Part 33(Fasa 1)

659 56 13
                                    

Zen merenung tajam ke arah tiga orang di hadapannya.

"Shall we start? "Soal Zen.

Tiga orang di hadapannya mula menyeru senjata masing-masing. Belakang badan raja semut mula mengeluarkan sayap yang besar.

"Dark magic:Slow down time! "Xander mula mengeluarkan tekniknya.

Zen tersenyum sinis. Gelombang masa mula menghampirinya namun dia masih lagi berdiri selamba.

"Kau ingat boleh hentikan aku? "

Dia mula memetik jari. Gelombang itu tiba-tiba pecah berderai.

"Shadow hand! "

Dua tangan bayang yang besar mula keluar dari tanah. Xander dan Hanzo tersentak lalu cuba melarikan diri. Tetapi pergerakan mereka sangat lambat. Di bawah mereka tanah menjadi lumpur.

DOOOMM!!

Mereka dihempap tangan bayang itu. Zen menghilangkan tangan bayangnya.

"Mereka sempat lari? "Zen ketawa kecil.

"KAU INGAT KAU BOLEH LARI DARI AKU KE HAH!! "Zen menjerit kuat seraya kilat hitam merah menyambar askar musuh!

Aura yang dikeluarkan oleh Zen berjaya membuatkan askar musuh rebah pengsan kerana tidak dapat menahannya!

Hanzo dan Xander terus berlari dari Zen. Kekuatan mereka dan Zen sangat jauh berbeza! Dengan tiba-tiba kilatan merah menyambar dengan kuat di hadapan mereka! Susuk tubuh berpakaian berwarna hitam merenung tajam dengan mata merahnya berjaya membuatkan mereka berdua tergamam dan berdiri kaku!

"Kau nak lari mana? "

Zen menjulur kedua tangan menyambar leher kedua-duanya sebelum dihentam kuat ke tanah!Kepala musuhnya terbenam ke dalam tanah.Dengan pandangan samar Hanzo terkejut melihat iris mata Zen yang bertukar corak! Corak yang amat mengerikan.

"Lightning Dragon Cursed! "

Kilat menyambar dengan kuat! Ngauman naga bergema dengan hebat sehingga menggegarkan tanah! Pertarungan yang berlaku terhenti seketika kerana terkejut dengan kehadira sang naga itu! Pergerakan naga itu semakin laju dan semakin menghampiri di tempat dimana Zen berada! Wajah Hanzo dan Xander sepucat-pucatnya! Mereka tidak mampu bergerak kerana Zen menguncinya! Naga Kilat itu semakin hampir lalu menghentam mereka berdua dengan sangat kuat!

ZTTZZZ!!!

BOOOM!! DROOOMM!!!

"Teknik tingkat S? "Raja Indra bergumam sendirian.Katana agungnya penuh dengan darah.Dii belakangnya pula berpuluh askar musuh yang berbentuk zombie dan semut di belakangnya.

"Mari kita saksikan kekuatan sebenar pewaris raja dewa... "Kata Raja Momota yang baru sahaja tiba di sisi Raja Indra.

Di sudut lain.

"Carl, kau pernah tak tengok kedua naga milik Zen? "Soal Gale. Matanya masih lagi memandang ke arah kawasan yang dihentam oleh Kilat merah sebentar tadi.

"Zen tak pernah lagi mengeluarkan naga miliknya. Maybe perang kali ini kita dapat lihat. Siapa tahukan? "

"Raja naga bumi dan raja naga dewa? "

***********

"MAJU! JANGAN ADA RASA GENTAR!!! "Zen menjerit dengan lantang.

Para askar semakin maju ke hadapan. Semangat mereka berkobar-kobar. Segerombolan semut dilanggar dan dibunuh tanpa rasa takut. Dengan berbekalkan senjata pedang dan sabit.

"Carl, pergi ke arah timur... "Arah Zen. Carl disebelahnya mengangguk faham. Tanpa berlengah. Dia bergerak pantas menuju ke sebelah timur.

Askar pihak musuh juga nampaknya semakin berkurangan. Zen merasa curiga tentang hal tersebut. Tidak mungkin mereka hanya menghantar demon tingkat rendah ini sahaja.

Gale muncul mengejut di tepinya. Sniper besar yang berada di bahunya lenyap. Dia menyapu bajunya yang berdebu akibat pertempuran tadi.

"Gale... "

Gale mendongak setelah dipanggil oleh Zen. Kening diangkat.

"Ini adalah fasa pertama... "

Gale mengerut dahi tidak memahami maksud percakapan Zen. Dia memandang ke arah medan perang.

"Mereka menghantar demon-demon yang lemah terlebih dahulu untuk permulaan perang. "

Tiba-tiba di hadapan mereka muncul corak diraja di atas tanah. Zen hanya merenung kerana dia telah mengetahui milik siapa. Angin kuat meniup kencang. 

Tiga orang berpakaian diraja muncul di hadapan mereka. Gale menunduk hormat sebelum kembali berdiri tegak. Zen melihat kembali ke arah pertempuran.

"Macam mana? "Soal Zen melalui alat penghubung miliknya.

"Demon semakin berkurangan di sebelah ini... "

"Baiklah... "

"Pertempuran fasa ke-2 akan berlangsung tak lama lagi... "Ucap Zen.

Raja Indra merenung ke arah medan perang. Banyak tubuh demon berselirat termasuk juga mayat askar. Bandar yang damai dan ceria bertukar kelam dan hancur. Raja Momota menepuk bahu Raja Indra. Dia mengetahui perasaan Raja Indra ketika ini. Pertempuran ini merupakan pertempuran paling teruk baginya.

Seseorang muncul di belakang Zen. Gale tersentak sebelum kembali tenang kerana dia mengenali seseorang itu. Dia hanya terkejut kerana orang itu muncul secara tiba-tiba. Zen merenung ke arah orang itu.

"Bagaimana? "

"Mereka akan menyerang esok pagi. Mereka akan menyerang dengan kekuatan penuh... "

"Kembali ke khemah dan kita akan bincang tentang strategi untuk esok... Semua perlu hadir dan tiada siapa terkecuali."Zen berkata lalu memusing tubuhnya yang penuh dengan kotoran.

Dia melihat tangannya lalu berkata sendirian

" Aku perlu lebih kuat lagi"

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Where stories live. Discover now