dua puluh satu

5.7K 347 16
                                    

" HARRIS dah bagitahu Mia perkara yang sebenar. Maafkan Ris pa , maybe i shouldn't — " Bahu lelaki itu ditepuk perlahan oleh Dato Ibrahim. Sejujurnya dia yang perlu menceritakan kesemuanya kepada Mia bukannya Harris .

" Harris! " Khairul melaung kuat nama Harris dan berlari anak ke arah mereka bersama dengan inspektor Ashraf di sisinya.

" Aku dengar inspektor Ashraf dah check cctv taman. Sekarang kita tengah cuba untuk trace lelaki yang cuba nak bunuh kau tu " Harris tergamam.

" Apa? Bunuh aku? Bukan dia nak bunuh Mia ke? " Laju Ashraf menggelengkan kepalanya.

" Mia kebetulan ternampak lelaki itu jadi di pergi lari lepastu peluk kau dari belakang sebab dia nak selamatkan kau daripada kena tikam " Harris meraup kasar wajahnya.

" Cari bangsat tu sampai dapat. Aku takkan biarkan dia hidup aman kalau terjadi apa-apa pada Mia " Khai tunjuk muka pelik.

" Kau dah kenapa buat muka macam tu? " Dato Ibrahim meminta diri dan masuk ke dalam wad yang menempatkan Mia kerana tidak mahu masuk campur dalam urusan mereka.

" Kau ni pelik lah Harris, bukan ke tadi kau punyalah marah sakan dekat Mia. Sekarang ni caring pulak? Kau betul-betul ada bipolar ke apa? " Harris kemam bibir mahu saja dia debik si Khairul tu.

" Aku sihat walafiat . Aku ada sebab kenapa aku buat macam tu dekat dia "

" Apa? Sebab dia adik tiri kau? Kau benci dia? Kau nak balas dendam? Mana satu Harris? " Harris mencerlung tajam ke arah Khai.

" Aku debik kau karang "

" Eh sudahlah! Ris, aku nak kau ikut aku buat report lepas Mia dah sedar nanti baru kita boleh ambil keterangan dari dia " celah Ashraf.

" Okay lah kalau macam tu, thanks bro! " Ashraf berlalu pergi.

" Kita belum settle eh "

" Ya Allah ,apa lagi masalah kau ni setan? " Soal Harris geram.

Khai tersenyum mengusik " Kau sebenarnya ada hati dekat Mia kan? Baik kau mengaku cepat! " tebak Khai.

Harris mengipas-ngipas wajahnya. Lama dia perhati buku lima dia berganti-ganti dengan muka Khai.

" Aku dah lama tak belasah orang kalau kau nak tahu. Kalau kau nak rasmi kan penumbuk aku dengan bebesar hatinya aku rela hati nak bagi " Khairul tersengih.

Mereka berjeda.

" Kau rasa Mia akan okay ke tak " Soal Harris setelah lama mendiamkan diri. Kepalanya disandarkan pada dinding yang menghadap ke arah pintu wad Mia.

" Doc cakap apa? "

" luka dia boleh tahan dalam jugak. Darah dia banyak hilang tapi tadi doc kata dia dah stabil tapi kenapa dia tak sedar sedar lagi? Dah lebih 12 jam! " Harris meraup kasar wajahnya.

" Kau risau kan dia? "

" tak pernah sehari pun dalam hidup aku tak terdetik untuk tak risaukan dia " balas Harris dingin.

" InshaAllah , esok lusa dia bangun la tu " bicara Khai yang hanya sekadar ingin menyedapkan hati Harris .

MIA membuka mata dan perkara pertama yang menyapa pandangannya ialah susuk tubuh Harris yang sedang lena di sisinya. Mia cuba untuk bergerak namun pergerakan terhenti apabila tangan Harris menggengam erat tangan.

Mia statik. Bimbang jika dia bergerak lelaki itu akan tersedar.

" Mama, kenapa Mia hidup lagi? Mia dah penat nak susahkan orang sekeliling Mia. Mia tak suka hidup dengan perasaan simpati mereka " Rintih Mia dalam hati.

5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora