dua puluh dua

5.4K 304 13
                                    

|| Jangan play media dulu



VILLA milik Toh Puan Izzati yang tersegam indah di hadapannya dipandang lama sebelum segaris senyuman nipis terlakar dibibir merah jambunya. Rasa rindunya pada mereka hanya tuhan saja yang tahu.

Langkah diatur dengan penuh berhati-hati menuju ke pintu villa di mana dirinya disambut meriah oleh sepupu-sepupu Dairin sebelah mamanya .

Nafas berat dihela.

Tak sangka pada hari itu Dairin akan menamatkan zaman bujangnya. Lepas ni dah tak boleh la nak ajak dia lepak selalu.

Seperti tiada seorang pun yang perasan akan kehadirannya kerana sibuk menguruskan persiapan jamuan untuk majlis nikah , Mia meneruskan langkahnya menuju ke bilik Dairin yang berada di tingkat satu .

Pintu bilik di tolak perlahan .

" Ida , mana pin nya? " Soal Dairin yang sedang duduk di hadapan meja solek bersama seorang mak andam.

Mia menyandarkan tubuhnya pada dinding sambil memerhatikan sepupu kesayangannya itu lama sebelum dia mula bersuara.

" Rin "

Dairin yang sudah hampir siap disolek itu terus bangun daripada duduknya dan menoleh ke arah pintu di mana Mia sedang berdiri dengan penuh santai memerhatikannya . Laju Dairin menepis tangan Kak Azu yang sedang menyoleknya dan berlari ke arah Mia lalu memeluk tubuh gadis itu erat.

" Miaa! Mana kau pergi? Sampai hati kau buat aku macam ni, aku ingat kau takkan datang tengok aku kahwin . Eeeeee kau suka buat orang rasa tak keruan kan? Aku bakar kau jadi kambing golek nanti baru kau tahu " Bebel Dairin bersama mata yang sudah berkaca-kaca.

" Hey , jangan la nangis hancur make up kau nanti. Aku pergi tiga bulan je pun bukannya tiga tahun "

Pap!

" Pergi macam tu je tak bagitahu pergi mana dengan siapa , telefon tak on , siapa tak risau! " Dairin bercekak pinggang.

" Okay-okay fine aku salah, now kau duduk dulu habiskan make up tu " Mia menarik tangan Dairin ke arah meja solek .

" Siapa je tahu kau dah balik? "

Mia angkat bahu.

" Semua orang tengah busy kat bawah , aku rasa tak ada siapa perasan kot aku naik atas - emm tokmak dekat mana eh Rin? "

" Aku rasa tokmak ada dekat dapur kot. MasyaAllah, dia punya busy tu kalah mama aku siot. Kalau boleh semua benda dia nak uruskan , pergilah jumpa dia "

Mia menggeleng perlahan.

" Nanti "

" Oh nak surprise la ni? "

" Tak la "

" Apa-apa je la Cik Mia Alisa oi "










Play media ||




HARRIS menoleh ke belakang apabila namanya dipanggil oleh sepupu Dairin iaitu Faruk . Lelaki itu mendekati Harris dan membisikkan sesuatu ke telinganya mandangkan kawasan villa tersebut bingit dengan lagu-lagu romantik yang dipasang oleh DJ.

" Aku macam ternampak kelibat Mia "

Mata Harris membuntang.

" Kau yakin ke ni Far? Mentang-mentang harini ramai perempuan cantik-cantik ada dekat villa semua kau nak claim tu Mia " nafi Harris .

" Aku ni bukannya bodoh tak reti bezakan muka Mia yang cantik natural tu dengan yang ada dekat luar sana. Sumpah Ris ! Aku nampak dia masuk bilik Dairin tadi " Tanpa membuang masa Harris terus berlari masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik Dairin.

Pintu diketuk beberapa kali.

Tak lama kemudian pintu bilik dibuka oleh Dairin sendiri yang sudah siap dengan baju nikah dan solekannya.

" Gotcha! " Dairin ketawa.

Dahi Harris berkerut

" Pergi lah , dia ada dekat taman atas . Goodluck bro! " ucap Dairin dalam nada mengusik.

Harris memanjat anak tangga setapak demi setapak dan akhirnya dia tiba di taman rooftop villa tokmak nya. Pintu rooftop tersebut ditolak perlahan dan matanya terarah pada satu figura yang sedang berdiri membelakanginya.

" Mia? Is that you? " soal Harris yang kedengaran kurang yakin kerana gadis yang berdiri dihadapannya berhijab.

Tak dinafikan beberapa bulan yang lalu Mia sudah mula berjinak-jinak untuk mengenali apa itu hijab tapi kalau dia pakai pun kadang-kadang on off. Jadi Harris Teragak-agak untuk menyapa gadis itu. Kalau dia bukan Mia buat malu dia saja .

Perlahan-lahan gadis itu menoleh.

Wajah gadis itu kelihatan berseri-seri ditambah lagi dengan senyuman yang diukirkan membuatkan jantung Harris berubah rentak.

" Where have you been? Suka ke buat orang risau lama-lama ya Allah budak bertuah ni " Harris meraup perlahan wajahnya dan nafas lega dihela.

Lega apabila gadis kesayangannya sudah kembali .

" Rindunyaaaa dengan 'view' dekat atas ni " Mia mendepakan tangan dan membiarkan angin sejuk pagi itu menampar lembut wajahnya .

" Kau tak rindu aku? " soal Harris yang sejak tadi diam dan hanya memerhatikan tingkah gadis itu.

" Awak sihat? "

" Mana kau pergi? "

" Baru tiga bulan saya lari awak dah makin handsome , mesti girlfriend ramai ni " Mia hanya buat tak endah dengan pertanyaan daripada Harris.

" Kenapa pergi 3 bulan je? Asal tak extended sampai 3 tahun " sarkastik.

" Harris umur awak 29 kan? Kenapa tak kahwin lagi? Tak takut jadi bujang terlajak? " uisk Mia sengaja ingin membangkitkan amarah lelaki itu.

" Macam mana aku nak kahwin kalau kau lari! "

Kali ini giliran Mia pula yang terdiam.

" Macam mana aku nak keluar dengan perempuan lain kalau hati aku ada pada kau? "

Jeda.

" Tak sangka Rin dah nak kahwin " dalih Mia

" Kenapa kau lari daripada jawab soalan aku? "

" Emm aa-awak, jom lah kita turun. Pihak lelaki dah sampai dah tu " baru saja Mia ingin melangkah ke arah pintu tangannya direntap oleh Harris dan membuatkan tubuh kecil Mia terdorong kebelakang atau lebih tepat ke dalam dakapan Harris.

" Aku tak nak kehilangan kau lagi, dua kali Mia . Dua kali " bisik lelaki itu perlahan ke telinga Mia.

Tubuh Mia dipalingkan menghadap ke arahnya dan masing-masing berbalas pandangan. Bahu Mia digengam erat.

" Ini janji aku bila aku jumpa kau semula "

Mia menanti ayat yang bakal lelaki itu tuturkan dengan penuh debar.

" Mia Alisa , i want to be your halal guardian so will you marry me? "

Mia terkedu.











Yay or nay?
Lagi a few chap lepas tu dah siaaap! ><

5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Where stories live. Discover now