enam belas

5K 330 13
                                    

MIA membuka perlahan-lahan matanya. Rasa sakit yang mencucuk-cucuk di bahagian kepala membuatkan dia kembali memejamkan mata.

" Mia , kau dah sedar? " Soal Dairin yang berdiri di sebelah katil Mia. Gadis itu memerhatikan sekelilingnya , dan otak cuba memproses kembali perkara terakhir sebelum dia berada di situ.

" Ma-macam mana aku boleh ada dekat sini? Arief mana Rin? Aku nak jumpa Arief " kening Dairin terangkat sebelah .

" Mia , kau dah mabuk ke kau gila? Siapa pulak mamat nama Arief ni? Kau tu pakwe pun tak ada! Celah mana datangnya Makhluk bernama Arief? " Dahi Mia berkerut.

" Rin , mana Arief? Kenapa aku boleh ada dekat sini? " Soal Mia lagi.

Dairin mengeluh berat.

" Mia Alisa ,  sebelum aku pecahkan kepala kau lebih baik kau berhenti tanya pasal lelaki yang aku tak kenal. Dah 6 bulan kau koma! So aku nak tanya celah mana datangnya lelaki nama Arief ni? Kau tu kawan lelaki pun tak ada tau! " Lagilah Mia rasa macam nak gila.

Apa semua ni?

" Koma? "

" Ye , koma! 6 bulan lepas kau accident . Sebulan lebih kau duduk dalam ICU lepas keadaan kau dah stabil baru doc pindahkan kau dekat wad biasa " Mia tersandar lemah pada kepala katil.

" Rin , aku belum kahwin kan? "

Dairin menepuk kasar dahinya.

" Weh bongok! Kau kan eiiii , berapa kali aku nak kena ulang. Kalau pakwe pun kau tak ada macam mana kau nak berlaki? Sudah lah Mia , penat aku nak melayan otak tak empok kau ni, tak pasal-pasal aku pulak yang koma nanti " Balas Dairin kegeraman.

Mia berjeda lama.

Jadi aku bermimpi?

Semuanya hanya mimpi?

" By the way , kau lapar tak? Aku ada beli subway ni " Bungkusan plastik itu dihulurkan kepada Mia .

" Rin , sekarang tahun apa? "

" Tahun babi "

Mia memberikan muka tak beriak. Kelakor ke setan?

" Betul lah , tahun ni tahun babi , 2019 "

" Oh , tapi serious lah kau tak tahu siapa Arief? Ain? " Dahi sepupunya itu berkerut apabila Mia menyebut nama seorang lelaki dan perempuan yang sangat asing dan tidak pernah di dengarinya.

" Sumpah , Mia . Kalau kau tak percaya biar aku scroll satu-satu contact number kau. Aku tak pernah jumpa lagi lelaki nama Arief sepanjang 23 tahun aku hidup ni. Siapa dia sebenarnya? Banyak kali jugalah aku dengar kau meracau dalam koma sebut nama dia " soal Dairin kehairanan.

" Arief , dia suami aku . Takkan selama ni aku bermimpi , Rin? " Dairin angkat bahu.

" Aku rasa kepala kau ni terhantuk kuat sangat kot. Kau mana kahwin lagi , kau dah lupa ke? Pakwe pun kau tak ada celah mana tiba-tiba datang suami? Tapi aku rasa tak mustahil yang semua tu mimpi , ye lah sampai 6 bulan koma apa je yang kau buat tidur lama lama sangat? "

Mia terdiam .

" Ain pun kau tak kenal? "

" Mia , kenapa dengan kau ni? Siapa pulak Ain ni? Sepanjang kita dekat U kawan kau ada sorang je, dan orang tu ialah aku. D-a-i-r-i-n " Dairin picit kepalanya yang tiba-tiba terasa berdenyut-denyut .

" Aku rasa kau dah tak waras. Tu la siapa suruh koma lama-lama . Tunggu sini , aku pergi panggil Doktor sekejap " Dairin berlalu pergi meninggalkan Mia yang terkebil kebil sendiri.

Selepas Dairin melangkah pergi, Mia melepaskan nafas lega. Syukurlah kalau semuanya hanya mimpi semata-mata.

But it's feel so real ...










Jeng jeng jeng 😂😂 gempak tak plot twist sis kasi 😭😂😂 hidup Mia macam simple sgt jadi apa kata kita complicated kan sikit agagaagaga.

5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin