sembilan

6.3K 460 26
                                    

P/s : Play media ;)



LUGGAGE ditolak ke arah Syarief yang sedang berdiri di hadapan Paan dan Ain. Masing-masing sudah bersiap sedia dengan bag pakaian dan bantal kerana perjalanan akan mengambil masa yang lama.

" Okay let's go " baru saja Mia ingin membuka pintu penumpang Paan terlebih dahulu menghalang.

" Em Mia , kau temankan Syarief boleh? Biar aku duduk belakang dengan Ain. Please? " rayunya beria begitu juga Ain dan mata Mia jatuh ke arah Syarief yang hanya memerhatikan mereka bersama wajah yang tak beriak.

Jam dikerling sekilas.

" Okay fine " Jawab Mia ringkas kerana dia malas untuk bertikam lidah dengan lebih lama di situ memandangkan mereka sudah lewat untuk bertolak.

Semua masuk ke dalam kereta dan berjeda seketika sehinggalah Syarief bersuara dan kereta yang dipandunya masuk ke lebuh raya.

Tak sampai 20 minit kereta bergerak , Paan dan Ain sudah pun melayari alam mimpi . Siap ada dengkuran lagi.

" Memekak betul dia orang ni " Gumam Syarief geram. Mengganggu ketenteraman orang nak berdating saja!

" Ala biarlah. Mesti dia orang penat berkemas tadi " Syarief ketawa sinis.

" Aku yang kemas barang barang dalam kereta ni dan aku yang drive dari rumah tadi, bukan Paan " Syarief menjeling Paan melalui cermin pandang belakang.

" Penat? Kalau penat berhentilah dekat mana-mana r&r dulu. Biar saya yang bawak " wajah Syarief yang kelihatan agak pucat itu diperhati lama. Risau pula nak bagi dia bawa.

" Tak , aku boleh drive lagi. Nanti kalau aku penat aku boleh tukar dengan Paan . Ni nak pergi sana kau dah tahu ke dia orang duduk mana? " dalihnya.

" Tak , entahlah . Saya ingat nak redah je , tapi haritu Keisya ada bagitahu yang kawan dia pernah nampak Iqbal dekat pantai cenang "

Dahi syarief berkerut.

" Keisya? Keisya Adiya? Sejak bila kau berkawan dengan dia? " soal Syarief kehairanan.

" Hai , kata lebih dari kenal takkan kawan baik saya dari sem 1 dekat uni pun awak tak tahu? " makin menjadi-jadi kerutan di dahi Syarief .

" Sejak bila pula kau rapat dengan dia dari sem 1? " Mia kemam bibir.

" Tak tahu apa-apa diam lah " balas Mia geram.

" Boleh bagitahu aku kenapa kau beria sangat nak cari Iqbal dengan Anna? Kita dah nak bercerai dah pun , so apa kaitan dengan diorang? " Mia yang berada di sebelahnya di jeling sekilas.

" By hook or by crook saya tetap akan cari dia orang. Saya nak tahu kenapa dia orang sanggup buat macam tu dekat kita. Awak tak rasa nak tahu ke kenapa mereka buat kita macam ni? " Mia berpeluk tubuh.

Syarief menggelengkan kepalanya perlahan.

" Tak , sebab aku tahu yang Allah tu dah aturkan yang terbaik untuk aku. Benda dah jadi , kalau kita tahu sebab dia pun bukannya kita dapat putar balik masa untuk halang benda ni terjadi right? "

Mia kemam bibir. Bicara Syarief yang begitu selamba dan lembut itu membuatkan hatinya semakin menjerit-jerit untuk mencari kembali ingatannya yang hilang itu.

Tiba-tiba Syarief menaikkan volume radio dan dia bernyanyi-nyanyi dengan suara yang sangat perlahan .

It turns out freedom ain't nothing but missing you

Wishing I'd realized what I had when you were mine

I'd go back to December, turn around and make it all right

I go back to December all the time

Mia tersentak . Dia ingat lagu tersebut . Lagu yang selalu muncul di dalam mimpinya dalam versi seorang lelaki yang sedang menyanyikan nya bersama bunyi alunan melodi daripada piano.

These days I haven't been sleeping
Staying up playing back myself leaving
When your birthday passed and I didn't call
And I think about summer, all the beautiful times

Syarief menoleh ke arah Mia , lalu segaris senyuman kecil terukir di bibirnya

I watched you laughing from the passenger side

Lelaki itu menarik nafas nya dalam , matanya dipejam seketika dan di buka kembali . Senyuman yang tadinya kelihatan manis kini bertukar menjadi senyuman pahit.

And realized I'd loved you in the fall

And then the cold came, the dark days when fear crept into my mind

You gave me all your love and all I gave you was goodbye

Tiba-tiba Mia rasa sebak, seperti ada sesuatu yang memukul dadanya. Seraut wajah di sebelahnya di perhati sedalam-dalamnya. Hatinya meronta-ronta menginginkan kembali ingatannya.

Wajah itu seperti sudah lama tersakiti. Seperti sudah lama menunggu , sudah lama mencintai , sudah lama berharap agar cinta itu kembali kepadanya.

Maybe this is wishful thinking
Probably mindless dreaming
But if we loved again I swear I'd love you right

I'd go back in time and change it but I can't

Dan selepas baris ayat terakhir itu, Syarief mendiamkan diri. Tanpa Mia sedari, air mata lelaki itu mengalir di pipi.

I need you Mia ,











To Be Continued,

Tak jamin happy ending huhu😭

5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Where stories live. Discover now