluh berat dan memandang wajah mereka satu persatu lalu berhenti pada wajah Mia.

" Awak Mia? " gadis itu mengangguk perlahan.

" Before that , did she know about Arief condition? Ain? Paan? " Keduanya menunduk memandang lantai.

" Aku dah agak dah " gumam Doktor lelaki itu .

" Macam ni lah, Mia . I broke my promise sebab aku dah tak sanggup nak simpan lagi. He suffer a lot , he needs you and your support " Dahi Mia berkerut.

" Ke-kenapa awak cakap macam tu? kenapa dengan Arief? Is he okay? " soal Mia  bertubi-tubi.

Ain sudah menekup mulutnya menahan tangis.

" Just now , he's unconscious . He was diagnosed with heart failure two years ago , kami dah lama nak oprate dia but we don't have a heart donors "

Lutut Mia terasa lemah. Laju saja tubuh itu jatuh melorot ke lantai.

" Ta-tak , awak mungkin dah silap orang ni. Arief tak sakit! Dia sihat , saya yakin! " Doktor lelaki yang malas mahu berbalah dengan itu melangkah ke arah pintu wad Arief dan membukanya.

Terus anak mata Mia tertancap pada sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas katil itu bersama ventilator dan monitor pluse di sisi katilnya.

Wajah itu,

Mia menghampirinya.

" A-arief? "

Sepi . Tiada sahutan darinya. Tiada senyuman yang terlakar di wajah manis itu. Yang tinggal hanyalah wajah beku dan tak beriaknya. Kaku.

" What i have done? " Mia mencium lembut tangan kekar lelaki itu.

" Arief , saya— saya dah ingat semuanya. Saya dah ingat apa yang jadi. Saya dah tahu kenapa kita end up macam ni. Saya — saya dah tahu . Bangun lah!  Saya ada banyak benda nak tanya awak ni! " bahu lelaki itu di goncang lembut.

" Mia " Panggil Ain.

" Kau tahu kan yang sampai bila-bila pun abang hanya cintakan kau je? " Mia angguk.

" Jadi kau masih nak bersama Nathan? Habis abang aku macam mana? Kau tak kesiankan dia ke? Dia cari kau macam orang gila, dia tahan perit sakit dia sorang-sorang and he still survive until now semata-mata sebab kau but kau masih nak dekat Nathan? Mia you're so selfish "

Mia hanya membatu.

" Setiap hari Mia, setiap hari dia tak berhenti cari kau. Bila dia dah jumpa kau , tak ada sehari pun yang dia akan miss untuk pergi tengok kau walaupun dari jauh. Walaupun hati dia sakit sebab tengok orang yang dia sayang keluar dengan lelaki lain " Dada Mia terasa sesak. Matanya mula berkaca-kaca.

" Aku tengok dengan mata aku sendiri Mia, aku nampak semua benda yang dia buat dekat kau . Even mak kau pun tahu pasal ni tapi abang Arief tegah dia supaya tak bagitahu kau. Dia kata dia sendiri nak bagitahu kau. Dia sendiri akan jumpa kau dan jelaskan semua. Setiap bulan dia masukkan duit dalam account kau, bukannya Nathan! " Mia terduduk lemah di atas kerusi di sisi katil Syarief.

" Kami dah putus . Dan saya tak akan bercerai dengan Arief. Saya akan jaga dia, saya nak berada di sisi dia. Saya nak tebus salah saya " bicara Mia bersama esakkan halus.

" Syukurlah , tapi selagi kita tak jumpa penderma organ untuk abang kita takkan tahu sampai bila dia mampu bertahan " Beritahu Ain dalam nada kerisauan.

" Doakan yang baik-baik, Ain.  Saya yakin Allah akan bantu kita. Saya yakin Arief akan kembali sihat macam dulu " Mia tersenyum hambar.

Because of you , my soul eager to live.

Mia menggengam erat tangan lelaki itu dan berdoa supaya dia akan sedar dan pulih seperti sedia kala. Tak betah Mia melihat Syarief yang terbaring kaku itu. Dia rindukan usikan lelaki itu , dia rindukan suara dan senyumannya. Dia rindukan kata-kata semangat Syarief .

You won't leave me, aren't you?

Sepi

" Mia , i wish that i could have a power to stop the time from ticking away . I don't want to end this "

Mia memejamkan matanya rapat.

" Mia , will you love me even though we are not in the same world? "

Mulut Mia terkunci, air mata dibiarkan mengalir di pipi.

" I love you until my last breath . Mia Alisa , will you marry me and spent our live together until we die? "

Mia sudah teresak-esak di sisi Syarief apabila dia teringat semula kenangan-kenangan manis mereka.

" I will marry you, and always be with you through thick and thin until the last breath , Syarief Hauzan. Demi Allah "

Pipi Syarief yang sejuk itu dicium lama sebelum Mia bangun dan melangkah keluar daripada wad.

" Mi-Mia? " Sapa seseorang membuatkan Mia menoleh ke belakang.

Mia terkedu.



Nanti sis kasi plot twist HAHAGAGAGAH😂😋

5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Where stories live. Discover now