dua belas

6.3K 443 29
                                    

MIA hanya turutkan sahaja kehendak Syarief yang mengajaknya melakukan pelbagai jenis aktiviti di sana . Pergi pantai lah, hiking lah , diving lah. Non-stop!

Dia juga tidak menafikan bahawa Syarief sering membuatkan bibirnya mengukirkan senyuman . Setiap tingkah lelaki itu , setiap kata yang keluar daripada mulutnya memberikan kesan kepada Mia.

Mengapa waktu dia bersama Nathan dia tidak merasakan perasan yang sama? Mengapa dia tidak sebahagia sekarang?

" Mia , petang nanti kita pergi sana nak? " Jari telunjuk Syarief dihalakan ke arah sebuah pulau .

" Buat apa? "

" Orang kata seafood dekat sana sedap-sedap. Kau suka seafood kan? " Mia hanya mengangguk perlahan dan menurut sahaja.

Seperti yang mereka rancangkan, Mia dan Syarief menaiki bot ke pulau tersebut untuk menikmati makan malam bersama.

" Have a seat please " Pelawa Syarief dan mereka duduk di meja yang betul betul berada di tepi pantai. Kebetulan pada waktu itu matahari terbenam tepat pada waktunya.

Bayu laut menampar lembut wajah Mia dan menyebabkan rambut gadis itu berterbangan.

“ I'm promise , nanti aku bawak kau tengok sunset . Kita makan tepi pantai , makan seafood . Kau suka seafood kan? ”

Mia menyentuh perlahan kepalanya yang tiba-tiba berpusing.

Suara itu.

Kalau kau lupa aku , aku harap kau tak lupa kenangan kita

Kenangan kita?

" Mia? Kau okay ke tak ni? " suara Syarief membuatkan Mia tersentak dan kembali ke realiti.

Kepala diangguk perlahan.

" Jom makan , it's your favorite dish kan? " Mia memandang ke arah hidangan yang terhidang di hadapannya.

Tadaa! Harini aku masak khas untuk kau, seafood pappardelle and Garlic butter salmon

Hidangan tersebut dipandang lama sebelum Mia mengangkat wajahnya dan menatap seraut wajah yang turut memandang ke arahnya.

Apapun masakan yang awak masak , semua saya suka!

" Kenapa semua ni macam — pernah saya alami? "

Syarief mendiamkan diri.

Tangan lelaki itu memotong salmon tersebut kepada kepingan kecil dan blackpaper sauce dituangkan diatasnya.

" Makan je okay? Jangan fikir sangat " Garfu lelaki itu mencucuk salah satu slice salmon yang sudah dipotong kecil tersebut dan disuakan ke arah Mia.

" Kenapa makin hari kau nampak makin kurus ni?  Mesti kau selalu skip makan kan? "

Mia tersentak.

You look so skinny my dear , lain kali jangan nak skip makan . And don't worry aku akan masak and hantarkan bekal dekat kau okay?

5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Where stories live. Discover now