dua puluh

5.2K 353 10
                                    

PANDANGAN mereka bertaut lama, udara beku di dalam bilik mesyuarat itu membuatkan semua yang berada di dalamnya berasa gerun apabila melihat kedua anak majikannya berbalas pandangan dan mereka amat masak dengan perangai mereka berdua walaupun mia baru sahaja melaporkan dirinya dua minggu yang lepas .

" Apa yang awak tak puas hati sangat dengan saya? dari minggu lepas Encik Harris — semua design daripada team saya awak rejected awak ni nak mati awal. Ke macam mana? " Mia meluahkan isi hatinya. Sakit hati melihat kelakuan Harris yang sudah lima kali menolak idea daripada group nya!

" Semua tu sampah! "

Mata Mia membuntang . Penat dia buat sampai tak tidur malam dan stayback bersama yang lain dan lelaki itu sewenang-wenangnya menghina hasil titik peluh mereka?

Sampah?

" Oh sampah? Jadi kalau awak bagus sangat apa kata awak sendiri yang reka design tu dan hantar pada Tuan Dave " Mia tersenyum sinis.

Khai menggelengkan kepalanya perlahan. Kalau Harris gugurkan nama Mia daripada project tersebut pasti Tuan Dave juga akan tarik diri. Lelaki itu sanggup menawarkan project Mega kepada company mereka kerana Mia. Tuan Dave selesa bekerja dengan Mia dan lelaki itu sentiasa memuji-muji hasil kerja Mia .

Khai pun dah tengok design yang Mia tunjukkan tadi. Sangat cantik dan perfact tapi entah apa yang Harris fikirkan sampai dia cakap macam tu.

" Harris aku tak rasa kau patut pentingkan ego dan kemarahan kau. Project ni penting bro " Bisik Khai perlahan ke telinga Harris.

" Saya tak nak dengar apa-apa lagi dan saya tak nak terlibat dalam project ni sebab saya tak suka berusuran dengan orang yang beremosi macam Encik. Sangat memalukan " Mia bangun daripada duduknya dan melangkah keluar daripada bilik mesyuarat .

" Puas hati kau sekarang Harris? " Harris meraup kasar wajahnya.

" Tunggu apa lagi? Kejar lah dia bodoh. Kau nak kena marah dengan Dato ke sebab hilangkan Project mega berbilion ringgit tu? " Harris ketap gigi.

Ah bodoh! Lagi sekali aku yang kena rendahkan ego.

Laju Harris berlari keluar daripada bilik mesyuarat dan mengejar langkah Mia. Khai mengurut perlahan kepalanya yang terasa seperti berdenyut-denyut.

" Tak faham aku dengan manusia dua ekor tu. Asal jumpa bercekau , asal tembung berperang! Ah serabut " bebel Khai sendiri dan pekerja-pekerja lain turut bersetuju dengan kata-kata Khai sebentar tadi.

Harris mencari Mia di dalam office nya, namun gadis itu tidak ada di situ. Harris mencari lagi dan akhirnya Harris berkira-kira untuk turun ke bawah.

Sampai sahaja di lobi Harris terus keluar mencari Mia di taman mini banggunan tersebut. Matanya terpaku pada susuk tubuh seorang perempuan yang sedang duduk di atas kerusi batu yang menghadap ke arah sebuab kolam.

" Asal merajuk lari. Kau ni memang congek kan? " Harris menyapa.

" Congek pun tak kacau hidup kau lah sengal " Gumam Mia perlahan namun dapat ditangkap oleh lelaki itu.

" saya dah fikir masak masak , saya nak berhenti kerja " kata Mia selamba.

" Berhenti kerja takkan dapat selesaikan masalah, Mia "

" Pedulilah janji saya tak stressed dan sakit jiwa sebab nak kena layan perangai gila awak . Awak ni ada bipolar ke encik Harris? " Harris ketawa.

Mia memandang ke arah lelaki itu pelik. Orang serius dia boleh ketawa pulak. Aku tengah buat lawak ke tadi?

" Aku saja buat macam tu sebab nak sakitkan hati kau "

" Sebab? "

" Sebab aku benci kau "

" Sepatutnya saya yang kena bencikan awak "

" Kau nak tahu kenapa?— Sebab kau perampas kehabagian keluarga aku. Kalau kau rasa ibu dengan aku yang rampas kebahagiaan kau , then you're totally wrong . Sebenarnya kau dengan mama kau yang rampas kebahagiaan aku dan ibu "

Mia terkedu.

" Apa? Apa awak cakap ni? "

" Kalau kau nak tahu ibu yang benarkan papa kahwin dengan mama kau sebab dia kesiankan mama. Lepas mama kau becerai dengan lelaki lama dia mama kau mengandung . Lepas kau lahir ibu suruh papa kahwin dengan mama sebab kesiankan nasib kau dan mama. Ibu teringin sangat nak ada anak perempuan tapi dia dah tak boleh mengandung sebab tu waktu kau kecik dulu ibu selalu bawa kau datang rumah untuk main dengan aku "

Nafas Mia tersekat.

" bila umur kan kau mencecah 5 tahun mama bawa kau pergi jauh daripada kami. Dia kata dia nak besarkan kau sendiri. Tak lama lepastu mama dapat tahu dia ada kanser payudara tapi waktu tu sel kanser tu dah dibuang. Lima tahun lepas bila check balik kanser tu dah berada di tahap empat dan merebak ke anggota lain. Waktu mama meninggal kami semua dekat Australia sebab nenek aku meninggal. Lepastu kami dapat call yang mama dah tak ada. Haritu jugak kami balik malaysia tapi belum sempat aku nak jumpa mama buat kali yang terakhir mama dah dikebumikan "

Air mata Mia mengalir di pipi.

" Kalau boleh aku memang nak sangat benci kau, tapi aku tak boleh sebab aku dah janji dengan mama yang aku akan jaga kau bila aku dah besar . Pernah tak kau cuba nak dengar apa yang papa dan tokmak cuba nak explain dekat kau? "

Mia tersentap . Setiap kali mereka mencuba Mia sendiri yang mengelak untuk mengetahui akan kebenarannya.

Congrats! Now i hate myself.

" Kau pentingkan diri sendiri Mia. Kau tak pernah nak fikirkan pasal perasaan orang lain. Orang yang sayangkan kau seikhlas hati walaupun kau bukan ahli keluarga kandung kami "

Mia tersentak.

Harris melangkah pergi meninggalkan Mia sendiri.

Mia menoleh ke arah Harris. Dari jauh dia nampak seorang lelaki yang sedang memakai hoodie berlari ke arah Harris sambil memegang pisau dari belakang.Laju Mia berlari kearah Harris dan memeluknya dari belakang erat.

Tub!

Mata lelaki tadi membuntang luas apabila sasarannya tidak mengena tepat pada si mangsa. Laju dia berlari meninggalkan kawasan tersebut.

" Mia , apa aku buat ni? " soal Harris kasar dan cuba untuk menepis tangan Mia.

" Maaf... "

Buk!

Mia rebah ke tanah.

Harris menoleh dan matanya terbeliak apabila melihat darah membuak-buak keluar dan mengalir daripada tubuh Mia.

Kepala Mia diangkat dan diletakkan diatas pehanya.

" Guard! " teriak Harris sehabis kuat dan beberapa Orang pengawal keselamatan mula muncul tdi kawasan tersebut.

" Call ambulans! Now! " jerit Harris lagi.

" Mi— Mia please open your eyes! Stay please jangan tutup mata. Stay dengan aku dekat sini. Argh fuck! Mana ambulans sial! " jerit Harris tak puas hati.

Pipi Mia diusap perlahan.

" Please don't leave me okay? Jangan tinggalkan aku untuk kali kedua? Mama please let her stay with me , please " Air mata Harris menitik di atas pipi Mia yang sudah comot dengan darah itu.

Mia nampak Harris sedang berusaha untuk membuatkan dia sedar namun saat itu dia terlalu penat. Boleh tak dia berehat seketika dan pergi jauh daripada semua orang?

Mia terlalu penat.

Terlalu.

5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Onde histórias criam vida. Descubra agora