lima

7.7K 474 25
                                    

LAMA lelaki itu mendiamkan diri dan merenung ke arah sijil nikah yang berada di dalam gengaman nya .

" Tak sangka aku dah kahwin sebenarnya " kata-kata Syarief membuatkan mulut Mia ternganga. Bukankah Sepatutnya lelaki itu akan mengamuk tak pun mempamerkan riak wajah yang serabut sepertinya?

" This is not a joke okay , please tell me that certificate was fake " Syarief mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor seseorang.

" Ya , lebih kurang macam tu lah " Mia menjeling ke arah Syarief yang sedang bercakap dengan seseorang di talian.

" Okay bro, thanks " keluhan kecil dilepaskan.

" One of my friends , peguam syariah and he said that our marriage is legal . Dia baru check tadi " Mia hampa! Dia betul betul rasa nak menangis nmdan meraung di situ juga!

" Ma-macam mana kita boleh kahwin? Saya tak ingat langsung apa yang jadi? Awak pun saya tak kenal " Syarief hanya membatu dan memerhatikan gadis di hadapannya.

" Aku pun tak sangka yang aku akan ada isteri " Syarief tergelak kecil, rasa lawak pula. Dia sendiri beria bagitahu semua orang yang dia tidak mahu berkahwin dan ingin menikmati hidupnya bersama dengan ahli keluarga yang tercinta dan pada hari ini tuhan telah menemukannya dengan seorang gadis juga merangkap isterinya yang sah.

" ceraikan saya " permintaan Mia mengundang tawa Syarief.

" Dan kau nak bagitahu apa dekat mahkamah nanti? " Mia terdiam. Ada betulnya juga , dia tidak ingat apa apa tentang apa yang berlaku sehingga mereka boleh menikah. Rela ke terpaksa ke , atau mungkin kena tangkap basah?

Kalau kes ini di bicarakan di mahkamah , tentu mama dan papanya akan mendapat malu.

" Awak tak ingat apa apa ke? I mean macam mana kita boleh menikah sedangkan saya tak ingat langsung apa yamg jadi dulu? " soal Mia ingin tahu dan dia perlu tahu.

" Kita kena tangkap basah " rahang Mia jatuh dua inci apabila mendengar apa yang diberitahu oleh lelaki itu.

" Tak-tak mungkin " nafi Mia.

" Kau nak nafikan ke tak itu hak kau tapi ini lah kebenaran yang kau nak tahu sangat tu " Syarief melemparkan pandangan ke arah pantai yang luas terbentang di hadapannya.

" Ta-tapi kita tak buat apa-apa kan? Saya yakin saya belum cukup bodoh nak buat kerja terkutuk tu " Mia sudah teresak-esak di situ. Kebenaran amat menyakitkan.

" Takkan kau tak ingat apa-apa langsung? " pantas Mia menggeleng dan membuatkan Syarief mengeluh berat.

" Kita kena perangkap tapi kau dan aku setuju nak kahwin sebab kau taknak parents kau tahu yang kita kena tangkap basah " Mia memicit kepalanya.

Kenapa tak ada satu pun memori tentang kejadian itu yang terselit dikotak memorinya?

" Saksi? Kita kahwin mesti ada saksi kan? Kita minta tolong dia " Syarief berdecit.

" Salah seorang daripada saksi kita baru je meninggal semalam, ni aku baru lepas balik dari majlis doa selamat dekat rumah dia . Yang Wadi pula ada dekat Edinburgh " beritahu Syarief tenang.

" Whatever it is , saya nak kita berpisah. Saya akan berkahwin tak lama lagi. Apa yang saya nak jawap dekat tunang dan mama saya? " Mia meraup kasar wajahnya.

Pada mulanya Syarief hanya buat tak endah dengan tangisan gadis itu , namun dia masih punya hati dan peri kemanusiaan .

" Stop crying , okay fine i will help you . Kita sama-sama cari jalan keluar okay? Stop crying now sebab kau buat aku nampak macam lelaki jahat tahu tak? " Syarief mencebik geram apabila mata-mata yang berada di dalam cafe itu memandang sinis ke arahnya.

" Thanks, and sorry "













To Be Continued,

5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Where stories live. Discover now