Part 18(Kembali semula)

1.4K 100 7
                                    

Eym memerhati akademi lamanya bersama dengan rakan dan gurunya. Nampaknya akademi itu langsung tidak berubah. Banyak kenangan pahit manis yang tersemat di dalam akademi ini.

"Jom masuk... "

Kelihatannya sekarang ini waktu rehat bagi pelajar akademi disitu. Eym berada di hadapan dan Kiy berada di tengah manakala Izz berada di belakang. Mia berjalan beriringan dengan Eym.

"Nampaknya kita menjadi pusat perhatian..." Kiy berkata apabila kebanyakkan dari mereka memandang ke arahnya.

"Lebih tepatnya Eym.. "Izz berkata.

"Sememangnya. Nama dia tercatat di sekolah dan merupakan pelajar terkuat yang dihasilkan akademi ini... "

Eym berjalan tanpa memandang kiri kanan sehingga sampai di hadapan sebuah pintu. Disebalik pintu itu terdapat aura jahat yang ingin bebas.

"Hati-hati Eym.. "Mia berkata dengan nada risau.

Eym terus menendang kuat pintu itu lalu masuk ke dalam. Kegelapan mula mengelilinginya.

"Oi oi, kamu ingat murah ke pintu ini. "Wajah Izz kelihatan bengang. Padahal pintu itu boleh dibuka dengan tangan.

Eym melangkah masuk ke dalam kegelapan. Rakannya mula menghilangkan diri. Seperti dia berada di alam ilusi.

"Aku tahu kau ada di sini..."

Muncul asap hitam di hadapannya lalu terbentuk sebuah tubuh. Mata merah dan senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Rayzen Arayza. Pewaris dewa langit. Keturunan terkuat. Nampaknya aku dapat bertemu dengan kau...."bayangan itu berkata dengan sinis.

"Aku malas nak menyoal. Aku akan hancurkan kau..."

"Tidak semudah itu wahai pewaris dewa..."

Di tepi bayangan itu muncul tombak. Bayangan itu memutarkan tombaknya lalu dilemparkan ke arah Eym dengan padu..

"Apa kau ingat aku lemah?"

Eym mengangkat tangannya. Tombak itu mula bergetar lalu menghilang begitu sahaja.

"Apa!" Bayangan itu mula tergamam.

Tanpa sempat dia melakukan apa-apa. Sebilah pedang tertusuk di jantungnya. Dia terkejut kerana dirinya tidak menghilangkan diri.

"Di mana kau mengambil pedang ini.."

"Orang yang akan terhapus masih lagi mahu bertanya..."

"ARGHHHHHHH........AKU AKAN HANCURKAN SEMUA KETURUNAN KAU!!!!!"

"Bisinglah bodoh...."

******

"Dah selesai?" Soal Izz yang berada paling hampir di muka pintu.

Eym mengangguk faham lalu memandang sekeliling. Mencari seseorang.

"Kiy dan Mia tengah meronda akademi ini..." Izz berkata seperti tahu yang Eym mencari sesuatu.

"Guru tidak rasa yang ada pertembungan di dalam akademi ini?" Soal Eym apabila terasa sesuatu.

"Ye,mungkin di bilik latihan. Kau mahu tengok?" Soal Izz namun Eym sudah melangkah ke hadapan.

Mereka berdua terus berjalan sehingga sampai ke bilik latihan namun mereka tidak terus masuk kerana ruang bilik itu dipenuhi oleh orang ramai.

Izz memandang sekeliling sebelum matanya bertembung dengan seseorang yang dikenalinya.

"Claira?" Soal Izz menyapa wanita berambut merah yang berada di antara orang ramai itu.

"Izz?" Claira seakan terkejut apabila dia melihat bekas rakan sejawatnya.

"Kenapa ni?"

"Pelajar hilang kawalan. Tiada seorang yang mampu menghentikannya walaupun pengetua masuk campur..."

Eym memandang dari jauh. Dia dapat melihat dengan jelas dua kuasa sedang bertarung. Satu kuasa negatif menguasai tubuh pelajar itu. Tiba-tiba dia merasakan bahaya dan terus menghilangkan diri!

Orang yang bertarung dengan pelajar itu adalah cikgu Taz. Guru baru di akademi itu. Peluh sudah membasahinya dan kuasanya sudah mencapai limit. Tiba-tiba pelajar di hadapannya iaitu Yuki mengumpul kuasa di tangan kirinya! Yuki terus melompat lalu cuba memberi tumbukan Cikgu taz!Tiba-tiba satu tangan menghentikan tumbukan itu!

TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang