Sebelas

6.2K 411 11
                                    

MIA melabuhkan punggungnya di atas pasir pantai dan matanya menghadap ke arah matahari yang semakin tenggelam. Bayu pada waktu itu menampar lembut wajahnya dan membuatkan tubuhnya sedikit kedinginan.

Every sunset tells story , and ours is the saddest of them all .

Hari demi hari , hatinya semakin keliru . Dia keliru tentang hubungannya bersama Syarief dan juga hubungannya bersama Nathan. Andai kata dia harus membuat pilihan, siapa yang akan dipilih ?

Nathan atau Syarief?

Lagi dua minggu mereka akan berpisah secara rasmi di mahkamah. Lagi tiga minggu dia akan bernikah dengan Nathan.
Mia meraup kasar wajahnya.

Serabut!

Kalau boleh dia mahu lari daripada semuanya , tapi dia tahu yang lari takkan dapat menyelesaikan masalah. Malah membuatkan semuanya nenjadi lebih parah adalah.

" Kenapa ya Allah? Kenapa? " Gumam Mia perlahan.

" Nampak macam besar je masalah. Tak nak kongsi? " Sapa satu suara yang tidak asing bagi Mia , siapa lagi kalau bukan Syarief.

" Nothing , saya cuma serabut . Semua yang jadi terlalu mendadak dalam satu masa , i don't even know if i can go through it or not " Mia tersenyum kelat.

" Of course you can. Look kalau kau tak boleh go through semua ni aku rasa daripada awal kau dah buat something yang bodoh. Contohnya bunuh diri " Mia tercengang.

" Saya ada iman okay , saya tahu dosa pahala. Takkan lah sebab satu masalah saya nak kena bunub diri? Useless " Syarief mengangguk tanda setuju.

" Aku kata contoh , Mia . Aku tahu kau belum cukup bodoh lagi nak buat kerja gila tu " Sambung Syarief .

Mia diam. Lama dia perhati wajah lelaki itu dan berhenti apabila Syarief berdehem beberapa kali.

" Awak dah okay? Ain kata awak tak sihat? Kalau tak sihat kenapa turun? Angin petang macam ni sejuk, nanti sakit siapa susah? Awak jugak! " Bibir kecil gadis itu membebel sambil tangannya lincah membuka selendang yang membaluti tubuhnya dan di balut pula pada tubub Syarief yang hanya memakai T-shirt lengan pendek dan seluar jeans itu.

" Aku okay Mia , macam yang kau nampak. Kalau aku tak okay, aku tak ada dekat sini. Maybe aku ada dekat hospital ke ICU ke " peha lelaki itu di cubit perlahan .

" main-main lagi, saya serius ni "

" Aku pun serius ok . Perangai kau ni dari dulu sampai sekarang memang tak pandai nak berubah kan? Jaga diri sendiri tu dulu baru jaga orang lain. Habis kalau kau sakit, siapa yang susah kalau bukan aku? " Syarief menjungkitkan sebelah keningnya.

Selepas itu masing masing berjeda. Pandangan dilemparkan ke arah matahari yang hampir tenggelam. Cantik yang tak terkata.

" Alang-alang kita dekat sini, apa kata kita survey tempat yang best-best untuk kau honeymoon dengan Nathan. Nak? " Syarief bersuara setelah lama dia diam.

" Menarik juga idea awak tu . Okay saya ikut! " Mia tersenyum nipis .

" Okay Jom , hari dah nak malam tak elok lama-lama duduk dekat sini. Kita pergi makan lepas tu kita sambung jalan jalan sikit dekat pekan " Syarief bangun dan menghulurkan tangannya je arah Mia untuk membantu gadis itu berdiri.

Huluran tersebut dipandang lama oleh Mia

" Kita masih suami isteri , bukannya berdosa pun kau nak sentuh aku " Lambat-lambat Mia menyambut huluran tersebut.

Mereka berjalan beriringan menuju ke arah kedai yang berhampiran dengan pantai tersebut.

" Arief, awak tak ada girlfriend ke?  Ye la orang handsome macam awak ni kan selalu jadi pujaan hati oranv ramai " Pantas Syarief menggelengkan.

" Aku tak nak sesiapa , aku cuma minta orang yang aku sayang dan yang paling bermakna dalam hidup aku balik semula " tutur lelaki itu lalu keluhan berat dilepaskan.

" Saya— " Bicara Mia terhenti apabila telefonnya berdering. Laju tangan mengeluarkan telefonnya dari dalam poket cardigan dan melihat nama si pemanggil.

Nathan.

" Saya minta diri sekejap " Syarief mengangguk.

Mia bangun dan menuju ke arah pantai dan menjawab panggilan tersebut.

" Hello Nath? " Sapa Mia.

" Oh god!  Finally you jawab pun! You pergi mana sayang? Mama bagitahu i yang you pergi Langkawi sebab nak survey temoat untuk wedding is it true? " Nathan terus menerjahnya dengan bermacam-macam soalan.

" Yes i— "

Nathan memintas.

" Mia , you tak perlu nak susahkan diri pergi sana apa semua okay? Kita akan buat wedding kita dekat KL and i dah book tiket honeymoon ke Perth . Langkawi tu ada apa je sayang? " Mia kemam bibir.

" Well i cuma nak tenangkan fikiran and have fun dengan kawan-kawan i sebelum kita kahwin. Please let me okay? "

Terdengar Nathan  mendengus geram di hujung talian.

" fine, as you wish. I call cuma nak bagitahu yang i akan balik hujung minggu depan , sebab company papa dekat KL ada masalah . Nanti kita jumpa Okay . Keisya also told me you look pretty on our wedding dress. I can't wait to see you waktu hari pernikahan kita nanti "

Mia kemam bibir.

Why on earth kena mentioned pasal Keisya? And she keep texting Nathan? Dari haritu lagi. It's annoying. Tak habis-habis Keisya, Keisya, Keisya!

" Okay got to go now " celah Mia.

" Take care , baby " Nathan terus mematikan talian. Mia menahan rasa geram dan berjalan menuju ke arah Syarief.

" What's going on? " Mia menggelengkan kepalanya perlahan.

" Kita makan dulu okay? Saya tak ada mood nak cakap pasal tadi " Syarief mengiakan sahaja dan mereka mula menjamu selera.





To be continued,


5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Where stories live. Discover now