sembilan belas

4.7K 275 0
                                    

MIA semakin melajukan langkahnya apabila melihat Harris berjalan menuju ke arahnya . Pamtas Dia belum bersedia untuk berdepan dengan lelaki itu. Dia tidak membencikan sesiapa termasuk Datin Elena. Malah dia juga pernah cuba untuk menyayangi wanita itu seperti ibu kandungnya sendiri namun hatinya tergurus dengan perbuatan mereka yang menepikan mamanya sewaktu wanita itu terlantar sakit dahulu.

Hanya Mia yang berada di situ dan melihat wanita itu menanggung kesakitannya sendirian. Perit. Terlalu perit untuk Mia melihatnya.

Setiap hari wanita itu menanti-nantikan kedatangan suaminya namun akhirnya dia tewas dengan kekecewaan. Setiap hari nama lelaki itu meniti di bibirnya , merintih supaya lelaki itu ada dan memberikan kekuatan kepadanya .

Mia jadi geram bila mengingati semula perkara tersebut. Hatinya hancur melihat kesengsaraan yang di hadapi oleh mamanya.

" Mia jangan benci papa tau? Papa ada sebab kenapa dia buat macam ni. Jangan bencikan ibu dan belajar untuk terima dia dalam hidup Mia ya? Selain mama , ibu juga mampu berikan kasih sayang pada kamu bila mama dah tak ada nanti " pesan wanita itu.

" Mama apa ni. Mama tahukan hanya mama je yang ada dalam hati Mia? Lagipun memang patut Mia benci papa! Ada ke patut papa tu langsung tak datang sini lawat mama! " Pipi Mia dielus perlahan oleh wanita itu.

" Suatu hari nanti Mia akan tahu kebenarannya. Mama harap Mia tabah jalani kehidupan yang akan datang tanpa mama ya? Mama tahu anak mama kuat " Air mata mengalir laju di pipi wanita itu.

" Ma , jangan lah macam ni. Mia tak bersedia untuk kehilangan mama. Mia tak puas nak rasa kasih sayang mama. Kalau betul mama nak pergi ,tolong dan Mia merayu pada mama untuk bawa Mia pergi bersama mama sekali " Wanita itu terkedu lantas kepalanya menggeleng laju.

" No sayang, you can't . Masa Mia belum tiba. Janji dengan mama bila mama dah tak ada sentiasa ingatkan papa dan yang lain bahawa mama amat menyayangi mereka termasuk ibu dan Harris " Mungkin suatu ketika dahulu mamanya pernah menyebut tentang Harris namun itu semua tidak menjadi perkara yang perlu Mia runsingkan.

Mia memeluk erat tubuh mamanya. Mia sangat bangga dengan mamanya kerana masih mampu bertahan selama ini dan berusaha untuk melawan penyakitnya. Breast cancer yang sudah lama membelenggu kehidupan mamanya itu semakin parah apabila sel-sel kansernya sudah mula merebak ke otak dan bahagian lain .

" Mama ada Mia. Mia sayang mama sampai bila-bila " wanita itu mencium lembut ubun-ubun Mia. Hanya Mia satu-satunya harta yang dia ada dan juga merupakan satu-satunya kenangan yang dia ada bersama dengan lelaki yang amat dia cintai itu.

Semenjak dia ditahan dihospital empat tahun yang lalu. Dia sering mengingatkan Mia bahawa gadis itu perlu sentiasa menyayangi papanya. Dan dia berharap agar apa yang dia tinggalkan buat Mia akan anak gadisnya itu laksanakan.

MATA Mia terbuka luas apabila cahaya fajar memasuki melalui celahan langsir. Pantas Mia bangkit daripada perbaringan dan mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh.

Selesai bersiap Mia turun ke bawah dengan berpakaian pejabat lengkap dan membuatkan semua mata memandang ke arahnya kehairanan.

" Apa tak pernah tengok orang pakai baju pejabat ke? " Soal Mia tak puas hati apabila dia menjadi tumpuan semua.

" Mia nampak cantik sangat bila bertudung , sejuk mata memandang " puji Datin Elena sambil tersenyum senang memandang ke arahnya.

" Habis selama ni mata makcik terbakar lah tengok rambut saya "

" Mia " tegur Toh puan Izzati.

" Sorry "

Mia duduk dan mencapai roti bakar yang berada di hadapannya dan disuap masuk ke dalam mulut. Hot chocolate yang disediakan khas untuknya itu dihabiskan dakam satu teguk kemudian Mia bangun dari duduknya.

" Jumpa kau kat office " kata Mia sambil menghadap ke arah Harris dan berlalu pergi.

Masing-masing mula tersenyum. Harris segera meneguk air kopinya dan berlari ke arah pintu dan mengejar langkah Mia.

" berhenti " jerit Harris lantang. Nak ajar Mia ni dia kena stay dengan character tegas dan bengis supaya gadis itu takut dan patuh dengan arahannya.

Namun Mia hanya buat tak endah.

Harris menyarungkan kasutnya laju dan menerpa ke arah Mia , tangan gadis itu ditarik kasar ke arah Range Rover nya.

" Hand's off , Encik Harris " laju Harris merungkaikan gengamannya.

" Tak salah pun kan, kau adik aku "

" Correction, your step sister . Aku tak teringin nak ada abang macam kau " balas Mia tanpa berselindung.

" Stop using aku kau , I'm 3 years old older than you. Kalau kau tak respect aku as your STEP BROTHER sekali pun.  Hormat aku as orang yang lebih tua daripada kau yang perlu kau hormat " Harris menekankan setiap kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

" Okay , now please get the hell away. Saya nak pergi kerja " halau Mia. Wajah tak beriak Harris dijeling sekilas.

Ingat dia takut.

" Naik dengan aku " Arah lelaki itu dengan gaya yang penuh dengan authority.

" Awak tak ada hak nak tentukan saya hidup saya, Encik Harris. Can we live our own life? Saya tak kacau kehidupan awak jadi saya mintak awak pun tolong jangan ganggu hidup saya . Now get lost " Mia mencuba untuk menolak tubuh tegap Harris namun sedikit pun lelaki itu tidak berganjak daripada tempatnya.

" Harris berambuslah! " jerit Mia tak kuat dan tak juga perlahan.

" Kalau kau tak ikut arahan aku. Well i don't have another option selain daripada paksa kau dengan menggunakan cara aku " Dahi Mia terjungkit.

" Excuse me? "

" Naik dengan aku "

" Apa masalah awak nak paksa-paksa saya hah? Saya kata saya tak nak, saya tak naklah! Tak faham bahasa melayu ke! " Amuk Mia yang sudah tidak betah dipaksa oleh Harris.

Gila ke mamat tu.

Tanpa sebarang amaran tubuh Mia terus dicempung oleh Harris dan di bawa ke arah Range Rover nya. Teriakan dan rontaan Mia tidak lelaki itu hiraukan.

Barang-barang Mia yang bertaburan di atas lantai Harris kutip dan dicampak kasar ke dalam kereta.

" Bodoh! Saya benci awak! Saya nak keluar! Bukak pintu ni sekarang Harris! BUKAK! " jerit Mia seperti sedang dirasuk.

" Lebih baik kau tutup mulut sebelum aku cium kau sampai bisu " ugut Harris dan Mia terdiam .

Jika lelaki itu berani mencempung Mia tak mustahil lelaki itu turut memaksudkan ugutannya tadi.

Mia memalingkan badannya dan membelakangkan Harris. Sedaya upaya dia mencuba untuk meredakan api kemarahan yang meletup-letup di dalam hatinya namun tidak berjaya.

Perlakuan lelaki tadi benar-benar membuatkan Mia sakit hati.

5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Where stories live. Discover now