Part 1(Kemunculan)

4.8K 128 2
                                    

Ombak yang beralun lembut menyegarkan pagi.Awan yang biru menyedapkan mata.Pagi yang indah sentiasa diingini oleh semua orang.

Bunyi dari arah dapur membingitkan pagi yang indah ini.Bunyi kuali berlaga dengan sudip kedengaran jelas.

Seorang lelaki berambut hitam sedang memasak sarapan pagi.Alunan nyanyiannya sangat merosakkan suasana yang damai.Masakannya terhenti,otak ligat memikirkan tentang aktiviti hari ini.Dia mula mengukir senyuman senget apabila aktiviti yang agak extreme sudah ada di kepalanya.

Kiy terus berlari menaiki tangga.Masakannya hanya ditinggalkan sebegitu sahaja.Tangga demi tangga dinaiki sehingga sampai ke puncak.Satu benda yang terdapat di atas meja kayu itu dicapai cepat.Panggilan dilakukan.

"Carl!Kau ada di mana?"Soal Kiy ceria.

Tiga tahun berlalu sejak kejadian yang mengerikan itu.Mereka sudah tamat persekolahan dan masih belum mengetahui tempat yang ingin dituju.

"Urghhhh!!Apa kau ni.Aku baru je bangun..."

"Ada rumah..."Ujar Carl yang asyik menguap.Kiy menganggu tidur lenanya.

"Cun!Jom kita berjalan nanti..."

"Aku akan beritahu mia dan yang lain..."Ujar Kiy ceria.Sesuatu bau yang tidak menyenangkan singgah di hidungnya.

"Kenapa aku mendengar sesuatu yang mengelegak?Kiy?"Soal Carl.

Walaupun melalui telefon.Dia dapat dengar dengan jelas bunyi itu.

"Aku lupa tutup api daa.Habis hangus..."

Carl menepuk mukanya sendiri.Kiy membuatkan dia pening kepala melayannya.Kepala digelengkan.

"Kau memang tak berubah Kiy sejak Eym tinggalkan kita..."Ujar Carl sayu.

Riak wajah Kiy terus berubah apabila nama Eym dikeluarkan.Dia terus menghela nafas pendek.Pensil ditangannya diputar-putar beberapa kali.

"Aku rindu dia.Carl."Ujar Kiy sayu.

"Bukan kau seorang tetapi kita semua..."

Kiy menghela nafas berat.Telefon diletakkan semula ditempatnya.Dia terus bersandar di dinding.Tangannya menutup muka.

*************

"Woii!"Jerit Kiy gembira apabila melihat Carl dan Mia yang berada di bahu jalan.

Salam diberikan.Dia memandang ke arah Mia lalu tersengih.Mia terus membalas dengan senyuman.

"Mana Ash dan Gale?"Soal Kiy.

"Macam biasa.Janji pukul 10 tapi 11 baru datang..."Jawab Carl.

"Hah,mengumpat aku ke?"Soal Gale yang baru sahaja datang bersama dengan Ash.

Soalan dari Gale diabaikan.Kiy menatap mereka berempat.Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Kau dah tahu arah tuju kau?"Soal Ash.

Mereka terus bergerak ke arah utara.Menyelusuri orang ramai yang lalu lalang di situ.

"Mungkin aku akan masuk akademik pahlawan..."Balas Kiy tidak memandang ke arah Ash.

"Aku pun rasa macam nak ikut kau..."Ujar Gale .

Rambut hijaunya diusap ke tepi.Angin yang kuat meniup rambutnya.

Daun yang bertebaran di atas jalan terbang melepasi mereka berlima.Musim gugur hampir berakhir.

"Jom ke tasik..."Ajak kiy.

Dibalas anggukkan tanda setuju dari mereka.

************

"Fuh,menyegarkan..."Ujar Kiy.

Carl yang sedang menghayati keindahan alam ditepuk kuat pada kepalanya.Dia mengaduh sakit,berpaling ingin melihat tangan siapakah yang durjana itu.

"Kau!!!!"Marah Carl.

Kiy yang berada ditepinya hanya tersengih.Dia dengan selamba menjelir lidah ke arah Carl.Carl terus menumbuk padu perut Kiy tanpa sempat berbuat apa-apa...

"Sakit gila!"Marah Kiy

"Huh,padam muka kau..."

Jeritan dari seekor makhluk menarik perhatian mereka.Mereka terus terkejut melihat beberapa ekor minatour berlari ke arah mereka.

"Mia!Pergi minta bantuan!"Mia mengangguk faham.Dia terus melarikan diri untuk meminta bantuan.

Ash mengeluarkan twin pistolnya.Arus elektrik mula mengalir.Dia mula menembak kepala minatour itu tetapi tidak satu pun berjaya mencederakannya.

"Wehh!Dia tak cedera!Kiy!"

Kiy mengangguk faham.Pedang berwarna hijau diseru.Sihir mula menyerap masuk ke dalam pedang itu.Warna hijau itu semakin terang.

"GINGA SLASH!!!"

Libasan itu terus menuju ke arah minatour itu.Rekahan tanah terhasil akibat libasan itu!Minatour yang mempunyai tanduk tajam itu mula dikelilingi oleh beberapa minatour dan membelakangi libasan itu!

DOOOOMMMMMM!!!!

Habuk dari libasan itu mula menghilang.Kiy terkejut kerana serangannya tidak memberi impak apa pun terhadap minatour itu.

Carl dan Gale sedang bertarung melawan minatour yang satu lagi mula berundur.Kulit minatour itu sangat tebal.

Ketua minatour itu mula menjerit kuat dan minatour yang lain mula mengelilingi mereka.Kapak yang besar dihempaskan beberapa kali.Hembusan nafas dari raksasa itu membuatkan udara menjadi busuk.

Seseorang mula muncul di belakang minatour itu.Rambut merah hitamnya beralun ditiup angin.

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now