tujuh belas

5K 345 5
                                    

" MIA ALISA! Kita dah lambat ni kau boleh cepat sikit tak? Nanti Tokmak bising kau jawap eh " Jerit Dairin yang sudah berada di luar rumah.

Mia memilik dirinya buat kali yang terakhir melalui cermin wardrobe. Baju kurung moden berwarna hijau emerald itu di betulkan. Lipbalm dioles ke bibir . Setelah puas dengan penampilannya , barulah Mia bangun dan mencapai tas tangan yang berada di atas katil lalu turun ke bawah.

" Haaa , siap pun! Kau ni mengalahkan pengantin yang nak kahwin pula " Omel Dairin bersama wajah cemberut nya.

" Kata dah lambat. Boleh kau drive sekarang? Bising macam mak nenek " Kutuk Mia selamba.

" Nenek ke moyang ke aku peduli apa. Nanti aku yang kena marah bukan kau , menyampah "

" Aku pun "

" Diam la "

Mia menyumbatkan earphone ke dalam telinganya. Bukan tak ada radio dalam kereta si Dairin tu cuma dia malas nak dengar Dairin membebel lagi.

Kereta yang dipandu oleh Dairin akhirnya berhenti di hadapan sebuah Hotel di mana sepupu mereka Sandra mengadakan majlis akad nikah di situ .

Bahu Mia dicuit oleh Dairin , Mia yang faham akan maksud gadis itu terus keluar dari perut kereta dan berjalan ke arah pintu Hall hotel tersebut. Kelibat Toh Puan Izzati yang sedang berbual bersama seorang lelaki itu menjamah pandangan mereka.

" Jom " Tangan Mia digengam kemas dan erat oleh Dairin seperti gadis itu sedang cuba untuk menyalurkan sedikit kekuatannya kepada Mia.

Gadis itu tersenyum nipis.

" Behave tau , Mia " Bisik Dairin dan selepas itu Mia kembali memasang lagu supaya rasa gugupnya berkurang.

Wajah lelaki yang sudah 7 tahun tidak ditatapnya itu diperhati lama. Rindu, sedih, marah. Semua perasaan itu bercampur aduk. Kalau diikutkan hati dan rasa rindu yang membuak itu sudah lama dia berlari dan memeluk tubuh lelaki itu namun kerana ego dan sekelumit perasaan benci dan kecewa , niat itu di batalkan sahaja.

" Mia , how are you? Getting better? " Sapa Dato Ikram ayah kepada Dairin.

Mia mengangguk perlahan. " Alhamdulillah , macam ni lah uncle tak ada apa yang berubah pun " balas Mia .

" Mia , tokmak panggil " Jerit Dairin yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Mia meminta diri dan melangkah ke arah Dairin yang berdiri di sebelah Toh Puan Izzati.

" Assalamualaikum tok mak. Sihat? Mia rindu dekat tokmak " Tubuh tua Toh Puan Izzati di peluk erat.

" Maafkan Tokmak sebab tak dapat nak jenguk kamu dekat hospital tempoh hari. Sebok sangat uruskan hal majlis si Sandra ni . Lega tokmak tengok kamu dah sihat " Pipi Mia di cium sayang.

" Mak " sapa satu suara garau . Tubuh Mia mengeras . Mia meleraikan pelukan dan Perlahan-lahan dia menoleh ke arah si empunya suara tersebut.

" Mia— "

" Stop— jangan cakap apa-apa . Saya tak nak dengar . Tokmak , Mia pergi dekat Sandra dulu ya? " pamit Mia dan melangkah meninggalkan mereka.

Bahu lelaki tadi diusap perlahan oleh Toh Puan Izzati.

" Sabar banyak-banyak , Ibrahim . Nanti sejuk lah budak tu. Kamu doa je banyak-banyak— kamu pun sama Elena , kamu tu kena banyak berusaha untuk pujuk Mia. Hati dia tu lembut sebenarnya , kamu kena belai dia elok-elok barulah dia senang nak terima kamu " pesan Toh Puan Izzati kepada pasangan suami isteri itu.

" InshaAllah mak "

" Rin pun kalau boleh tolong lah auntie ya? " Dairin garu kepala yang tak gatal.

" Tak janji " Dairin melangkah pergi meninggalkan Datin Elena untuk mencari Mia.

Meja yang penuh dengan makanan dan manisan itu Mia dekati. Cupcakes red velvet yang nampak comel dan menyelerakan itu di capai oleh Mia.

Mia menoleh kebelakang .

Tubuhnya kaku apabila terdapat satu figura yang berdiri betul-betul di belakangnya. Akibat terlalu terkejut dengan kehadiran figura itu, cupcake yang berada di dalam gengaman nya tadi terus di lumur pada muka si pemilik badan sado itu.

" Ya Allah! Maaf encik! Sssaya-saya betul-betul tak sengaja " Ucap Mia kelam kabut apabila lelaki tadi hanya membatu di tempatnya. Sesekali lidahnya menjilat bibir dan wajahnya yang sudah di lumur Red velvet itu.

Mia garu kepala yang tak gatal.

" Encik awak boleh bukak mata tak? " soal Mia sedikit cemas apabila terdapat beberapa pasang mata memerhatikan mereka.

Lelaki itu menggelengkan kepalanya.

" Alaaaa macam mana niiii " Mia mula menggelabah.

" Hey relax , just bawak aku pergi toilet . Can you? " Mia angguk. Lengan lelaki yang memakai baju melayu berwarna hijau yang hampir sama dengan bajunya itu di tarik ke arah tandas yang terletak agak jauh daripada hall.

" Err awak tunggu sini. Saya pergi amik wet tissue kejap " arah Mia dan gadis itu berlari masuk ke dalam tandas. Selang beberapa minit gadis itu kembali bersama beberapa helai tissues yang sudah di basahkan.

" Give me— "

" Let me do it " pintas Mia.

Laju tangan nya membersihkan wajah lelaki itu dengan penuh cermat. Dalam kesempatan yang ada Mia menilik wajah lelaki itu.

Matanya ,

Hidungnya ,

Bibirnya ,

Mia terkedu.

" Are you done? " soalnya sambil Perlahan-lahan membuka mata dan merenung ke dalam sepasang mata yang turut merenung ke arah nya.

" Kita kenal ke? " soal lelaki itu lagi.

Mia masih diam membatu.

I found love where it wasn't supposed to be ,

" Hello? Miss are you okay? Kenapa muka kau macam nak menangis? hey relax okay aku tak marah kau pun " bahu Mia disentuh perlahan namun pantas gadis itu menepis tangan kekarnya.

Right in front of me ,

" Your face , it's kinda familiar "

Talk some sense to me ,

" Kita pernah jumpa dekat mana-mana ke? " Lelaki itu menggaru dagunya nya.

I've move further then i thought i could, but i missed you more than i thought i would

" Tak - kita tak pernah kenal mahupun berjumpa. Awak silap orang " Mia mula melangkah pergi dan lelaki itu masih tidak berputus asa. Langkah Mia dikejarnya.

" Dia wujud , bukan mimpi tapi reality "


5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن