lapan belas

4.9K 321 7
                                    

SEHARIAN Mia berkurung di dalam biliknya kerana tidak mahu bersemuka dengan papanya yang turut menginap di rumah Toh Puan Izzati. Biarlah orang nak kata apa pun dia tak peduli .

" Mia " panggil satu suara di luar pintu biliknya.

Mia yang bersandar pada kepala katil itu menjeling sekilas ke arah pintu lalu menggulingkan bola matanya ke atas.

" Jom turun makan sayang? Mummy ada masakkan lauk favorite Mia. Mesti Mia laparkan? " Datin Elena bersuara lagi.

" Jangan sibuk lah , biar Mia mati sorang sorang dekat sini. Lepas makcik rampas papa dari mama sekarang makcik nak rampas papa daripada Mia pulak? " Balas Mia sinis.

Datin Elena hanya tersenyum. Dia sudah terbiasa dengan kata-kata Mia yang kedengaran sedikit kasar itu. Dia tahu yang Mia masih marahkan dia kerana berkahwin dengan papanya.

" Kalau Mia tak mahu kesiankan mummy, kesiankan lah tokmak ya? Dari pagi tokmak tak makan sebab risaukan , Mia " Mia tersentak .

Gadis itu bangun lalu berjalan menuju ke arah pintu dan di kuak perlahan . Datin Elena tersenyum.

" Makcik tipu Mia kan? " laju Datin Elena menggelengkan kepalanya.

" Jom turun makan ya? Semua dah tunggu Mia dekat bawah sebab nak makan sekali " Mia membatu. Kalau semua ada maksudnya lelaki semalam pun ada jugak lah kan?

" Eerrrrr , tak— "

" Jom " belum sempat Mia menghabiskan ayatnya Datin Elena terlebih dahulu memintas dan menarik tangannya turun ke ruang makan.

Sampai sahaja di ruang tersebut , wajah Toh Puan Izzati dan Dairin yang nampak risau itu menyapa pandangan.

" Kau nak bunuh diri ke bodoh? Eeeei aku lempang nanti koma setahun kau Mia Alisa " Bahu Mia dipukul kuat oleh Dairin.

" Mia, duduk sini makan " arah Toh Puan Izzati. Mia akur dan melangkah ke arah kerusi yang berhadapan dengan seseorang . Seseorang yang Mia cuba untuk hindari.

Semua mula menjamu selera . Katanya Datin Elena masak special harini sebab buat pertama kalinya keluarga mereka complete makan bersama-sama .

" Sedap tak mummy masak Mia? " soal Datin Elena.

Mia diam. Tidak dia nafikan yang masakan Datin Elena itu sememangnya sedap dan rasanya saling tak tumpah seperti masakan arwah mamanya.

Tubir mata terasa hangat.

Mia rindu mama. Rindu sangat.

" Mia , auntie tanya tu jawaplah! " Dairin menyenggol bahu Mia.

" Hm " balas Mia malas .

" Harris , kerja macam mana? " Toh Puan Izzati mencelah. Dahi Mia berkerut. Harris? Jantan mana pulak Harris ni?

" Okay Alhamdulillah . So far semua terkawal " Balas si lelaki yang duduk berhadapan dengan Mia .

" Mia nanti boleh la kerja dengan Abang Harris dekat Company papa " Mia menjeling ke arah Datin Elena.

" Eh kenapa pulak? Mia dah ada kerja sendirilah. Suka suka je nak suruh orang kerja dengan lelaki ni " Balas Mia tak puas hati.

" Sebenarnya Mia ,waktu kamu koma tokmak dah suruh orang hantar surat resigned kamu dekat encik Jaafar " Mulut Mia melopong luas.

" Are you joking right , tokmak? "

Tiada balasan.

Mia menghentak perlahan meja makan. Tak tahu lah nak rasa marah ke kecewa dengan perbuatan Tokmaknya.

" Tokmak buat untuk kebaikan Mia juga , sayang. Masa tu kami semua tak tahu bila Mia akan sedar " Sampuk Datin Elena.

" Tak ada sesiapa yang berhak untuk tentukan apa yang Mia nak kena buat atau Mia kerja apa. Mia tak suka orang masuk campur dalam urusan kehidupan Mia walaupun Mia tahu niat tokmak baik. Tapi Mia tetap tak suka " Mia bangun dari duduk.

" Sit down young lady " Dato Ibrahim bersuara setelah lama dia berdiam diri.

" Dato siapa yang nak arah-arah saya? " balas Mia berani mati.

" I am your father , Mia Alisa. Where's you manners? " Mia mencebik.

" Ayah? Dah 5 tahun berlalu baru sekarang dato nak mengaku yang dato ni ayah saya? Lawak lah Dato ni " Kata Mia sambil tersenyum sinis.

" Mia dah la " Bisik Dairin , tangan Mia ditarik supaya gadis itu duduk semula di tempatnya.

" Kenapa harini baru semua orang nak care pasal hidup Mia? I can manage myself , anak yatim macam Mia ni dah biasa hidup sendiri. I don't need your concern " Datin Elena segera menghalang Dato Ibrahim daripada membalas kata-kata Mia.

Api kalau campur dengan api alamatnya meletup lah villa kepunyaan Toh Puan Izzati nanti.

" Tokmak , Mia dah kenyang . Semua sambunglah makan as a happy family tanpa Mia. Bukan penting pun kalau Mia ada ke tak " Mia melangkah pergi meninggalkan mereka.

" Tak pernah nak berubah perangai degil dengan panas baran dia " gumam Dato Ibrahim sambil menggelengkan kepalanya.

" Sama macam abang lah , kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan ,mak? " bidas Datin Elena dan disambut dengan anggukkan daripada Toh Puan Izzati.

" Biar Harris cuba pujuk dia "

Dairin ketawa sinis.

" Kalau dengan tokmak yang dia hormat ni pun tak jalan, apatah lagi orang luar macam kau "

Pap.

Peha Dairin ditampar kuat oleh Toh Puan Izzati

" Sakit lah tokmak! Rin cakap benda betul okay . Mia tu kepala batu , hanya mama dia je dapat buat Mia Alisa tunduk "

Harris mempamerkan wajah tak beriak .

" Kau dah kenapa buat muka macam tu? "

" Kalau aku dapat tundukkan dia macam mana? " Harris menjungkitkan sebelah keningnya. Dairin berpeluk tubuh.

" Cubalah , aku nak tengok sejauh mana kau mampu pergi " Cabar Dairin. Dalam diam dia sembunyi senyum.

" We will see "





Ignore my spelling errors .

5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Where stories live. Discover now